CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Polis Ditahan Peras Ugut, Rakam Hubungan Seks Pasangan Kekasih

8-12-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4590| Komen: 18

Description: Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil aktiviti berkenaan dirakam dalam kejadian di Pengkalan Chepa, di sini, ...
Dua anggota polis ditahan dipercayai melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil aktiviti berkenaan dirakam dalam kejadian di Pengkalan Chepa, di sini, Jumaat lalu.


Dua anggota berusia 31 dan 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut sebanyak RM1,250 selain turut menumbuk salah seorang mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kejadian berlaku pada jam 10.45 malam ketika dua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan.


Gambar hiasan

"Anggota polis polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang mangsa sambil mengugut dengan meminta wang RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama.

"Selepas memperoleh wang berkenaan yang diambil di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa menyuruh pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis.


"Mangsa wanita berkenaan turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

"Susulan itu, kita menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan. Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.


Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Steelheart 8-12-2020 02:55 PM
aku cuma nak komen pulis2 yang buat kerja oral sex , cabul tu sambil bukak buckle yg ada kalimah bahasa arab tu nak kira mcm mna ye? Sedangkan bendera yg xde apa2 tulisan tu pun org sanggup pertahan sampai mati mcm citer leftenan adnan
Quote Orix 8-12-2020 02:57 PM
polis serombi ka... padan la....
Quote rosasen 8-12-2020 03:09 PM
Orix replied at 8-12-2020 02:57 PM
polis serombi ka... padan la....

polis serombii tp asal negeri jiran dua2 tu.. wat malu je..

eh mcm pnah ku tgk video aksi kena paksa ni
Quote allshares 8-12-2020 03:10 PM
Bodoh punya polis, moga didakwa mcm rakyat marhean biasa, jgn sekadar ambik tindakan tatatertib shj.
Quote bintangct 8-12-2020 03:17 PM
Allahu.. apa nak jadi polis2 skg ni Polis2 ni ada angkat sumpah ke masa nk jd polis? takde perasaan ke masa menjalankan amanah kerja
Quote ctcheery 8-12-2020 03:21 PM
Allahhu..apa nk jadi ni
Quote Skuau 8-12-2020 03:24 PM
Aku meme x terkejut dh... sekarang ni..itu kalo..polis dh 'tak betul'....
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2020 03:25 PM
Huk aloh klate gedebe kote
Quote saviour_09 8-12-2020 03:27 PM
holoooohhh la abe pulih

bakpo jadi lagu tu
Quote Kurex 8-12-2020 03:38 PM
Nasib baik tak pernah dipaksa
Quote ais_kosong 8-12-2020 03:43 PM
Gila seks punya polis!!!..
Quote husna_amal 8-12-2020 04:50 PM
Polis macam ni patut diberhentikan je jangan bagi peluang kedua.
Quote padris 8-12-2020 04:58 PM
Patut dibuang kerja..!! Memalukan pdrm !!
Quote kroit92 8-12-2020 07:10 PM
kantoikan.. kantoikan semuanya

ada beberapa kes serupa, tapi orang ramai tak report je, sebab malu, dan kena ugut

nak report siapa? nanti report. geng diorang jugak.

orang awam nak percaya sapa lagi?
Quote borrow 8-12-2020 08:10 PM
ikut je ckp polis tu ek.
Quote monreyes 8-12-2020 08:24 PM
x leh bayangkan senjata dlm spenda kepam...
Quote abcdotcom 8-12-2020 08:28 PM
Edited by abcdotcom at 8-12-2020 08:29 PM

Screenshot_2020-12-08-20-18-57-70.jpg
Quote budaktua 8-12-2020 09:19 PM
aku rasa mangsa rasa bengang tk blh tahan psl ambek gmbr tu....

kalau tk ...settle gitu je sb takut..


polis2 tu pulak..dh syok nk lg syok.. nk ulang2 tu yg ambek gmbr tu...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062983 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top