CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Gula-Gula, Ibu Sendiri Tergamak Bakar Tangan Anak

5-12-2020 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2772| Komen: 13

Description: Hanya kerana mencuri gula-gula di kedai, seorang ibu di Bolivia bertindak kejam dengan membakar tangan anaknya.
Hanya kerana mencuri gula-gula di kedai, seorang ibu di Bolivia bertindak kejam dengan membakar tangan anaknya.

Insiden berlaku di Alto K'ara K'ara bandar Cochabamba itu berpunca apabila dua beradik berusia empat dan enam tahun terbabit mencuri gula-gula di sebuah kedai tempatan.


Selepas mendapat aduan daripada pemilik kedai itu yang menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita berkenaan mengikat tangan anak perempuannya berusia enam tahun sebelum membakar tangan sebagai hukuman.

Kredit foto: Agensi

Berdasarkan laporan, wanita itu juga mahu melakukan tindakan sama terhadap anak perempuan berusia empat tahun namun kanak-kanak itu sempat melarikan diri selepas melihat kakaknya dihukum kejam ibu mereka.


"Ibu berusia 37 tahun itu meletakkan nyawa anaknya dalam risiko.

"Dia mengaku mengikat tangan anaknya sebagai hukuman," kata Pengarah Pasukan Khas Menentang Keganasan Cochabamba, Ruben Dario Lobaton dalam portal Daily Star.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu mengalami kelecuran tahap dua namun keadaannya stabil.

Dia memerlukan sekurang-kurangnya empat pembedahan bagi memulihkan pergerakan lengan bawah dan tangannya serta rawatan psikologi kerana tragedi itu.

Adiknya pula diletakkan di bawah jagaan pekerja sosial di pusat perlindungan kanak-kanak dan remaja.

Ibu serta bapa tirinya ditahan namun hakim memerintahkan perbicaraan wanita hamil enam bulan itu ditangguhkan sehingga dia bersalin.

Bapa tiri kanak-kanak itu ditahan di penjara, sementara siasatan masih berjalan kerana bersubahat melihat penderaan itu dan tidak bertindak menghentikan perbuatan kejam isterinya. -CARI


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 5-12-2020 09:09 AM
Hentikan keganasan terhadap kanak-kanak

Quote Megikari 5-12-2020 11:32 AM
Waahhhhh gila kejam la mak dia. Tak layak ada anak pun setan macam ni
Quote dudaberhias 5-12-2020 11:51 AM
budak2 tu belajar mencuri dari mana tu?
mak dia pun ganas semacam je iols syak semua tu ajaran yang datang dari rumah sendiri jugak...
Quote makneng 5-12-2020 12:14 PM
Johnny Johnny eating sugar? No momma! Telling lies? No momma! Let me burn your hands.


Erm mcm2 hal
Quote minah_selekeh 5-12-2020 03:43 PM
Kalau budak tu dapat kecacatan kekal, tak boleh nak belajar dan bekerja dengan sempurna, tak ke ko jugak yang susah? Mak dia ni tak pikir panjang la.. Kesian budak tu!
Quote inchesyamil 5-12-2020 07:17 PM
Mental kot mak dia ni.
Quote noor2 5-12-2020 07:21 PM
X pe dik...sabar..

Besar nanti ko bakar tangan mak ko balik bila dia dah x sekuat ko dan tua.

Geram pula baca
Quote mh17 5-12-2020 08:11 PM
makneng replied at 5-12-2020 12:14 PM
Johnny Johnny eating sugar? No momma! Telling lies? No momma! Let me burn your hands.



Damn!scary weyh!saiko btol dgr.haha
Quote makneng 5-12-2020 08:35 PM
mh17 replied at 5-12-2020 08:11 PM
Damn!scary weyh!saiko btol dgr.haha

Hahaha... Manade scary... Hahaha
Quote dani-rox 5-12-2020 09:19 PM
Kesian budak tuh.
Drpd ko bakar tangan anak kecik ko, lebih baik ko tonyoh api kat pepek sendirik sbg hukuman sbb melahirkan 'pencuri '. Bangkai punya emak.
Quote ikanmasin 5-12-2020 10:52 PM
melampau btl ko hukum anak ko mcm tu..skrg ni sapa jg susah ko sendiri lah..mcm mana lah ko didik anak2 ko tu sampai mcm tu..merosakkan masa depan anak2 ko jg.nak2 tu lg perempuan..
Quote husna_amal 7-12-2020 10:26 AM
Bodoh macam tu sekali hukum anak.
Quote amyainsamad 7-12-2020 11:40 AM
gler

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072983 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top