CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gilap Sendiri, Bertuah Staf Istana Dapat Hadiah Cincin Khas Dari Sultan Johor!

7-12-2020 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4491| Komen: 17

Description: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istana.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan istana.

Lebih istimewa, batunya digilap sendiri oleh baginda seperti dimaklumkannya menerusi menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan semalam.


Katanya, baginda mendapat ilham itu melalui hobi barunya iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesis siput.


Kredit foto: FB

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. 

“Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah baginda, semalam.



Kredit foto: FB

Batu untuk setiap kakitangan dipilih dan digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk tukang emas peribadinya.

Baginda juga bercadang menggunakan batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali lehernya.


Loading FB Post...

Loading FB Post...

Selain meluahkan rasa kagum tentang kebolehan Sultan Johor menghasilkan cincin kebanyakan warganet menganggap kakitangan istana Johor bertuah untuk menerima hadiah hasil tangan baginda sendiri menerusi ruangan komen di Facebook. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 7-12-2020 02:11 PM
Entahla..rasa biasa je
Quote Belibis 7-12-2020 02:30 PM
Esmiria: Entahla..rasa biasa je

Kadang2 nilai bukan diukur pada fizikal benda,tapi lebih kepada nilai siapa yang anugerahkan.
Macam acik misi dapat mevi,tak mewah tapi rasa dihargai.
Quote manehnya 7-12-2020 03:03 PM
terus rasa nk jadi rakyat johore
Quote myoujin 7-12-2020 03:11 PM
Belibis replied at 7-12-2020 02:30 PM
Kadang2 nilai bukan diukur pada fizikal benda,tapi lebih kepada nilai siapa yang anugerahkan.
Mac ...

Betul la tu... Macam tropi beli kat kedai wape ringgit jerr..
Quote tikusmontok 7-12-2020 04:20 PM
dapat kulit siput jer ke atau sekali dah ditempa ngan emas?
Quote OttoVonBismark 7-12-2020 04:24 PM
Esmiria replied at 7-12-2020 06:11 AM
Entahla..rasa biasa je

Ini namanya nilai estetika nak.... sabagai contoh, chincen atau rantai peninggalan arwah nenek atau moyang kita yg dituronkan sejak zaman berzaman. Kalau diikutkan, dalam pasaran semasa, ada banyak lagi chincen dan rantai yg jauh lebeh chantek dari peninggalan arwah. Tatapu, ianya mempunyai nilai dan maksud yang tersendiri. Ditambah pula, jika chincen atau apa saja barang, adalah pembwrian orang besar besar zaman dahulu kala. Lagilah nilainya tidak terkira.
Quote Manjahati 7-12-2020 04:34 PM
Walaupun nilainya mungkin kecil pada sesetengah org tapi tanda ingatan dihargai tu yg tinggi nilainya
Quote AyaqMeloSuam 7-12-2020 07:21 PM
Besok2 cucu cicit lelong cincin kurniaan Sultan ni dh capai brp tu rega... mcm kat omputeh.. cucit jmpa brg atok nyang kt loteng.. hadiah kurniaan.. masuk bid dh bratus riban reg..
Quote dua_chzy 7-12-2020 07:49 PM
tikusmontok replied at 7-12-2020 04:20 PM
dapat kulit siput jer ke atau sekali dah ditempa ngan emas?

Lelaki Muslim mana boleh beremas2.
Quote buapakperut 7-12-2020 08:11 PM
nak tengok jugak up close siput ni cecincin camna lawa ka.
Quote bambimo 7-12-2020 08:13 PM
Entah la kalo meols xkisah berapa nilai nye..
Tp value pd kenangan tu... Sultan bg kot...
Simpan buat kenangan...
Quote depresio 8-12-2020 12:07 AM
Penghargaan dari seorang majikan
Atau sesiap sj
Sgt berharga
Quote husna_amal 8-12-2020 11:10 AM
Sultan johor yang ni antara sultan yang paling disayangi rakyat.
Quote Artemesiaa 8-12-2020 11:17 AM
Tanda ingatan tu yang penting tak kira mahal atau murah satu2 permberian tu.  Kalau mahal sangat takut tak disimpannya pulak nanti sebab dah selamat masuk ke kedai pajak.
Quote pittjie 8-12-2020 11:35 AM
orang yang tak de jiwa sentimental atau org yang berjiwa materialistik mmg tak reti kut nak menghargai benda2 macam ni.
Quote puterikhaleeda 8-12-2020 11:37 AM
husna_amal replied at 8-12-2020 11:10 AM
Sultan johor yang ni antara sultan yang paling disayangi rakyat.

ye ke ...
Quote angelofish 8-12-2020 03:00 PM
kulit abalone ke..kulit abalone memang cantik macam mutiara metalic..klau sultan sendiri kilat kan memang berharga..sebab proses mengilat kan abalone adalah proses merbahaya boleh merosak kan paru paru kalau terhidu debu..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067531 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top