CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Nak Dituduh Jadi Punca Kluster" - Adik Ipar Shahida Positif Covid-19

4-12-2020 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9250| Komen: 33|Original author: Oleh: LilRose

Description: Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 yang juga merupakan adik iparnya.
Usahawan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 yang juga merupakan adik iparnya.

Nur Shahida memaklumkan perkara itu menerusi sebuah video dimuat naik di Instagram, hari ini.



Kredit foto: IG Shahida

Menerusi video tersebut, kelihatan Nur Shahida menjalani proses saringan Covid-19 secara pandu lalu di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

"Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yang terbaharu semalam 3/12 dan kedua-dua test PCR saya negatif," katanya.

Sementara itu, Nur Shahida yang merupakan isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata, hanya dirinya dikenakan kuarantin kendiri.

Ini kerana ahli keluarga yang lain tidak pernah berjumpa dengan adiknya dan isteri dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Nur Shahida memohon orang ramai tidak menyebarkan berita palsu selain berhenti mendiskriminasikan pesakit Covid-19.



Jelasnya, setiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah s.w.t. dan pasti mempunyai sebab tertentu untuk dijadikan pengajaran.  

"Saya maklumkan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan saya menuduh menjadi punca kluster tertentu," katanya.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 4-12-2020 04:49 PM
Bila kayangan kena.. Kita kena doa dorg cpt sihat..bila marhaen kena.. Kena kecam non stop oleh acik netizen.cis!
Quote laksmanabentan 4-12-2020 04:52 PM
ok la tu kurantin sendiri, banglo besar kan...
xde hal ler...
Quote kechikchomel 4-12-2020 04:54 PM
lain lak muka dia dalam pic bergelang tu
Quote SKUTIL 4-12-2020 04:56 PM
kechikchomel replied at 4-12-2020 04:54 PM
lain lak muka dia dalam pic bergelang tu

Filter hahahaha
Quote Asdira 4-12-2020 05:02 PM
Yelahhh{:dot
Quote bakingsoda 4-12-2020 05:22 PM
asal swab tu gap 3 hari? bukan day 1 dgn day 13 ke patut
Quote salmon-suki 4-12-2020 05:28 PM
bakingsoda: asal swab tu gap 3 hari? bukan day 1 dgn day 13 ke patut

Duit byk,bayo jelaa brp kali nak swab.. xpuas hati g situ,dia p tmpt lain plak..adeapedeheyyyy...hulur jah..setakat 300,400,500,600 tu celah gigi jah{:smile
Quote LadyCarefree 4-12-2020 06:10 PM
Normabaru replied at 4-12-2020 03:49 PM
Bila kayangan kena.. Kita kena doa dorg cpt sihat..bila marhaen kena.. Kena kecam non stop oleh acik ...

Alip kena siap mopti video call doakan. Marhaen hado?
Quote Normabaru 4-12-2020 06:18 PM
LadyCarefree replied at 4-12-2020 06:10 PM
Alip kena siap mopti video call doakan. Marhaen hado?

Khuennsss... So lady bila lg nk g try masuk spital? Kehkehkeh
Quote Normabaru 4-12-2020 06:19 PM
Edited by Normabaru at 4-12-2020 06:20 PM
bakingsoda replied at 4-12-2020 05:22 PM
asal swab tu gap 3 hari? bukan day 1 dgn day 13 ke patut


Tula.. Apsal beza tarikh swab x  sama.. Alif pny kes pon sama gk.. Instead of 14hari admitted dia dh kua on 12th day
Quote LadyCarefree 4-12-2020 08:29 PM
Normabaru replied at 4-12-2020 05:18 PM
Khuennsss... So lady bila lg nk g try masuk spital? Kehkehkeh

Cisssssssss daku xhingin pon mopti call
Quote nordin84 4-12-2020 08:32 PM
xde sape bukak benang ke pasal laki dia tipu wani tu.. wani yg badan besar tu.. iols tgk ig tokpit td
Quote makneng 4-12-2020 08:55 PM
Boleh caya ke diorg ni kuarantin tak kuar rmh bagai? Malas mak nak husnuzon
Quote slyfynx 4-12-2020 09:00 PM
Eh jgn pandang negatif eh.
Sedap je kan korang ke sana ke mari.
Pastu bile ade terkait, eh, jgn salahkan kami.
Blah la weh.
Sblm ni lg pun dh pandang negatif dah kt kau sekeluaga
Quote SKUTIL 4-12-2020 09:46 PM
Citer Wani camne?? Harap lawyer wani bantu wani saman dorang ni juta2 ..dasar berniaga penipu
Quote SKUTIL 4-12-2020 09:46 PM
nordin84 replied at 4-12-2020 08:32 PM
xde sape bukak benang ke pasal laki dia tipu wani tu.. wani yg badan besar tu.. iols tgk ig tokpit t ...

I nk bukak tadi tp malas .. tgh tggu forumer bukak bena g i x sabar nk sumpah seranak
Quote Nenasketum 4-12-2020 09:54 PM
Diorang ni kenapa ek? Tiap 2-3 hari nak masuk berita, hamlau pathetic sungguh
Quote Itzy 4-12-2020 10:20 PM
Aku ingat si alip dgn bini dia bagus, rupanya 2x5 bengong. Wahai alip sokri tunaikan janji mu pada si wani comel. Ko buat zalim orang, kalau orang tu doa pada Allah, inshaAllah tak selamat kau dunia akhirat alip.
Quote Rara77 4-12-2020 10:22 PM
Tolong kuarantin wlupun hari hari kau buat swap test
aku tahu kau merayap aku minta netijen baling telur dekat muka kau

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.069760 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top