CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Selamba Hadiahkan Anak Rolls Royce, 8 Tahun Lagi Baru Boleh Pandu Dik!

22-12-2020 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4853| Komen: 29

Description: Seorang wanita, Gulnora Mukhedinova, 34, didakwa menghadiahkan anaknya sebuah kereta mewah Rolls Royce Wraith bernilai hampir 1.3 juta kepada anak lelakinya.
Seorang wanita, Gulnora Mukhedinova, 34, didakwa menghadiahkan anaknya sebuah kereta mewah Rolls Royce Wraith bernilai hampir 1.3 juta kepada anak lelakinya.

Wanita itu dikatakan menghadiahkan kereta itu sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-12 tahun, lapor The Sun UK.




Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan Gulnora menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelakinya, Rannum. 

Namun, tindakannya mengundang kecaman netizen kerana syarat untuk mendapatkan lesen kereta yang sah adalah berumur 18 tahun ke atas. Ini bermaksud, anaknya perlu menunggu enam tahun lagi untuk memandu.

Berikutan itu, segelintir netizen memuji tindakan Gulnora manakala yang lain memandang perkara tersebut sebagai perkara serius.

“Anda perlu berhenti membenci dia kerana keluarga itu berusaha keras untuk mencari wang sendiri jadi biarkan sahaja mereka membelanjakan wang tersebut dengan cara mereka suka.


“Saya tidak akan membelikan iPhone untuk anak saya yang berusia 12 tahun, apatah lagi Rolls Royce,” antara komen netizen.


Kredit foto: The Sun

Difahamkan, Gulnora menghadiahkan kereta mewah itu dengan titik peluhnya sendiri sebagai pereka fesyen, pengarah Creative Baravia Fashion dan juga pengasas salon kecantikan Baravia di Dubai.


Sumber: SiakapKeli

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-12-2020 01:54 PM
lagi 8 tahun da outdated da karat terpaksa la mak dia jual..
Quote sarah82 22-12-2020 01:59 PM
pergh...netizen negara atas angin pun perangai ala2 makcik bawang PPRT yg urban berkerak dok kutuk rupanya.

duit dia...lantak la dia nak beli apa pun...buka mak budak ni pi minta roti kat rumah org lain
Quote sharlenetexas 22-12-2020 02:04 PM
Mak beli utk diri sendiri kot tapi kengkonon birthday anak. Sah2 anak bawah umur xleh drive.
Quote Dwdrum 22-12-2020 02:04 PM
Mak bagi RR... Acik bawang caucasian ingat budak itu akan drive... Selalu nya selalu dengan driver sekali... Agk agak lah mahu membawang...
Quote Dwdrum 22-12-2020 02:07 PM
sarah82 replied at 21-12-2020 09:59 PM
pergh...netizen negara atas angin pun perangai ala2 makcik bawang PPRT yg urban berkerak dok kutuk r ...

Rasa nya penyakit 1 dunia jenis suka kecam... Asal kan boleh comment...dahulu ada thread 1founder di forum hadiah kereta kepada anak kena kecam juga...
Quote tikusmontok 22-12-2020 02:09 PM
Mak kokesen pun mcm perangai mak sskjp gigih kunun hadiahkan anak bwh umur kereta
Quote Pinokiok 22-12-2020 02:09 PM
Nampak sgt x bijak even nk show off ponn
Quote sarah82 22-12-2020 02:10 PM
Dwdrum replied at 22-12-2020 02:07 PM
Rasa nya penyakit 1 dunia jenis suka kecam... Asal kan boleh comment...dahulu ada thread 1founder  ...

hahahaha...lawak...asal boleh kecam..benda mcm ni pun dikecam...hadiah...ikut suka mak dia nak bagi hadiah apa...asalkanya mak dia tak pi buka  go fund semata2 nak hadiahkan kereta kat anak dia...tu dah melampau dan patut dicerca.
Quote Artemesiaa 22-12-2020 02:26 PM
Untunglah dapat mak kaya.  Dah dapat hadian kereta macam tu apalah sangat bagi maknya nak upah gaji pemandu.
Quote Nnasda53 22-12-2020 02:28 PM
Tak kisahlah..asalkan sempat memandu jika masih hidup.
Quote Dwdrum 22-12-2020 02:29 PM
sarah82 replied at 21-12-2020 10:10 PM
hahahaha...lawak...asal boleh kecam..benda mcm ni pun dikecam...hadiah...ikut suka mak dia nak bag ...

Kita enjoy saja sarah tengok yang jenis 24/7 kecam orang ini... Kadabg kadang aku rasa kasihan pula kaki kecam ini... Hidup orang lain perlu hadap approval dari mereka... Itu belum lagi kecam cara orang spending masing masing sibuk jadi pakar kewangan...
Quote husna_amal 22-12-2020 02:31 PM
Yang pakai kereta tu nanti si emaknya jugak.
Quote sarah82 22-12-2020 02:33 PM
Dwdrum replied at 22-12-2020 02:29 PM
Kita enjoy saja sarah tengok yang jenis 24/7 kecam orang ini... Kadabg kadang aku rasa kasihan pul ...

tu la...aku mcm woiiii....nak kecam..tengok pada keadaan ni tak semua nak dikecamnya.
Quote dudaberhias 22-12-2020 02:38 PM
gigih nak tunjuk kaya kah... di russia tu semuanya gigih... sampai ada gf mati bf mati gigih nak buat content untuk social media
Quote kodoklawa 22-12-2020 02:46 PM
rasanya dlm negara kita pun ada kan kisah gini..hadiahkan anak bawah umur sebuah kereta kerana cemerlang dalam UPSR
Quote sidewinder 22-12-2020 02:50 PM
ingat kan vida sorang je bg hadiah kete kat anak yg blom ada lesen .....kaki pun x sampai nak pijak pedel minyak ....pedel brek
Quote kelapaparut 22-12-2020 02:50 PM
harusla tengku leon mharapkan hadiah special dr papa nye, ye la budak rusia lain boleh dpt rolls royce, pasti lah dia mharapkan pesawat antonov yg ade 16 roda tu..
Quote Dwdrum 22-12-2020 02:51 PM
sarah82 replied at 21-12-2020 10:33 PM
tu la...aku mcm woiiii....nak kecam..tengok pada keadaan ni tak semua nak dikecamnya.

Kan.. Selagi tidak harm siapa pun.. Go ahead.. Yang patut kecam yang buat stupid things itu selayak nya... In these case birthday present budak ini... Better jangan tunjuk di socmed ...can cause mata berdarah.. Sebab orang lain tunjuk kaya... Hahahaha
Quote tumpanglalu74 22-12-2020 02:52 PM
Mak dah tak bagi duit leh ketok kepale mak..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057456 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top