CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kini Cepat Letih, Alif Satar Akan Kongsi Kisah Jadi Pesakit Covid-19 Di YouTube

22-12-2020 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9059| Komen: 40

Description: Pelakon, Alif Satar yang sebelum ini disahkan positif COVID-19, kini telah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit berkenaan.
Pelakon, Alif Satar yang sebelum ini disahkan positif COVID-19, kini telah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit berkenaan.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, beliau berkata keadaan dirinya kini sedikit berbeza berbanding sebelumnya kerana mudah berasa penat dan kurang bertenaga jika bergerak aktif.



Kredit foto: IG Alif

Bagaimanapun, doktor berkata kesan itu hanyalah sementara dan tidak kekal lama.

“Sebelum ini saya tak selalu rasa penat tetapi sekarang memang badan cepat letih.

“Tapi jangan risau sebab doktor pun cakap kesan ini tidak kekal. Keadaan ini mungkin kerana selepas terlalu lama dikuarantin, tak buat apa-apa aktiviti sehingga buatkan badan rasa lemah sikit,” katanya.

Keletihan yang dirasai Alif juga tidaklah serius dan ia merupakan kesan sampingan daripada COVID-19.




Sementara itu, mStar melaporkan Alif bakal tampil dengan sebuah video mengenai pengalaman dijangkiti Covid-19 serta melalui tempoh kuarantin hampir dua minggu di Hospital Melaka, Alif berharap perkongsiannya itu dapat memberikan manfaat buat semua.

"InsyaAllah dalam minggu ini saya akan kongsi dokumentasi perjalanan saya selama 12 hari dalam hospital.

"Kandungan video itu akan lebih tertumpu pada segi mental (sepanjang tempoh kuarantin). Saya tak sabar nak kongsikan di saluran Youtube saya nanti," katanya.



Sumber: era.je, mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 22-12-2020 01:11 PM
Alahai Aliff kemohong nih kau sendiri yang salam2 peluk2 orang lain. Jaga SOP bila camera on je, off camera masing2 berlaga2... choyyyy
Quote Knowlee 22-12-2020 01:41 PM
Setakat yg mcm biasa ni, I tak berapa nak amik tau. I nak tau story drpd bekas pesakit yg pernah masuk ICU, pakai bantuan pernafasan, dan sembuh. Itu lagi menarik.
Quote salmon-suki 22-12-2020 01:42 PM
Kata virus ni affect lungs kan..ai y ada asma ni mmg berjaga2 sgt laa..xmao laa kne covid..seriauuuu..
Quote harisbee 22-12-2020 01:54 PM
harap betul lah sementara
Quote mawarputih2612 22-12-2020 02:08 PM
salmon-suki replied at 22-12-2020 01:42 PM
Kata virus ni affect lungs kan..ai y ada asma ni mmg berjaga2 sgt laa..xmao laa kne covid..seriauuuu ...

jgn lepas mask tu sisg mana2 jgn buka kecuali la jogging ke atau any outdoor activities yg jauh dr org

iols pun ada asma
makan kt kedai pun takut sbb makan mesti kena buka mask kan
takut axiety jer risau sgt ni.uhuhuhuuu

Quote salmon-suki 22-12-2020 02:14 PM
mawarputih2612 replied at 22-12-2020 02:08 PM
jgn lepas mask tu sisg mana2 jgn buka kecuali la jogging ke atau any outdoor activities yg jauh dr ...

Yee sis..ai mmg pakai mask..kecuali dalam ofis sbb dah taw kan mcm mana..hehe..

Skrg ai tapaw je...nk mkn mmg xberani sgt nak2 kalau tmpt y ramai org..kalau sikit setakat seketul dua org n jauh drpd ai,ok laa nak dine in situ..tp still berhati2..kita xtaw kan..benda xnampak..
Quote kechikchomel 22-12-2020 02:31 PM
pasta panas tu dia punya ke? semalam usha Food Panda ada nampak. tapi tak terasa lak nak try. lain kali boleh try la
Quote Nham22 22-12-2020 02:33 PM
Kene covid19 pon boleh buat duit melalui utube...so yg kene covid19 ni kene positive.. Lg banyak share dekat public lg bagus tuk share pengalaman and create awareness..so yg belum kene boleh ingatlah pengalaman2x bekas pesakit2x covid19... Tp yang pompuan kenelah jaga aurat sendiri n pesakit lain... Minta izin dulu dr org lain etc...
Quote KIM.K 22-12-2020 02:40 PM
Banyak belanja nak bagi sembuh ni. Teringat budak prc yg buat video dia sain surat disclaimer menyalahkan hospital later dia meninggal

Kita taktau tahap mana kita sempat didiagnose. Alif ni sihat fizikal..amacam org lain yg muda2 diabetes tu. Lemah jantung etc..taktaulah nak bayang



Quote husna_amal 22-12-2020 02:56 PM
Mesti mental terganggu bila jadi orang dipersalahkan dan punca covid. Tak pasal2 orang lain kena swab test dan batalkan macam2 program.
Quote wnwa05 22-12-2020 03:38 PM
kawan aku kata macam kena selsema je cuma hilang deria bau kecuali yang ada penyakit kronik memang risiko...
Quote boojaat 22-12-2020 03:53 PM
Knowlee replied at 22-12-2020 01:41 PM
Setakat yg mcm biasa ni, I tak berapa nak amik tau. I nak tau story drpd bekas pesakit yg pernah mas ...

Ada kan? Pesakit yg d swak tu.. 2 bln kot asanya kuarantin +ve.. last2 -ve juga akhirnya.. masuk icu sekejap kalau x silap. Ada astro awani interview
Quote woven11 22-12-2020 03:54 PM
kechikchomel replied at 22-12-2020 02:31 PM
pasta panas tu dia punya ke? semalam usha Food Panda ada nampak. tapi tak terasa lak nak try. lain k ...

Alif jadi duta je. Sedappp, i suka pasta panas. My fav mac and cheese and creamish mushroom spaghetti. Request spicy sikit. Onss
Quote woven11 22-12-2020 03:55 PM
Sempat ye alep buat content kt youtube....
Quote damian_lee 22-12-2020 04:24 PM
kechikchomel replied at 22-12-2020 06:31 AM
pasta panas tu dia punya ke? semalam usha Food Panda ada nampak. tapi tak terasa lak nak try. lain k ...

Aku few times gak la order pasta panas ni .....
sebb dulu aku kerja dekat dengan KL convention centre tu
jalan sikit dah sampai KL walk ke apa ntah nama dia
kat situ ada satu

not bad la ....
cuma kadang tak konsisten rasa dia

pernah order same menu
tapi rasa berbeza .....  I mean order melaui grabfood la ....
Quote NazRysha 22-12-2020 04:26 PM
meluat pulak kat dia ni
perasan bagus
Quote damian_lee 22-12-2020 04:26 PM
KIM.K replied at 22-12-2020 06:40 AM
Banyak belanja nak bagi sembuh ni. Teringat budak prc yg buat video dia sain surat disclaimer menyal ...

kan yang sihat mcm alip ni pun simptom hilang deria bau/rasa .... lupa which oneyang xsihat tak tahu dia boost penyakit apa plak ....
Quote kechikchomel 22-12-2020 04:35 PM
damian_lee replied at 22-12-2020 04:24 PM
Aku few times gak la order pasta panas ni .....
sebb dulu aku kerja dekat dengan KL convention ce ...

banyak tak portion dia?
Quote kechikchomel 22-12-2020 04:36 PM
woven11 replied at 22-12-2020 03:54 PM
Alif jadi duta je. Sedappp, i suka pasta panas. My fav mac and cheese and creamish mushroom spaghe ...

boleh la try ni lain kali

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.272844 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top