CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepi Ditinggal Isteri Sampai Cabul Dua Anak Yatim

20-11-2020 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3109| Komen: 10

Description: Akibat kesepian ditinggalkan isteri, lelaki berusia 58 tahun dari daerah Imogiri, Indonesia tergamak melampiaskan nafsu dengan mencabul dua budak perempuan yang juga penghuni rumah anak yatim.
Akibat kesepian ditinggalkan isteri, lelaki berusia 58 tahun dari daerah Imogiri, Indonesia tergamak melampiaskan nafsu dengan mencabul dua budak perempuan yang juga penghuni rumah anak yatim.


Tribunnews melaporkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di sebuah kawasan air terjun.

Bagi memastikan hajatnya tercapai, suspek dilaporkan mengumpan mangsa dengan wang.


Gambar hiasan

Jurucakap Polis Bantul, Aipdha Musthafa Kamal berkata, siasatan mendapati suspek sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali.


"Suspek melakukan perbuatan itu kali pertama pada 1 November lalu dan kali kedua, lima hari berikutnya.

"Kejadian kedua berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di kawasan air terjun yang dijaga oleh suspek.

"Selepas melakukan perbuatan itu, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa," katanya.

Namun, mangsa tidak berdiam diri, sebaliknya mengadu kepada ibu saudaranya yang datang melawatnya di rumah anak yatim.

"Keluarga mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengurus rumah anak yatim sebelum melaporkannya kepada polis.

"Susulan aduan itu, polis menahan suspek untuk disoal siasat.

"Pakar psikologi turut dipanggil bagi memberi bimbingan terhadap suspek," katanya.

Menurut Musthafa, suspek didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-11-2020 11:54 AM
Yishh kesiannya budak2 tu.. harap pedo tu mamp shj
Quote husna_amal 20-11-2020 12:26 PM
Dah tua2 macam tu pun nafsu masih bergelora dan mengeluh sepi. Mereput lah kat dalam penjara tu.
Quote zuuu 20-11-2020 12:28 PM
Syaiton punya manusia...selayaknya ko dimaki hamun dengan semua kata2 makian...
Quote jazaa100 20-11-2020 11:33 PM
Pakar psikologi di panggil utk beri bimbingan terhadap suspek
Quote Atata 20-11-2020 11:51 PM
Cari mal ni suka ambik berita2 luar negara masuk dalam CI
Quote gideoncross 21-11-2020 09:51 AM
zuuu replied at 20-11-2020 12:28 PM
Syaiton punya manusia...selayaknya ko dimaki hamun dengan semua kata2 makian...

Yg ni mmg btul 100%.
Quote gideoncross 21-11-2020 09:56 AM
Atata replied at 20-11-2020 11:51 PM
Cari mal ni suka ambik berita2 luar negara masuk dalam CI

Lbih baik dri Cari Saiful, asek psl Risteena & Ruhainies.
Quote epuepy 21-11-2020 10:56 AM
Ni dh kenapa back to back kes rogol ni? Kalo x yindia, yindon. Passing baton ke apa?

Ke acara rogol berganti2?
Quote Jorja 22-11-2020 09:03 PM
Alasan dia nak buat jahat aja ni
Quote hanamunir 22-11-2020 10:09 PM
lahanat nyee..tak pasal budak2 tu jadi mangsa laki lahanat niii.. nasib baik budak2 ni tak senyap je..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062534 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top