CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

China Berjaya Hidupkan ‘Matahari Tiruan’, Suhu 10 Kali Ganda Lebih Panas Dari Matahari

7-12-2020 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4852| Komen: 25

Description: China dilaporkan berjaya menghidupkan ‘matahari tiruan’ yang dibangunkan berasaskan teknologi nuclear fussion, yang mana dikatakan mampu beroperasi pada suhu 10 kali ganda lebih panas daripada matah ...



China dilaporkan berjaya menghidupkan ‘matahari tiruan’ yang dibangunkan berasaskan teknologi nuclear fussion, yang mana dikatakan mampu beroperasi pada suhu 10 kali ganda lebih panas daripada matahari.

China National Nuclear Corporation (CNNC) memaklumkan, radas HL-2M Tokamak mampu memanas sehingga kira-kira 150 juta darjah Celcius, dipercayai lebih panas tiga kali ganda berbanding versi sebelum ini, HL-2A.

Kemampuan menghasilkan suhu ultra-tinggi tersebut penting dalam proses peleburan (fusion) untuk menghasilkan tenaga.

Suhu yang tinggi itu ‘dicipta’ bagi menggantikan sumber semulajadi matahari yang menghasilkan tenaga menggunakan hidrogen dan gas deuterium sebagai bahan bakar.



Difahamkan, ia berikutan limitasi kemampuan matahari yang hanya mampu menghasilkan suhu panas sehingga 15 juta darjah Celcius sahaja.

Ketua jurutera Institut Sains Peleburan CNNC, Yang Qingwei berkata, HL-2M itu dapat mencapai masa pengurungan plasma magnetik sehingga tempoh 10 saat.

“HL-2M ialah matahari buatan China terbesar dengan parameter yang terbaik,” kata pengarah institut, Xu-Min.

Dalam pada itu, penghasilan HL-2M itu dikatakan mempunyai tiga kali ganda jumlah plasma dan enam kali ketegangan arus plasma berbanding HL-2A.

Keupayaan itu akan membantu meningkatkan tahap penyelidikan dan perkembangan teknologi generator peleburan di China.

Menurut laporan itu lagi, China membangunkan teknologi peleburan itu sebagai satu perancangan untuk membina reaktor eksperimen pada awal tahun depan, sebelum membina prototaip industri pada 2035 lalu dikomersialkan dalam skala besar pada 2050 kelak.




Sumber: SCMP/SiakapKeli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 7-12-2020 11:34 AM
adakah yang dimaksudkan yakjuj dan makjuj akan keluar melakukan kerosakkan dibumi?
Quote mamajawie 7-12-2020 12:36 PM
apa fungsi dorang buat matahari fake ni?
Quote tripleid 7-12-2020 12:48 PM
how ironic..rekod tempat tersejuk dan terpanas dlm sistem solar semua dlm lab kat bumi
Quote nazzse 7-12-2020 12:51 PM
Bolehlah bagi pemimpin sana rasa neraka mcm mana, sepadan tak dengan seksaan masyarakat islam kat sana terima
Quote mikasa 7-12-2020 12:52 PM
Takda la musim salju di china lepas ni
Quote johan-adx 7-12-2020 12:52 PM
kt mana dia nk letak benda tu nanti?
Quote ninja9 7-12-2020 12:53 PM
mamajawie replied at 7-12-2020 12:36 PM
apa fungsi dorang buat matahari fake ni?

untuk hasilkan tenaga, melalui proses fusion.


ada dua jenis proses mendapatkan tenaga nuklear iaitu fusion dan fission. fission ni teknologi yang dipakai sekarang, untuk jana tenaga elektrik, buat bom atom etc.. tetapi proses ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk.

fusion pula proses yang pencemarannya minimum tetapi prosesnya lebih sukar dan memerlukan suhu yang sangat tinggi.. itulah yang china dan banyak negara maju sedang kaji. kalau berjaya.. kita boleh bayang reaktor nuklear spt ini klu dah established boleh digunakan dlm kapal angkasa, kapal selam .. atau klu mampu turunkan suhu fusion ni boleh pakai untuk enjin kereta..


Quote Abam_Leh 7-12-2020 12:53 PM
10x ganda panas beb, hambek kaw


Campak matahari buatan tu kat amerika, kasi cair suma, sattle


Quote kemaruk 7-12-2020 01:07 PM
Edited by kemaruk at 7-12-2020 01:08 PM
ninja9 replied at 7-12-2020 12:53 PM
untuk hasilkan tenaga, melalui proses fusion.

bukan la..

china saje je nak challenge kuasa tuhan, dorang pon boleh create matahari ape............
Quote buragazz 7-12-2020 01:24 PM
Dah macam citer Spiderman yang doc Oct tu buat matahari pastu tertarik segala besi sebab magnetic field kuat...
Quote rogayahtop 7-12-2020 01:35 PM
senang la kalau ada covid21 ke pulak nanti. hala je kat negara sendiri bako.
Quote husna_amal 7-12-2020 02:52 PM
Kita kat Malaysia pula tak perlukan Matahari tiruan macam ni.
Quote shop_girl 7-12-2020 06:34 PM
Tak tiruan tak China laaa
Quote R2D2 28-12-2020 02:10 PM
Matahari Buatan Korea Berjaya Diaktifkan Selama 20 Saat – Suhu Melangkaui 100 Juta Darjah Celcius
Diterbitkan pada 3 saat lepas oleh Nazrin.

Dua tahun yang lalu, Hefei Institutes of Physical Science of the Chinese Academy of Sciences (CASHIPS) telah membangunkan matahari buatan manusia mereka sendiri yang dinamakan Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang dilihat telah beroperasi dengan suhu setinggi 100 juta darjah Celcius, iaitu enam kali lebih panas berbanding dengan matahari sebenar.

Baru-baru ini, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) bersama-sama dengan Seoul National University dan Columbia University of United States juga telah mengumumkan bahawa matahari buatan mereka, Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR) juga telah berjaya diaktifkan dan mencatatkan suhu melangkaui 100 juta darjah Celcius selama 20 saat.



Ini bukanlah kali pertama KSTAR diaktifkan, tetapi pencapaian kali ini cukup bermakna kerana ia adalah kali pertama mana-mana institut pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat.

Perkara ini boleh dilakukan oleh kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.

KFE menjangkakan bahawa mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celcius menjelang 2025 kelak.

KFE juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain dimana hasil yang didapati daripada eksperimen-eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei tahun hadapan.

Sumber Rujukan: Phys.org
Quote ejans 28-12-2020 02:25 PM
ninja9 replied at 7-12-2020 12:53 PM
untuk hasilkan tenaga, melalui proses fusion.



Maksudnya bagi menghidupkan fake matahari ni memerlukan tenaga elektrik / tenaga asli yg tinggi ?

Menggunakan tenaga elektrik yg tinggi bagi menghasilkkan tenaga elektrik?
Mcm tu ke
Quote ninja9 28-12-2020 06:05 PM
ejans replied at 28-12-2020 02:25 PM
Maksudnya bagi menghidupkan fake matahari ni memerlukan tenaga elektrik / tenaga asli yg tinggi ?
...

Dalam reaktor tokamak ini, berlaku proses fusion... proses fusion ini berlaku contohnya ialah dalam matahari bagi menghasilkan tenaga haba. Sebab itu bila berlakunya proses fusion ini dibumi, wartawan lebih suka memanggilnya matahari buatan supaya lebih sensasi.


Proses fusion ini terhasil bila unsur ringkas seperti hidrogen bergabung menghasilkan helium.. ini menghasilkan suhu yg sangat tinggi spt dlm matahari, sebab itu dalam reaktor, proses fusion dipegang oleh medan magnet supaya tak bersentuhan dengan dengan bekas logam contohnya.


Dalam reaktor tokamak ini ia menghasilkan tenaga haba (kepanasan) yg sangat tinggi. Tenaga haba ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik inilah yang akan dipakai oleh manusia.


Kalau baca artikel diatas tu, kejayaan proses fusion yg dah dicapai, lamanya berlaku cuma 20 saat sahaja. Bayangkan mesin yang cuma boleh hidup 20 saat tak berguna langsung kepada kegunaan yg praktikal kepada manusia, maksudnya wpun ianya mungkin boleh dipanggil kejayaan ....realitinya research menghasilkan tenaga untuk kegunaan manusia dari proses fusion masih terlalu lama..


Quote trisnalovezul 28-12-2020 07:01 PM
china hebat.apa aja yang mereka ga bisa buat.sama dengan cina di malaysia, singapur dan indonesia tpi di indonesia mereka di pandang sebelah mata sama pemerintah..kasian
Quote ultra78 28-12-2020 07:22 PM
Bila negara banyak duit dan kepakaran boleh la buat R&D mcm ni. Plan nak komersial tahun 2050 dan skrg dah boleh tunjuk benda tu boleh hidup. Bila sampai Malaysia,berita tu jadi level majalah Mastika dan dumbed-down hingga hilang apa yang nak disampaikan apabila orang duk komen benda merapu. So apa yg Malaysia nak bina tahun 2050? Lagi menara tertinggi di dunia?
Quote c===8 28-12-2020 08:12 PM
Takpe nanti luke skywalker dtg tembak death star china

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.109550 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top