CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rupanya Nabil Mahir 'Kurung Diri', Siap Sedia Tong Sampah Besar Dalam Bilik!

8-12-2020 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7123| Komen: 30

Description: Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dirinya tamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki positif Covi ...
Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dirinya tamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki positif Covid-19.


Menurut Nabil, ini merupakan satu pengalaman baru buat dirinya kerana dia hanya duduk seorang diri di dalam bilik dan langsung tidak keluar.



“Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar. Apa-apa yang dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah.

“Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan family dan orang lain,” tulisnya.




Kisah tersebut dikongsikan tunang kepada pelakon Ayda Jebat itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Nabil turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mengambil sikap sambil lewa lebih-lebih lagi bila berdepan dengan pendemik ini.

“Tolonglah semua, please please jaga diri by follow SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pendamic ini.

Let’s put a stop to this pandemic. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disiplinkan diri. Kita boleh menang,” kongsinya lagi.


Kredit foto: IG Nabil

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Nabil.

Sementara itu, Nabil dan Ayda bakal melangsungkan perkahwinan mereka 1 Januari depan.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 8-12-2020 11:29 AM
Oh begitu ok2 roger and houtt
Quote Kurex 8-12-2020 11:37 AM
Kalis covid tau gosip nim malahan mampu jana ekonomi Malaysia
Quote LadyCarefree 8-12-2020 11:49 AM
Baguslah begitu tapi ko duduk dengan sampah tu sangat tak perlu jah. Ko ikat je lah beg plestik sampah tu dan spray je dengan alcohol based sanitizer lepas ikat.
Quote lasagna 8-12-2020 11:51 AM
kalau 14 hari smpah kau dlm blk tak ke berbau?
sehari tak buang sampah pun bau dah busuk. adooiiyaiiii.
Quote laksmanabentan 8-12-2020 12:12 PM
LadyCarefree replied at 8-12-2020 11:49 AM
Baguslah begitu tapi ko duduk dengan sampah tu sangat tak perlu jah. Ko ikat je lah beg plestik samp ...

harap maklum ya sis mcm mana pemikiran dia...
owner dan tong sampah berpisah tiada gitu...
Quote prettyuglybabe 8-12-2020 12:15 PM
lasagna replied at 8-12-2020 11:51 AM
kalau 14 hari smpah kau dlm blk tak ke berbau?
sehari tak buang sampah pun bau dah busuk. adooiiyai ...

sampah dalam bilik takat tissue, kertas, plastik jajan, habuk-habuk sapu takde bau kot..lain la kalau dia buang sisa bahan mentah/nasi/lauk makanan macam kat dapur tu..

Quote AshKetchum 8-12-2020 12:19 PM
hengatkan ko dah sedor diri betapa sampahnya ko ni lalu selayaknya dihumban ke dalam tong jahh
Quote AshKetchum 8-12-2020 12:20 PM
so lepas ni boleh panggil kau nabil tong sampah gituh?
Quote makneng 8-12-2020 12:21 PM
Mak tetiba husnuzon yg dia buang sisa makanan flush dlm jamban. Bekas2 makan heolls basuh kat sinki shower room. Lepas tu bekas2 makanan tu semua masuk dlm tong sampah besor tu.


Tapi kalau dia x buat mcm yg mak pikir... Mak wonder mcm mana dia boleh tahan berbaring dlm bilik tu. Kalau AC-ed room lagi laaaa..
Quote mawardia 8-12-2020 12:22 PM
Sampah dan sampah berpisah tiada
Quote salmon-suki 8-12-2020 12:24 PM
Sendu sgt dia ni smpai komen kt sini pun sikit je .hikhikhik~

Baidewei,ai nmpak ada megi kari. Sedapnyeeee
Quote husna_amal 8-12-2020 12:43 PM
Patutlah lama takde cerita rupanya tengah berkurung kat dalam bilik
Quote tikusmontok 8-12-2020 01:06 PM
lasagna replied at 8-12-2020 11:51 AM
kalau 14 hari smpah kau dlm blk tak ke berbau?
sehari tak buang sampah pun bau dah busuk. adooiiyai ...

kannn dgn sampah kulit udang lak tu
Quote Redmyvi 8-12-2020 01:23 PM
Nabil ni kalau tak sebab tunang dgn ayda jebat tu confirm aku tak kenal.. hehe
Quote MadameOnion 8-12-2020 02:21 PM
pengotor la...sampah tu boleh je buang..pakai la glove yg maid pun..mesti busuk bau bangkai...
Quote lattehazelnut 8-12-2020 02:27 PM
Xberulat ke sampah sisa makanan tu?
Tulang ayam kulit udang boleh ke flush kat toilet?
Quote mayong 8-12-2020 02:40 PM
Quote ladyzens 8-12-2020 03:10 PM
makneng replied at 8-12-2020 12:21 PM
Mak tetiba husnuzon yg dia buang sisa makanan flush dlm jamban. Bekas2 makan heolls basuh kat sinki  ...

hehe baguslah uols ni..
husnuzon..
dlm hati tadi memang terfikir tak busuk ke sisa makanan tuuuu
Quote HuoJingJue 8-12-2020 03:44 PM
sampah kalo tak angkat tak yah tunggu 14 hari pun dh naik ulat..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053605 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top