CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bunga Citra Lestari Tak Terfikir Langsung Nak Kahwin Lagi

22-12-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4884| Komen: 17

Description: Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL, 37, mengakui dia tidak terfikir langsung untuk berkahwin lagi selepas kematian suaminya, Ashraf Sinclair, lebih sepuluh bulan yang lalu.
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL, 37, mengakui dia tidak terfikir langsung untuk berkahwin lagi selepas kematian suaminya, Ashraf Sinclair, lebih sepuluh bulan yang lalu.


Terdahulu, BCL menjawab pertanyaan itu yang diajukan penyanyi Maia Estianty pada satu temu bual untuk program AL El Dul Channel di platform YouTube.

Foto: IG

"Sampai sekarang? Belum," ringkas jawapannya sambil menggeleng kepala.

Menurut penyanyi lagu Sunny itu, terlalu sukar untuk dia mengembalikan semangat diri dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada.

Hakikatnya, BCL akui dia mengambil masa lebih enam bulan untuk mendapat kekuatan dirinya semula dan kembali bekerja seperti biasa.





"Sejak dari hari pertama menjalani terapi memulihkan diri, setiap hari saya menangis. Kemudian, baru rasa diri kembali berfungsi.

"Itupun selepas lima atau enam bulan. Barulah saya berupaya melakukan sesuatu, terutama kembali bekerja," katanya.

BCL juga mengakui dirinya ibarat robot tanpa perasaan, ketika terpaksa  menjayakan beberapa tuntutan kerja beberapa hari selepas Ashraf meninggal dunia.


"Beberapa hari selepas itu, saya sudah kembali menyanyi, kemudian hadir ke Indonesian Idol. Sepuluh hari, saya menyanyi terus dan rasa diri seperti robot sahaja," katanya.

BCL bagaimanapun, kini bersyukur semangatnya makin pulih dan kesedihan dialami juga berkurangan.

"Perkara pertama yang paling penting sekarang adalah untuk dapat terus bernafas. Kalau boleh bernafas, boleh bercakap, kemudian boleh jumpa orang," katanya.


Pada 18 Februari lalu, dunia hiburan tempatan dan Indonesia dikejutkan dengan berita kematian Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balunya, BCL dan anak lelaki tunggal mereka, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun. BCL dan Allahyarham Asyraf bernikah pada 2008. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syakuntala 22-12-2020 01:44 PM
keluarga mrk penuh kasih syg, sbb tu rasa kehilangan sgt
Quote rospinki 22-12-2020 02:11 PM
rajin layan drama indon kat awesome tv..ada arwah ashraf sinclair dlm drama tu jadi dokto apa tah. sedih tgk wajah arwah..tengah elok2 meniggal dunia. kesayangan dan hdup penuh kebahagiaan.z..sedangkan ada org yg menderita kecewa dan sakit berpanjangan dipanjangkan usia dan meratap derita yg tiada hujungnya. hmmm..itulah kehidupan. sisi terang dan gelap.
Quote Belibis 22-12-2020 02:41 PM
Jgn cakap ...awal lagi kottt..kinah yg kata taknak kawin sampai umur 40, tup2 abis eddah dah nk kawin.
Moga2 jumpa jodoh baru.
Quote husna_amal 22-12-2020 02:46 PM
Tapi media sana suka kenen2 kan bcl ni dengan artis2 lelaki yang dekat dengan dia macam ariel dan reza.
Quote helicornia 22-12-2020 02:52 PM
apa la pi tanya psl kawin. belum pun setahun arwah meninggal.lain la klu selama dia kawin tu menderita maybe cepat2 nk cari lain.baik la tanya adakah dia sudah ok? anak mcmana? mcamana dia bangkit semula?
Quote doubleA 22-12-2020 03:09 PM
Kalau iols jadi bcl, dapat laki perfect (pada dia) pun kawen tu bukan la keperluan. Rela hidup dalam kenangan dan cipta kenangan dengan anak dan family. Unless betul2 boleh move on. Kang akan tercompare dengan arwah pula. Kalau laki tak baik, tak habis edah lagi dah pasang lain. Ni laki terbaik lagi susah nak move on
Quote Ahgerbitch 22-12-2020 10:08 PM
Dpt husband mcn ashraf sinclair susah nk move on. Takut asyik buat comparison saja kalo kawin lain
Quote dua_chzy 22-12-2020 10:50 PM
husna_amal: Tapi media sana suka kenen2 kan bcl ni dengan artis2 lelaki yang dekat dengan dia macam ariel dan reza.


Reza kan gay. Motif nak kenenkan dengan dia? Cih.
Quote TomyamPuteh 22-12-2020 11:14 PM
Bkn dia dh tempah kubur sebelah arwah ke?
Quote Cookingholic 22-12-2020 11:49 PM
dua_chzy: Reza kan gay. Motif nak kenenkan dengan dia? Cih.

Reza rahadian kah sis maksudkan??
Quote Jemahjemah 23-12-2020 01:29 AM
Both family ashraf n bcl ni. Nampak la family yg educated and menghargai each other. Tu yg terasa giler tu. kesian dia. Sllu bertiga  skrg tgl bdua. Anak dia pun mesti terasa sgt bila figura seorang ayah tu dh xde
Quote rogayahtop 23-12-2020 04:26 AM
lawa bcl ni.

ada lagi laki malaysia ni yg baik2. kawan laki akak yg straight dah mid 40s tp tak kawin kawin pun ada lagi. mid 30s pun ada tp yg tu akak suspek sikit kelurusannya psl asikla bergesel dgn laki aku kalau dekat mamak tu.
Quote ladyzens 23-12-2020 03:03 PM
sis tak boleh la tgk bcl ni
sedih sgt rase bila igt hari arwah meninggal tu
Quote sweetgirl 24-12-2020 09:21 AM
kebanyakkan perempuan mmg susah sikit nak cari ganti kalau suami meninggal ni... lg2 kalau dapat suami yang loving giler mcm arwah... byk la tgk.. dorg more focus nak besarkan anak je... tp xtau la kalau one day terbuka pulak hati BCL ni kan... kuasa ALLAH...
Quote trisnalovezul 24-12-2020 11:45 PM
syakuntala replied at 22-12-2020 01:44 PM
keluarga mrk penuh kasih syg, sbb tu rasa kehilangan sgt

iya kawin lah sama wanita indonesia kamu pasti bahagia mas...harmoni kan kluarga mereka...
Quote trisnalovezul 24-12-2020 11:47 PM
Ahgerbitch replied at 22-12-2020 10:08 PM
Dpt husband mcn ashraf sinclair susah nk move on. Takut asyik buat comparison saja kalo kawin lain

setuju..bcl sama ashraf pasangan secocok....contoh pasangan antara dua negara bahagia sampe surgaaa...mereka pasangan yang sempurna...ga akan bercerai melainkan cerai mati aja..
Quote trisnalovezul 24-12-2020 11:50 PM
ladyzens replied at 23-12-2020 03:03 PM
sis tak boleh la tgk bcl ni
sedih sgt rase bila igt hari arwah meninggal tu

kan..salah sorang pasangan setia dan cinta sampe surgaa..nampak mereka pasangan yang sangat sempurna saling berkasih sayang..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.446697 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top