CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pungut Derma Guna Surat Tamat Tempoh

20-11-2020 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3079| Komen: 14

Description: Lelaki ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIK) kerana disyaki mengutip tanpa kebenaran di hadapan sebuah bank di Pekan Jitra hari ini.
Lelaki ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIK) kerana disyaki mengutip tanpa kebenaran di hadapan sebuah bank di Pekan Jitra hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan lelaki berusia 63 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang berasal dari Perak dan menetap di Sungai Petani itu dikatakan menggunakan surat kebenaran tamat tempoh ketika memungut derma berkenaan.


Kredit foto: Harian Metro

"Berdasarkan siasatan, surat kebenaran untuk memungut derma itu hanya dibenarkan sehingga 2018.

"Lelaki berkenaan ditahan pada 3.45 petang tadi untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, pihaknya turut merampas tabung, bangku, wang tunai RM33, resit kutipan, sijil wakaf dan lesen kutipan derma tamat tempoh.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 69, Enakmen Pentadbiran Undang2 Islam Kedah 2008 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

"Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya meneliti dokumen yang dibawa oleh pengutip derma sebelum menghulurkan sumbangan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 20-11-2020 11:43 AM
Maybankkkk.. Pakcik ni suka dok depan maybank
Quote Tinot7 20-11-2020 11:45 AM
Dia minta derma utk siapa?
Quote husna_amal 20-11-2020 12:21 PM
Ramai yang menderma kebiasaanya beri je duit. Soal kesahihannya tak peduli sangat.
Quote miszclassique 20-11-2020 12:44 PM
sarah82 replied at 20-11-2020 11:43 AM
Maybankkkk.. Pakcik ni suka dok depan maybank

Kat tempat iol pun diorang duduk depan maybank...memang modus operandi duduk depan bank ke, tengok orang keluarkan duit?
Quote sarah82 20-11-2020 12:47 PM
miszclassique replied at 20-11-2020 12:44 PM
Kat tempat iol pun diorang duduk depan maybank...memang modus operandi duduk depan bank ke, tengok ...

Ada 2 org.. Pakcik dan seorg kakak.. Iols selalu kalau pi ambik duit.. Iols akan beli kerepek kat pakcik yg sebelah maybank.. Lebih baik bagi kat pakcik yg niaga tu.
Quote Boomibulat 20-11-2020 12:58 PM
miszclassique replied at 20-11-2020 12:44 PM
Kat tempat iol pun diorang duduk depan maybank...memang modus operandi duduk depan bank ke, tengok ...

Mana2 tempat pun mcm tu..dpn bank dh mcm pasar malam..
Quote Belibis 20-11-2020 01:30 PM
miszclassique: Kat tempat iol pun diorang duduk depan maybank...memang modus operandi duduk depan bank ke, tengok orang keluarkan duit?

Masalahnya kita ke bank bagi rimau tu makan duit,bukan keluarkan duit.
Quote Artemesiaa 20-11-2020 01:52 PM
Wah time covid19 pun ada juga nak buat kerja macam ni eloklah kantoi sudah
Quote lattehazelnut 20-11-2020 01:58 PM
Depan bank biasa i kalau boleh lari pecut 100m..

Lantak la nak pndai i mcm xde hati perut.. ade aku kisah..
Quote Normabaru 20-11-2020 02:08 PM
Alahaii.. Another Rider detected
Quote bluebutter 21-11-2020 10:14 AM
Org yg kutip kutip derma tipu ni mmg VAVI.


Nak nak kat kedai makan.
Bila I tk bagi, I lak dipandang serong oleh org dikedai mkn tersebut.

I tk bagi sebab I tahu tipu. Yg dipimpin buta, yg memimpin tu wanita indon mekap selepung  lipstick merah menyala.
Quote sarah82 21-11-2020 11:55 AM
Tak salah.. Dia mengaku dari pusat tahfiz.. Iols ada lagi bagi seringgit.. Kat maybank ni.. Ptg2 ada org jual gadget..
Quote Howells 21-11-2020 01:18 PM
Edited by Howells at 23-11-2020 12:34 PM

covid19 time also wants to do work like this, it's good to have a bag already myprepaidcenter balance
Quote missus_meow 21-11-2020 02:23 PM
dpn bank dah lama jd port mintak sedeqah ... ade yg bersurat, takde surat pon ade ...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.059968 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top