CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Ke Tasik Cermin, Timah Tasoh, Perlis Yang Masih 'Dara'

7-12-2020 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6345| Komen: 26|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Berita baik buat rakyat Malaysia apabila dibenarkan merentas negeri adalah boleh pulang ke kampung dan juga merancakkan ekonomi negara dengan bercuti-cuti Malaysia.



Berita baik buat rakyat Malaysia apabila dibenarkan merentas negeri adalah boleh pulang ke kampung dan juga merancakkan ekonomi negara dengan bercuti-cuti Malaysia.

Jika anda penggemar alam semula jadi dan sudah bosan dengan pulau-pulau yang agak klise, maka boleh ke lokasi yang sedang popular ini iaitu Tasik Cermin, Timah Tasuh Perlis. 

Pemandangan alam yang menakjubkan dan udara yang bersih membuatkan ianya seperti 'hutan dara'. Lebih menyeronokkan, ianya percuma untuk dikunjungi. Wah! Sangat mengujakan.


Foto : FB

Menurut Ved, sekarang hingga Januari tahun hadapan adalah waktu terbaik untuk peminat fotografi merakamkan keindahan alam ini kerana musim hujan sahaja yang akan membuatkan kesan pokok terendam di dalam air.

Selain itu, antara tip yang diberikan adalah mengambil gambar di waktu awal pagi untuk fotografi yang lebih cantik.


Foto : FB

Bagaimanapun, pesanan yang lebih penting adalah menjaga kebersihan di kawasan ini.

Maklumlah, memandangkan kawasan ini dibuka secara percuma kepada orang awam, maka adalah tanggung jawab mereka yang mengunjungi Tasik Cermin ini untuk menjaga kebersihan ya.


Foto : FB

Wah! Banyak juga tempat menarik di Perlis ya.

Foto : FB

Ayuh! Siapa yang nak ke Perlis, boleh selfie cantik-cantik. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 7-12-2020 12:45 PM
teringat video klip datin Aliyah,  Kisah Hati. Meols jatuh ke dalam rangkulan pelukan abang remy sambil menyaksikan keindahan tasik timah tasoh di waktu subuh..

time tu @Kurex & @dudaberhias sedang siapkan sarapan pagi untuk meols & abm remy..
Quote Kurex 7-12-2020 01:07 PM
Themilo replied at 7-12-2020 12:45 PM
teringat video klip datin Aliyah,  Kisah Hati. Meols jatuh ke dalam rangkulan pelukan abang remy sam ...

Salah tu, iols masa tu tgh mandi junub lepas iols dgn abg remy...............
Quote pxlbb 7-12-2020 01:47 PM
Aku tengah plan nak bertapa mengubat kemurungan di kala mentari terbit tiba-tiba hadir @Themilo dan @Kurex nak jatuh dalam rangkulan bamremy sambil mandi junub pulak kacau la hangpa nihhh yihhhh
Quote salmon-suki 7-12-2020 02:04 PM
Urmmmmmmm....cantik..nak pegi xboleh lg..still redzone{:cryrun
Quote husna_amal 7-12-2020 03:00 PM
Orang kita mana reti jaga alam sekitar. Takut lepas ni hilang keserian tempat tu.
Quote manehnya 7-12-2020 03:13 PM
ye mmg lawa, dalam perjalanan nk ke satun, sebelum sampai wang kelian border...

tenang je....

klu x silap kt sini jejai n pasha sanda bersanding kan
Quote eplasbpafree 7-12-2020 05:54 PM
cantiknya view.

harap boleh sampai kat sini satu hari nanti...
Quote AyaqMeloSuam 7-12-2020 07:35 PM
Banyak mistik timah tasoh ni.. aku msa remaja remuji kalau lalu nk balik ke pdg besaq tu waktu tgh2 mlm.. aku x lalu sini.. rela lalu Ladang tebu chuping lagi. Wlaupn lalu ldg tebu chuping tu 2x5 jgk mistiknya... {:run
Quote SecretLuv 7-12-2020 08:41 PM
manehnya replied at 7-12-2020 03:13 PM
ye mmg lawa, dalam perjalanan nk ke satun, sebelum sampai wang kelian border...

tenang je....

Berapa jam perjalanan tu? Jauh tak?
Quote syamzana 7-12-2020 10:28 PM
AyaqMeloSuam replied at 7-12-2020 07:35 PM
Banyak mistik timah tasoh ni.. aku msa remaja remuji kalau lalu nk balik ke pdg besaq tu waktu tgh2  ...

ladang tebu tu dgn panas berdengung pastu selalu terfikir kalau org jahat mai langgar kot blkg heret masuk ldg tebu mampuih situ la smgu takde org sedaq. tp iols kalo nak ke pdg beso situ je lalu sokmonye.
kalo nak ke wang kelian rs mcm lalu je tasik ni. ke tak? wang kelian indah nama dr rupa.huhuhu.nanhado brg2 jual kat sana
Quote Perawankota 8-12-2020 03:44 AM
Cantikkkkkkk... Tahun depan dlm list
Quote Themilo 8-12-2020 07:34 AM
syamzana replied at 7-12-2020 02:28 PM
ladang tebu tu dgn panas berdengung pastu selalu terfikir kalau org jahat mai langgar kot blkg her ...

wuuu.. ladang tebu tu ek.. teringat lagi video klip datin alyah, lagu Kisah Hati.. Meols berlari-lari atas jalan raya di kala senja, abang remy kejar daribelakang.. atas kepala meols ada sekuntum bunga rafflesia.. @Kurex time tu tengah siap-siap nak gi mengaji..
Quote annehuda 8-12-2020 10:29 AM
syamzana replied at 7-12-2020 10:28 PM
ladang tebu tu dgn panas berdengung pastu selalu terfikir kalau org jahat mai langgar kot blkg her ...

mane ade dah ladang tebu tu. lame dah takde
Quote annehuda 8-12-2020 10:31 AM
AyaqMeloSuam replied at 7-12-2020 07:35 PM
Banyak mistik timah tasoh ni.. aku msa remaja remuji kalau lalu nk balik ke pdg besaq tu waktu tgh2  ...

wei aku nak tanya la. hari tu aku pi padang besaq ikut chuping tu. pastu nampak la ada menara tinjau tepi jalan. kan ke kt sebelah kanan tu mcm ada area padang lapang tu kan. pastu aku niat la nnt balik nk singgah jap la.  sekali tu balik langsung tak jumpe menara tinjau tu.  berkali2 gak aku lalu situ mmg tak jumpe dah.  kt situ mmg ade menara tinjau ke uols? aku tny member2 perlis pun depa habaq tak penah ada menara tu
Quote AyaqMeloSuam 8-12-2020 10:43 AM
annehuda replied at 8-12-2020 10:31 AM
wei aku nak tanya la. hari tu aku pi padang besaq ikut chuping tu. pastu nampak la ada menara tinj ...

Ada.. mmg ada.. sb tu menara tinjau utk motorcross rally dlm ldg tebu tu. Aihhh.. xkan mmber2 org perelih x tau dlm tu buat motorcross
Quote annehuda 8-12-2020 11:00 AM
AyaqMeloSuam replied at 8-12-2020 10:43 AM
Ada.. mmg ada.. sb tu menara tinjau utk motorcross rally dlm ldg tebu tu. Aihhh.. xkan mmber2 org  ...

ya ka tapi aku lalu memang tak jumpe2 dah menara tu.  aku 2 thn dok perlis, walaupun aku dok kangaq aku nak pi padang besaq aku sanggup lalu kt situ tapi tak jumpe2
Quote AyaqMeloSuam 8-12-2020 12:21 PM
annehuda replied at 8-12-2020 11:00 AM
ya ka tapi aku lalu memang tak jumpe2 dah menara tu.  aku 2 thn dok perlis, walaupun aku dok kanga ...

Lani ka ? Lani xdak dh. Depa roboh buat jln & chuping valley katanya
Quote syamzana 8-12-2020 12:30 PM
annehuda replied at 8-12-2020 10:29 AM
mane ade dah ladang tebu tu. lame dah takde

yeke? nmpk sgt lama dah tak p pdg beso. last pergi dlm 2016/2017 rasa macam wujud lagi. dah jadi apa situ?
Quote makkenits 9-12-2020 12:54 PM
Perawankota replied at 8-12-2020 03:44 AM
Cantikkkkkkk... Tahun depan dlm list

Kalo nak pi, better pi b4 pertengahan thn dpn.. takut lps tu, dah x blh nak access kwsn ni dah yg akan tlibat dgn projek upgrade empangan timah tasoh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054719 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top