CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyerang JDT Kemalangan, Ibu Mentua Dan Bayi Berusia 22 Hari Meninggal Dunia

6-12-2020 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35775| Komen: 476

Description: Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Bakap di sini awal pagi tad ...
Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an. Penyerang pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terbabit kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.

Ia menyebabkan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, dipercayai ibu mentuanya, dan Titik Sukamti, 30-an yang juga pembantu rumahnya, meninggal dunia.

Foto: Harian Metro


Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25; isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25; bersama anak perempuan sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.

"Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.

"Anggota kemudian membuat kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi jam 6.12 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbistro 6-12-2020 10:06 AM
Edited by stingerbistro at 6-12-2020 10:08 AM

Innalillah

TMJ ada turun keww?
Quote miszclassique 6-12-2020 10:07 AM
Edited by miszclassique at 6-12-2020 10:09 AM

Inalillah...baby 22 hari, maknya kuat ke nak hadap ni sedihnya..
Zainab Wahab tu mak mertua si syafiq ni... Lagi sedih isterinya bila anak dan ibu hilang sekelip mata
Quote monreyes 6-12-2020 10:09 AM
wife parah, sorang lagi anak cedera ringan....
Quote miszclassique 6-12-2020 10:19 AM
Rupanya accident sendiri...mesti bawak laju tak ingat ni lagi2 waktu subuh pulak..harap jadi pengajaran jugak pada yang lain...
Quote Orix 6-12-2020 10:55 AM
Accident pasaipa ni ? Terbabas ? Kena langgar ?
Quote sukacactus 6-12-2020 10:58 AM
Tgk pic kete tu kat fb td, npk teruk, mengiring terus ketenya
Quote JunkMail 6-12-2020 10:59 AM
Baca sekali imbas ingatkan mangsa lain yg meninggal tu lain kenderaan.. rupanya satu kereta. Tengok gambar kat bernama teruk remuk habis Vellfire tu?
Quote famri7 6-12-2020 11:02 AM
Bawak laju sis??
Quote kelapaparut 6-12-2020 11:03 AM
bwk laju2 knp la haii, darah mude ni, kesian kluarga dia, salam takziah
Quote noor2 6-12-2020 11:05 AM
Innalillah...jgn la bawa laju sgt..
Mmg best bawa laju ni tapi ending dia kalau terbabas mmg x kan happy ending
Quote Punat_button 6-12-2020 11:06 AM
JDT striker Syafiq Ahmad hurt, infant son killed in Penang crash
By Audrey Dermawan, Farah Azharie - December 6, 2020 @ 10:21am

image.png
Firemen at the crash scene at the North South Expressway (NSE). - NSTP/Courtesy of Fire and Rescue Dept.  


NIBONG TEBAL: Johor Darul Ta'zim (JDT) striker, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, was involved in an accident which killed his 22-day-old son at the North South Expressway (NSE) here, this morning.

The incident, involving a black Toyota Vellfire, also claimed the lives of Syafiq's mother-in-law Zainab Wahab, 45, and Indonesian Titik Sukamti, in her 30s.

Syafiq and his daughter, Aaira Nur Saffiyya, 2, escaped with minor injuries; while his wife, Nur Amalina Nur Ain, 25, was seriously injured.

Images of Syafiq's damaged Vellfire surfaced on social media, alongside a photo of Syafiq in tears, holding his dead son.

YOU MAY ALSO LIKE
4, including toddler, killed, 3 hurt, in 2-car Tanah Merah crash
Patient among two killed in Perak ambulance crash; three others hurt
2 killed, 2 children hurt in Kuantan head-on crash
Soldier killed, brother hurt in Tapah car crash
The driver of the badly-damaged Vellfire is believed to have lost control of the vehicle, which skidded and rammed the guardrail.

According to a spokesman from the state Fire and Rescue Department, they received a call at about 5.35am, and arrived at the scene 10 minutes later.

"There were six victims, three were saved, while three others were pinned inside the vehicle.

"Fire-fighters, in full PPE, removed those trapped inside the vehicle using special tools," he said.

According to the spokesman, they managed to extricate the victims from the damaged vehicle at 6.10am.

"Three of them were confirmed dead by paramedics at the scene and were surrendered to the police for further action," he added.

The operation ended at 6.12am.

Quote Punat_button 6-12-2020 11:07 AM
rentas negeri tak ni?

Quote noor2 6-12-2020 11:10 AM
Punat_button replied at 6-12-2020 11:06 AM
JDT striker Syafiq Ahmad hurt, infant son killed in Penang crash
By Audrey Dermawan, Farah Azharie  ...

Tengok gambar dah tahu bawa laju gila... kereta besar berat ni mmg x terasa eh bawak lelaju...
Quote Jitu 6-12-2020 11:11 AM
Innalillah...

Quote belilies 6-12-2020 11:14 AM
Flipped banyak kali kot.. tu yg remuk sangat. Kesian.
Quote lostnfaun 6-12-2020 11:15 AM
Baca dekat twitter ada yg komen ckp dia bawa slow jer tp sebab mengelak sesuatu jd terbabas, semoga org yg jadi punca dpt pengajaran..

Tapi tgk kereta kalau slow takkan la sampai gitu teruknya. Mcm dia terlelap skit nie...
Quote prettyuglybabe 6-12-2020 11:16 AM
well... vellfire kan..
tak pernah jumpa driver vellfire and seangkatannya yang bijak cermat bertimbangrasa ikut peraturan kat jalanraya..
maklum la kereta besar mahal import walaupun seken..
apa barang nak jalan sebelah or belakang kereta murah lokal kan..
tapi sebab orang terkenal, maka nya tak ada la carutan selayaknya pada beliau..
takziah saja la ye..

Quote alieyrina 6-12-2020 11:16 AM
Kt jawi ni dgn marcoco juru tu memg tempat salu xciden
Quote merrissa 6-12-2020 11:17 AM
kelapaparut replied at 6-12-2020 11:03 AM
bwk laju2 knp la haii, darah mude ni, kesian kluarga dia, salam takziah

velfire bawa slow baik bawa kancil...kancil pon berdesup

salam takziah..beringat la kete mahal ke kete murah ke...bawalah dengan kelajuan yg mengikut undang2

Lihat semua komen(476)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.111499 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top