CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suhaimi Saad Memang Tak Tersenarai Dari Awal"

6-12-2020 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 193814| Komen: 2026

Description: "Hazamin tu sahabat SS (Suhaimi Saad) dunia akhirat. Tapi dia bukan orang yang betul untuk 'deal' urusan kerja dengan SS. Ingat tu sampai bila-bila."
"Hazamin tu sahabat SS (Suhaimi Saad) dunia akhirat. Tapi dia bukan orang yang betul untuk 'deal' urusan kerja dengan SS. Ingat tu sampai bila-bila."

Itu hantaran dimuat naik bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad yang seolah-olah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap anggota kumpulan berkenaan, Muhammad Hazamin Harun.

Difahamkan ia berhubung penganjuran konsert Ulang Tahun ke-20 Inteam yang bakal berlangsung pada 12 Disember ini.


Hazamin ketika dihubungi berkata, Suhaimi tidak tersenarai dari awal kertas cadangan dikemukakan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

"Saya kalau boleh tak nak sangat perkara ini diperbesarkan, tapi saya perlu perjelaskan juga. Pada asal konsert ini sememangya tiada pembabitan Suhaimi pun, sebab ini bukan konsert reunion. Dalam kertas cadangan kami kepada pihak KKMM pun tiada kami cadangkan.

"Tapi selepas dana diluluskan, kami berbincang dan ingin membantu dia dengan menjemput juga bersama dalam acara ini, walaupun tidak ada peruntukan bajet asal untuk itu. Bermakna kami tambah dari bahagian lain.

"Alhamdulillah, selepas saya bertanya padanya, dia bersetuju untuk hadir dan terbabit sama. Kami bersetuju membayar RM2,000 dan saya tambahkan lagi menjadi RM3,000 sebagai penghargaan. Semua tiket penerbangan untuk dua orang dan rumah inap desa (homestay) juga akan kami tanggung.

"Sebaik sahaja mendapat bayaran pertama daripada KKMM kami sudah membuat pembayaran pendahuluan 50 peratus kepada semua pembekal, pemuzik dan artis secara berperingkat kerana itulah yang dikehendaki oleh pihak KKMM," katanya kepada Harian Metro.

Foto: Berita Harian

Namun, Hazamin menjelaskan, pembayaran pendahuluan Suhaimi terpaksa ditangguh bagi menunggu pengumuman kerajaan mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjut atau ditamatkan.

"Pihak akaun saya menasihatkan agar menangguhkan bayaran yang terkait dengan pengumuman PKPB. Antara bayaran yang ditangguhkan seperti kerusi banquet untuk penonton tiket yang hadir ke dewan, cetakan bahan-bahan hiasan luar dewan dan termasuklah bayaran Suhaimi kerana hanya dia seorang yang akan datang dari Kelantan, iaitu merentas negeri.

"Walaubagaimanapun, kesungguhan kami sudah membeli tiket penerbangan, dengan harapan PKPB akan ditamatkan. Kerana kos tiket penerbangan itu tak terlalu besar kalau terpaksa dibatalkan.

"Namun, secara tiba-tiba, pegawai perhubungan awam saya memaklumkan Suhaimi ingin menarik diri atas beberapa sebab tertentu pada Rabu lalu. Saya menghubungi dia semula dan memohon maaf kerana terpaksa melewatkan pembayaran pendahuluan atas beberapa faktor yang tidak semua saya ceritakan padanya.

"Akhirnya, dia menyatakan akan bersetuju sekiranya bayaran dinaikkan kepada RM5,000, ditanggung semua kos dan bayaran pendahuluan dibuat malam itu juga," katanya.

Menurut Hazamin, permintaan Suhaimi itu tidak dibantah serta merta sebaliknya dibawa berbincang bersama anggota dan pasukan.

"Saya tidak terus membantah, tapi mengusulkan pada rakan-rakan dalam pasukan saya. Majoriti daripada mereka tidak bersetuju. Saya nyatakan pada Suhaimi perkara itu. Kami pun mengakhiri perbualan dengan sangat harmoni. Saya mohon maaf padanya, begitu juga dia mohon maaf pada saya dan saling mendoakan.

"Tiba-tiba dia mengeluarkan beberapa kenyataan bahkan membuat video yang bagi saya sangat mengecewakan dan menyedihkan. Apa pun, kami sangat berharap isu ini tidak berlarutan dan kami akan terus fokus pada persedian konsert kami Sabtu depan," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terubukmasin 6-12-2020 09:08 AM
Knowing ss flat earth ni dia mmg kemaruk duit
Quote debab_78 6-12-2020 09:15 AM
Apa dia ckp dlm video? sorry takde ig...
Quote eyansss 6-12-2020 09:17 AM
asal2 nama takde...  bekas teammate kesian, ajak juga n pakai bajet lain...  dari rm2k, naikkan rm3k...  lain2 fully sponsored...  pastu adw hati demand naik rm5k?  wowwww...  dah la inteam, dah sampai masa korang berpatah arang berkerat rotan dengan dia ni...  haritu dah terkena dah masa so called konsert kat kb tu...  orang camni kena jauhkan sebab nanti habis busuk nama...
Quote bakingsoda 6-12-2020 09:24 AM
sohai sekor ni mmg tak reti bersyukur kan? hoi aku tak rasa la inteam tu hadap pon ngan ko tapi kesian ngan anak2 ko tu yg hidup tunggang langgang sbb dapat bapak bodoh
Quote umbut 6-12-2020 09:48 AM
Dari xda problem dah ada masaalah layankan si sohai x reti bersyukur org dah ajak... x ajak nanti merempan
Quote Carcosa 6-12-2020 09:52 AM
Haram J nye perangai ko, Sohai. Demand acah2 kau lah the Justin Timberlake dlm group. Bangsat perangai ko
Quote Lailerthee 6-12-2020 09:54 AM
I rasa y paling kuat nak ajak dia joint msty shah sbb shah tu nmpk hati lembut.
Quote bambimo 6-12-2020 09:59 AM
Edited by bambimo at 6-12-2020 10:03 AM

byrn rm5k bayaran utk dia tu ok la tu.. Dia kan lead vocal.. Suara ss yg terpaling sedap dlm grup
tu..ss kan crowd puller xde ss org xnk tgk...



Quote buapakperut 6-12-2020 10:00 AM
demand namampos
Quote TerataiMelur02 6-12-2020 10:21 AM
Amboi.. 5k. Memang sejenis manusia tak reti bersyukur
Quote Minami2013 6-12-2020 10:23 AM
RM3k ok lah utk job beberapa hari je. Show pun ramai2 dgn ahli kumpulan. Bukan nya dia kena nyanyi 2,3 lagu sorang2..kos yg lain ditanggung.. ape ke tamaknya dia ni
Quote Megikari 6-12-2020 10:33 AM
Dah diberi betis nak peha pulak..
Quote kiah_mai_pulak 6-12-2020 10:40 AM
sesuaiii lah dgn pepatah bagai anjingg dgn bayang2 tu.... siannnnnn ko sohaii
Quote ezacbee 6-12-2020 10:45 AM
Pasni ajak2 ayam je...
Quote bungarose 6-12-2020 10:47 AM
5k pun mahal ler untuk sora sohai
500 pun raser mahal gak nk bg sohai
Uuuu  aaaa   uuuu  aaaa
Mesti inteam mnyesal tak sudah ajak sohai
Quote AyaqMeloSuam 6-12-2020 10:47 AM
Hmm.. xtau nk kata apalah.. spin slagi blh spin flat earth oii.. aku rsa dia buat vid tu nk buat acah2 dia ada ramai fan.. pastu fan dia akn bckup dia or boikot konset tu.. mcm boikot sb dia xdak dlm konset la gamaknya... waima dia dh bbincnglah dgn inteam.
Quote pinkzara 6-12-2020 10:51 AM
umbut replied at 6-12-2020 09:48 AM
Dari xda problem dah ada masaalah layankan si sohai x reti bersyukur org dah ajak... x ajak nanti  ...

Apabila kita mula ada masalah dgn manusia, tu maknanya kita ada masalah dgn Allah.
Baiki dulu hubungan dgn Allah, alhamdulillah yg lain akan baik.

'kita' is 'dia'. Kalau tulis 'dia' kang nampak sgt aku judgemental, menghukum mcm tuhan...
Quote cupu 6-12-2020 10:53 AM
Xpe min..kami faham..kami mmg tau dah perangai dia tu...molekla dia xde...buat melugai je tgk.
Quote RumiMenari 6-12-2020 10:53 AM
Sohai datang lagi dengan permainan baru........

Lihat semua komen(2026)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.269438 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top