CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Yakin Kau Dik, Buat Tarian TikTok Masa Uji Bakat Nyanyian

7-12-2020 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4036| Komen: 13

Description: Biasanya, video tarian TikTok menggabungkan pergerakkan tangan dan bahagian atas badan mengikut rentak muzik.
Biasanya, video tarian TikTok menggabungkan pergerakkan tangan dan bahagian atas badan mengikut rentak muzik.

Mereka yang sering mengikuti setiap trend tarian Tiktok juga tidak mustahil untuk menjadi ketagih atau tidak dapat membuang tabiat tarian yang dipelajari.


Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video tular di mana seorang gadis telah menghadiri uji bakat nyanyian di sebuah rancangan Indonesia, Idol.


Kredit foto: Twitter

Dalam video itu, gadis berkenaan menyanyikan lagu di hadapan juri, namun apa yang menarik perhatian adalah tarian yang dilakukannya.

Walaupun lagu dinyanyikan bukan sebuah lagu TikTok, gadis itu membuat tarian TikTok ketika menyanyikan lagu berkenaan membuat juri kelihatan bingung.

Malah pada akhir persembahannya, salah seorang juri mengatakan gaya tarian yang dilakukannya itu kelihatan seperti memukul nyamuk.




Tindakan gadis dari Indonesia itu yang begitu yakin mempersembahkan tarian TikTok itu untuk persembahan ujibakat membuat ramai geli hati sampai ada yang menyangka dia menyanyi sambil membuat bahasa isyarat. 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 7-12-2020 05:13 PM
Hahahaha siot je komen juri
Quote sharlenetexas 7-12-2020 05:46 PM
Acik polis ipk kelantan ada kena tindakan tatatertib gedik2 tiktok dalam uniform masa kerja.
Quote eplasbpafree 7-12-2020 05:50 PM
sharlenetexas replied at 7-12-2020 09:46 AM
Acik polis ipk kelantan ada kena tindakan tatatertib gedik2 tiktok dalam uniform masa kerja.

kenapalah gedik2 nak bertik-tok dgn uniform segala.


mendapatlah ...


Quote Sazida 7-12-2020 05:52 PM
sharlenetexas replied at 7-12-2020 05:46 PM
Acik polis ipk kelantan ada kena tindakan tatatertib gedik2 tiktok dalam uniform masa kerja.

Pdn muka dia. Menggedik sgt berjoget time kerja. Iols tgk td video tu meluat sgguh., mmg elok la kena tindakan tatatertib. Silap2 kopek pangkat.
Quote Kurex 7-12-2020 06:45 PM
Bila trend tiktoktok ni nak terhapus eh?
Quote buapakperut 7-12-2020 08:07 PM
anak badul ka ni
Quote belilies 7-12-2020 08:29 PM
Kalo tt tak bagitau sheols buat tarian tiktok, boleh jadi iols fikir sheols buat sign language
Quote AshKetchum 7-12-2020 08:51 PM
nyanyi sambil tangan tolak angin ke dekk? promote sponsor yachh gitu?




Quote husna_amal 8-12-2020 10:49 AM
Antara kelompok yang gedik dan lapar perhatian, budak tik tok, budak twitter dan budak ig.
Quote MadameOnion 8-12-2020 11:43 AM
ummah claim mmg bangang..tapi lagi bangang yg dekat sini pun meniru...double bangang
Quote MadameOnion 8-12-2020 11:49 AM

hahahaa kejamnya komen
Quote Redmyvi 8-12-2020 05:30 PM
Aku bersyukur gakla masa aku muda remaja dulu takdak tiktok dan socmed semua nie..

Setakat friendster & myspace tu pn kena pi CC kalau nak bukak.. haha

Takdak la aku malu balik tgk posting2 aku.. haha
Quote Artemesiaa 9-12-2020 05:17 PM
Kalau tonton ujibakat mereka ni boleh nampak bukan semua datang betul2 nak uji bakat sebab ramai juga yang datang sekadar nak tarik perhatian dapat masuk tv kiranya bukan nak lulus ujian tu pun.  Ada beberapa kali yang datang dalam pakaian hantu siap muka dimakeup serupa hantu juri pun cabut lari takut nak lihat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.082004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top