CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesut Ozil Goyang Kaki Gaji RM1.89 Juta Seminggu, Tapi Suka Tolong Orang Susah

5-12-2020 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2763| Komen: 2

Description: London: Bintang Arsenal, Mesut Ozil tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan yang cukup mewah selain berkongsi kekayaannya itu bersama golongan kurang bernasib baik.
 Ozil bersama salah satu koleksi kereta mewah miliknya



London: Bintang Arsenal, Mesut Ozil tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan yang cukup mewah selain berkongsi kekayaannya itu bersama golongan kurang bernasib baik.

Meskipun diketepikan Arsenal apabila namanya tidak disenaraikan untuk aksi liga atau pertandingan lain, kehidupan mewah Ozil tidak terjejas.

Perancang Jerman itu yang enggan memotong gajinya sekitar £350,000 (RM1.89 juta) seminggu ketika pandemik Covid-19 sebelum ini, mempunyai kediaman mewah bernilai £10 juta (RM54.2 juta) di Utara London.

Dia juga mempunyai deretan kereta mewah dan rata-ratanya jenama Mercedes bernilai £800,000 (RM4.3 juta).

Ozil juga mempunyai hobi mengumpul koleksi kasut sehingga rumahnya mempunyai sebuah bilik khas untuk meletakkan kasut dan aksesori lain.

Antara koleksi kasut dimilikinya adalah jenama Adidas Yeezy yang dianggarkan bernilai sekitar £1,400 (RM7,600) untuk lapan pasang kasut.

Bagaimanapun di sebalik kemewahan itu, dia juga sering melakukan kerja-kerja amal termasuk membayar kos pembedahan kanak-kanak tertentu.

Ozil juga memberi sumbangan makanan kepada 100,000 golongan kurang bernasib baik di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.



Sumber - hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 5-12-2020 03:09 PM
Jenis buat kebajikan xheboh2..not kiss and tell mcm orka kt msia.. Sume nk tayang. Nk sembang.. Sop xfollow plak tu. Huhu
Quote husna_amal 7-12-2020 01:59 PM
Untunglah, yang penting gaji masih jalan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.087549 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top