CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kanak-kanak Dipenggal Atau Kebocoran Gas?

7-12-2020 12:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2658| Komen: 6|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Bapa kepada empat anak ditangkap apabila polis menemui mayat dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun yang telah dipenggal dan badan mereka mempunyai kesan tikaman bertalu-talu.




Bapa kepada empat anak ditangkap apabila polis menemui mayat dua anaknya berusia 12 dan 13 tahun yang telah dipenggal dan badan mereka mempunyai kesan tikaman bertalu-talu.

Dua beradik (lelaki dan perempuan) itu telah ditemui oleh Bahagian Kebakaran Los Angles berikutan ada laporan kebocoran gas di kawasan perumahan Lancaster, California.


Foto :ABC7

Menurut laporan Daily Star, pihak polis menahan bapa kepada kanak-kanak tersebut, Maurice Taylos, seorang jurulatih peribadi dengan wang ikat jamin sebanyak RM2 juta.


Ketika kejadian, ibu kanak-kanak terbabit turut berada di dalam rumah serta disoal-siasat, namun dia tidak ditangkap.

Leftenan Brandon Dean menjelaskan mereka masih menyiasat kaitan antara tempoh kematian kanak-kanak tersebut dengan kebocoran gas.


Foto : abc7

Sementara itu, dua kanak-kanak lagi ditemui di rumah sama tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kini dibawah penjagaan Bahagian Kanak-kanak dan Keluarga Los Angeles.


Foto : abc7

Sementara itu, Datuk Bandar Lancaster, Rex Parris menyifatkan penemuan mayat yang sangat mengerikan itu mungkin akibat pandemik yang menimbulkan persekitaran yang tidak selamat.


"Apa yang saya lihat ialah ramai yang terdesak, tertekan dan ia mungkin menjadi penyumbang perangai luar biasa."


Setakat artikel ini ditulis, penyiasatan masih dijalankan. Tetapi, benarkah tertekan boleh membuatkan orang membunuh atau memang gas itu punca sebenar? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 7-12-2020 12:34 PM
Dua lagi anak tu jadi saksi lah, ntah2 dah trauma xboleh berkata2. Tragis!
Quote mamajawie 7-12-2020 12:37 PM
manusia makin gila ke hape skang ni?
Quote husna_amal 7-12-2020 02:57 PM
Giler kejam, bunuh dengan siksa tu.
Quote azwanaliori 7-12-2020 08:29 PM
ntah2 jual video bunuh anak kat deepweb
Quote liyamariska 7-12-2020 09:37 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote borrow 7-12-2020 09:55 PM
sampai putus kepala kan. Giler betul

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045880 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top