CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengamal Perubatan Alternatif 'Rawat' Buatan Orang Dengan Cabul, Cekik

7-12-2020 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2939| Komen: 7

Description: Polis menahan seorang lelaki, petang kelmarin selepas dia dipercayai mencabul jurujual wanita ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif.
Polis menahan seorang lelaki, petang kelmarin selepas dia dipercayai mencabul jurujual wanita ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif.

Suspek yang juga peniaga berusia 52 ditahan kira-kira jam 4 petang selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai bermula pada 22 November lalu selepas mangsa berusia 30 tahun mendapatkan rawatan perubatan dengan suspek yang kononnya pengamal perubatan alternatif.


Gambar hiasan

Katanya, suspek mendakwa mangsa terkena buatan orang dan meminta izin mahu memegang mangsa untuk perubatan.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memegangnya dan ketika itu suspek dikatakan mengambil kesempatan mencabul mangsa selain turut mencekik leher mangsa.

"Sebaik selesai menjalani rawatan itu, suspek memaklumkan yang dia akan datang ke rumah mangsa lagi untuk melihat keadaan rumah bagi tujuan rawatan.

"Mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan dengan suspek pada 24 November lalu dan selepas rawatan, suspek meminta izin untuk mencium mangsa namun mangsa tidak membenarkan suspek berbuat demikian," katanya.

Mohd Adli berkata, mangsa yang curiga dengan rawatan dilakukan suspek pergi ke sebuah pusat perubatan untuk bertanya mengenai proses rawatan dilakukan suspek.

Katanya, mangsa dimaklumkan suspek sudah digantung tugas dan pihak pusat perubatan itu meminta mangsa membuat laporan polis.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang Khamis lalu dan suspek kini direman empat hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 7-12-2020 01:02 PM
Berubat alternative ni apa ke bendanya? Jantan pakai kopiah pegang tetek sambil dengar lagu Nirvana ke?

Nape tak pegi jumpa doktor kat spital je sis?
Quote Mina2215 7-12-2020 01:24 PM
Nak mengubat apa plak sampai nak cium2. Dasar pervert!
Quote pxlbb 7-12-2020 01:26 PM
Tolonglah wahai perempuan, kalau kemurungan pergilah dapatkan nasihat doktor dan kaunseling, dapatkan rawatan yang klinikal, bukan pergi kat dukun bomoh pakai topeng ustaz ni. Tinggi sangatkah ilmu mereka dapat mengubati kemurungan. Tak pasal-pasal dapat benih free.

Kalau nak elak dari terkena buatan orang, banyak-banyakkan amalan. Syaitan pun takut nak dekat kalau kau jaga amalan. There is no shortcut to recovery.
Quote buapakperut 7-12-2020 08:12 PM
miang nau tercium2 mesti busuk
Quote Manjahati 7-12-2020 08:14 PM
Jijiknya perangai
Quote husna_amal 8-12-2020 10:21 AM
Perangai level2 dai syed lah ni. Ambil kesempatan sebab  kesangapan
Quote insulin 8-12-2020 10:22 AM
Testosterone laki Ganu memang tinggi2 ya.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057317 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top