CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pekerja Kurier Bengang Dituduh Scammer 'Sekolahkan' Pelanggan

22-12-2020 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6260| Komen: 34

Description: Dalam zaman moden ini, pekerja kurier sudah menjadi seperti rakan baik kita kerana mereka inilah yang bertanggungjawab menghantar semua barang yang kita pesan secara atas talian ke rumah dengan selama ...
Dalam zaman moden ini, pekerja kurier sudah menjadi seperti rakan baik kita kerana mereka inilah yang bertanggungjawab menghantar semua barang yang kita pesan secara atas talian ke rumah dengan selamat.




Walau bagaimanapun, ramai yang masih tidak tahu tugas sebenar pekerja kurier dan mereka sering dipersalahkan apabila barang yang diterima pelanggan tidak memuaskan hati.

Sama ada barang rosak kerana peniaga tidak membungkus barang dengan kemas mahupun penghantaran lewat kerana peniaga lambat mengeposkan barang, pekerja kurier sering menjadi tempat untuk pelanggan melepaskan geram.

Sebuah perkongsian oleh pengguna Twitter ini pula mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsikan kisah bagaimana dia dituduh sebagai seorang scammer oleh pelanggan.




Menurutnya, seorang pelanggan membeli barang dari China, tetapi memilih untuk membayar ketika penghantaran (Cash on Delivery), jadi syarikat penghantaran telah mendahulukan duit mereka kepada peniaga.

Namun, apabila pelanggan tersebut menerima mesej darinya meminta bayaran untuk COD, pelanggan tersebut mendakwa pekerja kurier tersebut adalah scammer yang cuba menipunya.




Selain itu pelanggan tersebut juga mengugut untuk melaporkannya kepada polis, membuat pekerja berkenaan panas hati dan meluahkan kemarahannya di Twitter.




Kredit foto: Twitter

Pekerja terbabit kemudian memaklumkan bahawa dia diminta pihak Ninja Van membuat laporn polis terhadap pelanggan terbabit kerana melakukan ugutan.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-12-2020 01:43 PM
Mesti customer jenis sengkek ni
Quote sarah82 22-12-2020 01:56 PM
Sabit la.. Semua kurier baik dgn aku.. Sebab aku paling relax

So bro tu dm aku.. Benak sangat jadi pembeli online.. Meh aku mengajar bagi cerdik sikit
Quote salmon-suki 22-12-2020 02:11 PM
Lorrr..mcm ni plak?nape dia xpegi attack seller tu?
Quote saviour_09 22-12-2020 02:17 PM
sengkek tak berduit bila kena scam memang macam ni la meroyan dia

cian
Quote prettyuglybabe 22-12-2020 02:27 PM
salmon-suki replied at 22-12-2020 02:11 PM
Lorrr..mcm ni plak?nape dia xpegi attack seller tu?

dah kena block kot
Quote epal21 22-12-2020 02:31 PM
Edited by epal21 at 22-12-2020 06:32 AM

Kalau COD,bukalah parcel tu dulu. Ada ye yg beli drp China tapi COD. COD ni leceh kalau kena bayar kat runner sebab kena sediakan wang secukupnya. Iols memamg tak pernah COD.
Quote husna_amal 22-12-2020 02:36 PM
Jadi lah pembeli yang bijak. Sebabtu pentingnya belajar , supaya tak mudah kena tipu.
Quote ziezot 22-12-2020 02:39 PM
Laki aku order drill kt fb seller. COD. Rm199. Ninja van hantar. Laki aku tanye, leh ke bukak sbb seller kate boleh. Pastu dak NV ni terus ckp 'bang, kalau bukak consider sold, kene bayar bang. Tak boleh pulang dh'.
Tak jadi bukak. Laki aku goncang2... Drill ape ringan semacam je... Sudahnye laki aku pulangkan balik. Dak NV tu suh balas balik wasap die, taip CANCEL.
Quote salmon-suki 22-12-2020 02:47 PM
prettyuglybabe replied at 22-12-2020 02:27 PM
dah kena block kot

Maybe laa kot ..kekeke~

Tak pun oder brg y drpd ads kt socmed y rege firaun tuh..nk komplen kt seller mmg xdapek laa..salunya seller ads tu byk guna ninja van..sbb ai pernah oder kasut,rupenye drpd china,beli sbb tgk lawo je kt ads kt ig..smpai2,mmg laa dpt kasut warna y ai nak tp bentuk xselawa dlm ads..sedihhh
Quote mawar_mustika 22-12-2020 02:57 PM
dh lama x shopping kt fb ke ig ke skrg ni shopping shoppee & lazada je sbb lg dipercayai
Quote doubleA 22-12-2020 02:59 PM
Buyer bodoh berlagak samseng ugut org. Mohon staff tu buat report polis jugak
Quote ahlam_nabiha 22-12-2020 03:23 PM
Hahah.. Memang 100% kena elakkan beli brg dari iklan dlm facebook @ instagram.. Nak beli la kat shopee atau lazada.. Laki kami dh 2 kali kena tipu gara2 terbekenan tgk iklan brg di FB.. Yg 1st ni seller dari M'sia beli t-shirt sampai sudah t-shirt tak sampai duit lesap mcmtu ja.. Yg kedua seller dari China order then brg COD baru bayar.. Dia beli paip siram pokok yg ada mesin kecik tu.. Sampai2 dh byr semua mmg kebanyakan depa guna Ninja Van then ada kepala paip ja yg maybe harga rm 20..tapi dia bayar RM 169..bila msg balik buyer tu kena block..

So dh ckp kat dia 2 kali dh kena tipu beli brg yg diiklankan dlm facebook.. So better no 3rd time after this.. Learnt the lesson.
Quote figurae 22-12-2020 03:39 PM
me serik nak beli kat fb marketplace, duit lesap pastu barang tak sampai
seller pulak senang2 je tutup akaun fb lepas tu bukak akaun fb lain pulak...
Quote lavendernovella 22-12-2020 03:39 PM
Betul lah kata dak kurier tu beli kat online shopping yg trusted jer. Kalau tgk kat ig contohnya mengarut giler harga , ada sampai ratus2 , kat shoppe/lazada rege baru belas2 jer.
Quote kucingitam 22-12-2020 04:05 PM
ahlam_nabiha replied at 22-12-2020 03:23 PM
Hahah.. Memang 100% kena elakkan beli brg dari iklan dlm facebook @ instagram.. Nak beli la kat shop ...

eh sama...pak aku beli benda tu gakla..padahal selalu dah pesan nak pape, ckp kat aku, aku carikan kat lazada or shopee... eeeh tak..dia beli juga senyap2. tau2 barang sampai. bila buka kepala paip dgn getah ja.. bebel juga la kat dia, pastu kesian pulak tgk muka dia sedih kena tipu camtu. aku ctc courier (bukan ninja) minta refund. alhamdulillah, dapat tapi tak full. tak kisahla, janji dapat refund.

Quote mialunar 22-12-2020 04:21 PM
Kawan iols pernah kene.. Dia suka shoping online.. Merata x ingat platform.. One day ade courier call nak cod barang.. Dia pun terima je la.. Kene bayar 200 ratus.. Nak bukak cek.. Courier x bagi.. Pas courier bla.. Dia cek.. Rupanya barang budus.. Arga x sampai 20..kene scam.. Call balik courier.. Dia x nak terima.. Dia suh report kat platform.. Masalah platform ape pun x tulis... Tulis daerah china je.. Harom.. Menangis kawan iols.. Frust
Quote ninnamina 22-12-2020 04:26 PM
Apa jadi kat brg tu ye kalu kita cancel cod ninjavan tu?
Quote Kitty_catz 22-12-2020 04:43 PM
mmg dik, ramai orang bodoh skang ni

kita doa2 je lah species mcm ni tak membiak.. amin
Quote Nnasda53 22-12-2020 05:20 PM
Tak berduit jangan la membeli..lepas tu menyusahkan org lain dgn tunjuk perangai samseng.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056640 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top