CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Anak

8-12-2020 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15190| Komen: 148

Description: Daripada jurutera, kini tauke daging burger! Begitulah jejak usaha serta kejayaan Mohammad Fuad Syamsul Hassan, 43, anak kelahiran Bumi Kenyalang.
Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 71, terkilan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun yang mendakwa dia tamakkan harta Allahyarham anaknya.

Nour Shafinar adalah balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, yang meninggal dunia dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia sama sekali tidak pernah terfikir dan berniat mengejar harta anaknya kerana sedar Allahyarham tidak mempunyai banyak harta.

Foto: Utusan

"Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allharyaham. Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya. Tak sangka pula sampai melarat macam ini hingga balu arwah mendakwa saya tamakkan harta. Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pampasan yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu," katanya.


Menurut Badul, sejak anaknya meninggal dunia hingga kini, dia tidak pernah bertanya mengenai wang atau apa saja pampasan kepada menantunya itu kerana mereka tidak lagi pernah berjumpa dan berbincang.

"Ketika saya batalkan niat untuk buat inkues terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta.

 "Kalau betullah saya ini tamak duit atau harta arwah, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pampasan yang bakal saya peroleh selepas batalkan inkues itu. Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya.

"Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inkues itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa," katanya.

Selain itu, Badul juga menafikan dakwaan dibuat seorang individu terhadapnya di Facebook yang mendakwa dia sudah pun mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya.

"Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu. Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak rebut atau tamakkan harta.

"Sejak isu ini timbul, macam-macam orang kecam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial. Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri," katanya.

Allahyarham Mohd Zahir sebelum berkahwin dengan Nour Shafinar dan memiliki seorang anak. Allahyarham juga pernah berkahwin dengan Jamilah Ismail yang kini menetap di Pekan, Pahang, bersama dua anak lelaki mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 8-12-2020 04:57 PM
seminggu dua ni penuh thread psl tok badol nih
Quote sarah82 8-12-2020 04:58 PM
POPCORNNNNNNNNN...dah agak dah si pinat tu putaq belit..

wei pinat bila nak bagi hak anak2 arwah yg 2 org tu? ka nak songlap nak bagi anak2 ang yg ang acah2 kononnya anak arwah masa mula2 kes ni terjadi..

Quote gorjeous 8-12-2020 05:02 PM
Kalau dia tak berbunyi sampai sekarang kebenaran tak diketahui.. banyak sebenarnya yg balu tu sorokkn... dunia-dunia..
Quote salmon-suki 8-12-2020 05:02 PM
sarah82: POPCORNNNNNNNNN...dah agak dah si pinat tu putaq belit..wei pinat bila nak bagi hak anak2 arwah yg 2 org tu? ka nak songlap nak bagi anak2 ang yg ang  ...


Anak dgn exwife tu duk ngn balu ni ke?
Quote sharlenetexas 8-12-2020 05:03 PM
sarah82 replied at 8-12-2020 04:58 PM
POPCORNNNNNNNNN...dah agak dah si pinat tu putaq belit..

wei pinat bila nak bagi hak anak2 arwah  ...

Memang celakalah hidup orang yang makan harta anak yatim.

Quote sarah82 8-12-2020 05:04 PM
sharlenetexas replied at 8-12-2020 05:03 PM
Memang celakalah hidup orang yang makan harta anak yatim.

betul...tanpa pak badul...kita x tau hal sebenarnya. masa pengkebumian arwah...anak2 arwah pi tak?
Quote batusembilan 8-12-2020 05:04 PM
baik tuduh Tuhan je yg tak adil sbb buat hukum faraid........
Quote cap_ayam 8-12-2020 05:05 PM
semoga Pak Badul mendapat penjelasan sewajarnya. mana pegi hak pak Badul ni.. dah kena rembat ke
Quote sarah82 8-12-2020 05:06 PM
salmon-suki replied at 8-12-2020 05:02 PM
Anak dgn exwife tu duk ngn balu ni ke?

dok dgn ex wife selepas ada kes penderaan...masa bercerai dok dgn arwah dgn pinat hanat ni la..lepas tu ada kes penderaan tu yg arwah bagi balik kat ex wife.

tanpa citer pak badul, kita semua kena tipu hidup2 dgn pinat hanat ni ingatkan budak2 yg dia bergambar ber4 masa lepas kes ni adalah anak arwah.
Quote salmon-suki 8-12-2020 05:11 PM
sarah82 replied at 8-12-2020 05:06 PM
dok dgn ex wife selepas ada kes penderaan...masa bercerai dok dgn arwah dgn pinat hanat ni la..lep ...

Ooooo...kes dera??wahhhhh..tp ada terbaca kt benang sblm ni,mcm suspicious jgk balu tu sbb mcm xabes2 je duk susun harta arwah.. kata arwah xde harta sgt,nape lambat je nak bg..mcm pelik jgk
Quote sarah82 8-12-2020 05:15 PM
salmon-suki replied at 8-12-2020 05:11 PM
Ooooo...kes dera??wahhhhh..tp ada terbaca kt benang sblm ni,mcm suspicious jgk balu tu sbb mcm xab ...

dalam benang yg awal2 joyah buka rasanya...ada screenshot tentang kes dera mcm tu.
Quote Kitty_catz 8-12-2020 05:16 PM
masa hidup tak tanya kabar, dah tak de baru nak tanya hak itu ini ke tok badol

mak angkat yg jaga sampai jadi org tu pun tak merempan sana sini kutt..

scary gile drama umah meleis rempit..

bideway meols idok polo citer wife vs ex wife but moga hak anak2 arwah terbela..
Quote allshares 8-12-2020 05:17 PM
Cukup2 la pusing sana sini c pinat oi. Tapi discover baik punya, kesian kt anak2 arwah dgn isteri 1, tah nasib terbela tah tak.
Quote salmon-suki 8-12-2020 05:20 PM
sarah82 replied at 8-12-2020 05:15 PM
dalam benang yg awal2 joyah buka rasanya...ada screenshot tentang kes dera mcm tu.

Hmmm..kalau mmg dah kes dera,xpatut lerr balu ni jaga harta budak2 tu..lgpn dia ada mak lagi kan,mak tu y ptt pegang amanah sehingga budak2 tu besar..bkn mak tiri..hmmm..balu tamak jgk ni..gara2 duit boleh gelap mata..asalkan perut sendiri terjaga
Quote sarah82 8-12-2020 05:22 PM
salmon-suki replied at 8-12-2020 05:20 PM
Hmmm..kalau mmg dah kes dera,xpatut lerr balu ni jaga harta budak2 tu..lgpn dia ada mak lagi kan,m ...

kalau dia tak tamak...takkan la sanggup sailang si arwah walaupun dia tu sendiri ada suami. situ dah boleh nmpak perangai hanat si pinat ni.
Quote salmon-suki 8-12-2020 05:26 PM
sarah82 replied at 8-12-2020 05:22 PM
kalau dia tak tamak...takkan la sanggup sailang si arwah walaupun dia tu sendiri ada suami. situ d ...

Ohhhhhh...ehhhhhhhhh???mmg hanat ler perangai..msti dia nak kt arwah sbb nak pencen kan..jahat to the core rupenye
Quote sukacactus 8-12-2020 05:28 PM
Nak tgk pinat corner cemana plak nnt
Quote sarah82 8-12-2020 05:30 PM
salmon-suki replied at 8-12-2020 05:26 PM
Ohhhhhh...ehhhhhhhhh???mmg hanat ler perangai..msti dia nak kt arwah sbb nak pencen kan..jahat to  ...

suami dia anggota biasa...iols x pasti la anggota GGK atau tidak...dan katanya kena penampar sebab kantoi dgn suami dia masa tu..iols pelik kenapa si arwah dan dia tak kena tindakan. ex bf iols pernah citer, ada sorg anggota GGK yg kena tangkap dalam keadaan tutttt dgn isteri anggota GGK juga...terus kena buang kerja secara tak terhormat...iols x pasti sangat mcm mana...ex bf malas nak bergossip... maybe sbb arwah ada pangkat kot tu selamat.

Quote salmon-suki 8-12-2020 05:50 PM
sarah82 replied at 8-12-2020 05:30 PM
suami dia anggota biasa...iols x pasti la anggota GGK atau tidak...dan katanya kena penampar sebab ...

Tp kan nk bt post mortem pn xboleh kan kt arwah..mmg bau2 ikan sgt..

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.834482 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top