View: 1877|Reply: 10
|
Sepi Ditinggal Isteri Sampai Cabul Dua Anak Yatim
[Copy link]
|
|
Akibat kesepian ditinggalkan isteri, lelaki berusia 58 tahun dari daerah Imogiri, Indonesia tergamak melampiaskan nafsu dengan mencabul dua budak perempuan yang juga penghuni rumah anak yatim.
Tribunnews melaporkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di sebuah kawasan air terjun.
Bagi memastikan hajatnya tercapai, suspek dilaporkan mengumpan mangsa dengan wang.
Gambar hiasan
Jurucakap Polis Bantul, Aipdha Musthafa Kamal berkata, siasatan mendapati suspek sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali.
"Suspek melakukan perbuatan itu kali pertama pada 1 November lalu dan kali kedua, lima hari berikutnya.
"Kejadian kedua berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya di kawasan air terjun yang dijaga oleh suspek.
"Selepas melakukan perbuatan itu, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan apa yang berlaku kepada sesiapa," katanya.
Namun, mangsa tidak berdiam diri, sebaliknya mengadu kepada ibu saudaranya yang datang melawatnya di rumah anak yatim.
"Keluarga mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengurus rumah anak yatim sebelum melaporkannya kepada polis.
"Susulan aduan itu, polis menahan suspek untuk disoal siasat.
"akar psikologi turut dipanggil bagi memberi bimbingan terhadap suspek," katanya.
Menurut Musthafa, suspek didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yishh kesiannya budak2 tu.. harap pedo tu mamp shj |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 macam tu pun nafsu masih bergelora dan mengeluh sepi. Mereput lah kat dalam penjara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Syaiton punya manusia...selayaknya ko dimaki hamun dengan semua kata2 makian... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar psikologi di panggil utk beri bimbingan terhadap suspek |
|
|
|
|
|
|
|
Cari mal ni suka ambik berita2 luar negara masuk dalam CI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dh kenapa back to back kes rogol ni? Kalo x yindia, yindon. Passing baton ke apa?
Ke acara rogol berganti2? |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan dia nak buat jahat aja ni |
|
|
|
|
|
|
|
lahanat nyee..tak pasal budak2 tu jadi mangsa laki lahanat niii.. nasib baik budak2 ni tak senyap je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|