CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Mengugut, Tukang Masak Maut Ditikam Warga Emas Bertubi-tubi

7-12-2020 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2244| Komen: 3

Description: Seorang tukang masak lelaki maut dipercayai ditikam kira-kira 10 kali oleh rakannya yang merupakan pengawal keselamatan dalam kejadian di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown ...
Seorang tukang masak lelaki maut dipercayai ditikam kira-kira 10 kali oleh rakannya yang merupakan pengawal keselamatan dalam kejadian di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown, kelmarin.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam ketika suspek berusia 65 tahun yang sedang bertugas itu didatangi rakan lelaki berumur 42 tahun, yang didakwa telah mengganggu serta mengugut warga emas berkenaan.

“Oleh kerana tidak tahan serta berang diganggu dan diugut, suspek bertindak menikam mangsa di bahagian badan dengan pisau bertubi-tubi sehingga rakannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan 10 kesan tikaman,” katanya semalam.

Soffian berkata suspek yang belum berkahwin itu telah ditahan di rumahnya di pangsapuri berkenaan pada 10.30 malam kelmarin dan polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut.


Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Menurut Soffian, mayat mangsa telah dibedah siasat hari ini di HPP manakala suspek direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 7-12-2020 02:40 PM
Macam datang pondok pengawal serah nyawa je... Huhu
Quote husna_amal 7-12-2020 03:02 PM
Otai lagi ganas. Padah ganggu orang tua tak pasal2 kena bunuh dengan kejam.
Quote tagas 7-12-2020 03:37 PM
dpt dok free dlm penjara

menghabiskan sisa2 kehidupan yg ada

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081242 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top