CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Janji Bulan Bintang" - Wani Chomel Cuba Jatuhkan Aliff Syukri?

8-12-2020 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7399| Komen: 38

Description: Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap gadis montel, Wani Chomel yang mendakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman ...
Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap gadis montel, Wani Chomel yang mendakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadap dirinya.


Aliff, 33, berkata, pihaknya kini sedang menunggu tindakan lanjut serta makum balas daripada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim untuk menuntut bayaran pampasan dan bantuan sebagaimana dikatakan pernah dijanjikan kepadanya sebelum ini.


Kredit foto: IG Aliff

“Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang akan diberi adalah atas budi bicara. Itu yang ditulis di dalam kontrak.

“Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja, sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kota Damansara, semalam..


Menurut Aliff, sepanjang mengenali Wani sejak Ogos tahun lalu, dia telah berhabis hingga ratusan ribu ringgit merangkumi kos pembedahan pembedahan bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan segalanya.

Jelasnya lagi, semasa dalam tempoh jagaannya, Wani didapati ada curi-curi membeli makanan dari luar tanpa pengetahuan dan kebenaran pakar pemakanan yang dilantik.

Dalam pada itu, Aliff menyangkal dakwaan Wani yang mengatakan rekod kesihatannya dipegang dan tidak boleh disimpan sendiri. Katanya, rekod tersebut boleh diambil sendiri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba menjatuhkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan.

“Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai segerombolan manusia lain yang cuba menjatuhkan saya,” katanya.




Terdahulu, Wani Chomel pada Jumaat lalu membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianiaya dan ditipu Aliff selain menafikan haknya sebagai duta produk pelansingan milik usahawan terkenal itu.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 8-12-2020 11:12 AM
dekat ig Anju td, ada post wanie admit hospital...
Quote mrsLucky 8-12-2020 11:15 AM
Mungkin kah Toklip akan bayar diluar makamah..? Bertepuk tanganlah penghasut2 semua tu
Quote cmf_premierleag 8-12-2020 11:26 AM
Takyah play victim dik
Drpd ko meratap sendu x dpt 3k sebulan tu baik la ko gi usaha kuruskan badan
Ni byk sgt alasan

Quote depresio 8-12-2020 11:27 AM
Pi la cari kerja
Pemalas betul
Quote cmf_premierleag 8-12-2020 11:27 AM
Yang duk bekap wani ni aku syak mesti body pun spesis mcm dia jugak
Sb tu gigih bekap org gemuk obese
Quote Lagubestbest 8-12-2020 11:35 AM
covid kot, sales tahun ni delete je. sabar tunggu tahun depan naik la gaji duta nya, tak sabar2 dah hilang semua.
Quote bakingsoda 8-12-2020 11:41 AM
eh kali ni aku setuju dgn toklip, orang dah sponsor mcm2 sampai mampu berjalan gi la cari kerja, senang ko dek demand rumah kete dan 3k tiap2 bulan wth
Quote Zirara99 8-12-2020 11:45 AM
Entah la. Habis tu kenapa dia koyak kontrak tu? Untuk dia cakap mcm ni ke? Tktahu.
Quote lavendernovella 8-12-2020 12:07 PM
Kamal tu harus bagi talk jugak bagi pihak wani. Baru adil. Since heol kan penganalisis jenayah.
Quote takayama 8-12-2020 12:12 PM
ada ke gambar dik wani yg dah kuyus
psl apa yg dijanji dan apa yg x ditepati tu kaka mls nk amik taw
cuma nk tgk gambar terkini selps dik wani operate katanya
Quote missus_meow 8-12-2020 12:14 PM
ade org cucuk?
Quote akuMNdia 8-12-2020 12:19 PM
naper byk sangat benang si tokliplap ni?
Quote Kurex 8-12-2020 12:22 PM
Aku ingatkan si syanie tu
Quote tukul 8-12-2020 12:27 PM
cmf_premierleag replied at 8-12-2020 11:27 AM
Yang duk bekap wani ni aku syak mesti body pun spesis mcm dia jugak
Sb tu gigih bekap org gemuk  ...

Jangan u.. dituduhnya body shaming kan...haru
Quote umbut 8-12-2020 12:28 PM
Dulu kemain gemuk lebar.. Toklip sponsor dah kurus sikit dah leh jalan.. Masih x bersyukur. Nak saman tuntut umah keta duit bagai.. Yg pasal koyak kontrak tu katanya dah tamat tempoh setahun je pun.. Dah x valid.. Sakit sebab ko x gi follow up. Patient bs memang kena follow up sampai dah betul ok.
Quote husna_amal 8-12-2020 12:31 PM
Dulu bukan nagis2 ke mohon bantuan dari alif ni. Dah kena bantu tu patut bersyukur. Kali ni berharap lebih2 pula. Tapi betul ke ada perjanjian jadi duta bagai.
Quote TomyamPuteh 8-12-2020 12:32 PM
Klau dlm FB smua bekap wani. Pembekap2 tu msti geng pprt berkerak. Dengki dgn kekayaan org lain.
Quote Redmyvi 8-12-2020 01:33 PM
Entahlaa.. Yg aku perasan sesiapa yg baik dgn alip syukri ni akan end up bergaduh balik dgn dia..
Quote lattehazelnut 8-12-2020 01:39 PM
Toklip nak viral je.. lepas viral mana dia peduli lagi dah..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.164259 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top