CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Shahz, Bekas Suami Fatin Afeefa Nak Kahwin Baru

14-11-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8925| Komen: 24|Original author: Oleh: Saiful

Description: Pernah gagal dalam perkahwinan lepas, tidak pernah menutup pintu hati Adam Shaz,39 untuk cinta baru.
Pernah gagal dalam perkahwinan lepas, tidak pernah menutup pintu hati Adam Shahz,39 untuk cinta baru.

Pelakon itu kini mengakui yang dia sedang meninti fasa bahagia bersama seorang wanita yang berusia 36 tahun.


Foto: IG

Sebelumnya, bekas suami kepada Fatin Afeefa itu pernah berkawan dengan beberapa wanita namun tak serasi.

Namun kali ini dia sudah menemui keserasian dan berani berkongsi video mesra bersama kekasihnya itu di Instagram.

Katanya kekasihnya itu hanya wanita biasa dan bukan di kalangan selebriti.



"Saya tak pernah meletakkan sebarang syarat memilih siapa pasangan hidup. Apa yang menjadi keutamaan adalah keserasian dan kekasih tahu menghargai dirinya.

"Saya dan kekasih saling mengenali sejak setahun lalu kerana kami berkawan dengan kelompok rakan yang sama. Hubungan mula akrab selepas saling meninggalkan komen dalam laman sosial.

"Selepas hampir setahun berhubung dalam laman sosial, barulah saya ada keberanian untuk mengenali hati budi," katanya kepada BH Online.



Difahamkan pasangan ini mula rapat pada September lepas.

"Kami akrab sejak dua bulan lalu, tetapi tidak dapat bertemu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami baru sahaja saling mengenali, tetapi saya merasakan sudah ada keserasian antara kami.

"Kekasih tahu status saya sebagai bapa tunggal dan tidak mempunyai masalah menerima saya. Bagaimanapun, saya belum berkesempatan memperkenalkan kekasih dengan anak, Ivy Herra Sophia disebabkan pandemik COVID-19.

"Saya kerap juga membuat panggilan video dan kekasih sudah beberapa kali dengan Ivy."



Tambahnya lagi mereka sudah merancang untuk ke fasa seterusnya.

Kami memang serius menjalinkan hubungan dan saya menepati ciri calon suami yang dicari. Cuma, kami tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

"Insya-Allah, kami merancang disatukan pada tahun depan, jika ada jodoh. Setakat ini, tiada perancangan berkahwin tahun ini kerana rasa terlalu cepat. Saya mahu mengumpul duit terlebih dahulu.

"Bila sudah cukup, biar duit yang kerja untuk kami."-CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zirara99 14-11-2020 10:57 AM
Dh tiyum2 kepala bagai..
Quote Sendu.com 14-11-2020 10:59 AM
Sendu sesendu nick aku
Quote sukacactus 14-11-2020 11:02 AM
Wah br kenal dah ala2 upacara batal air sembahyang
Quote kakakOmes 14-11-2020 11:06 AM
Hurm taktau nak kata apa, msg2 dah matured enuf tpi aksi mcm BBNU
Quote barfi 14-11-2020 11:12 AM
Tengok gambar adam dan anak dia ni the real photo. No filter at all. Berbeza dgn gambar2 di IG pipah. Huhu
Quote Lengkong 14-11-2020 11:20 AM
semoga berjodohan


Quote missyL 14-11-2020 11:26 AM
sukacactus replied at 14-11-2020 11:02 AM
Wah br kenal dah ala2 upacara batal air sembahyang

Hahahaah kan..
Quote luluaurora 14-11-2020 11:42 AM
ooo nk msk 40 dh
tapi gaya cinta mcm muda mudii
amboii amboiii

anak dia dgn fatin ke yg gegirl tu?..
Quote Normabaru 14-11-2020 11:43 AM
Tibaiunta versi lelaki.. Pffttt
Quote Yunbin 14-11-2020 02:51 PM
Nak kahwin, kahwin je lah..kisah pulak..lain la kalau ko kawen sejenis..{:nose
Quote Nenasketum 14-11-2020 08:26 PM
Ada ke pompuan waras nak kat dia ni? Ke pompuan tu nak buat batu loncatan jerk
Quote RatuDunia94 14-11-2020 08:56 PM
Rajin pulak heols duk mengedit video2 mcm tu yer?
Quote lanse 14-11-2020 09:03 PM
Laa..ingat muda lagi.
Quote jayn2u 14-11-2020 09:29 PM
RatuDunia94 replied at 14-11-2020 08:56 PM
Rajin pulak heols duk mengedit video2 mcm tu yer?

Penangan angau ni jan main-main... ortu pun boleh jadi cam bbnu ..memang terasa serasi sangat kalau baru peringkat 1-3 bulan... chemistry masih kuat... cuba 4 tahun lebih..balas wasap pun malas hahaha
Quote Asdira 14-11-2020 10:41 PM
Tak yah la cium2 kepala mcm tu..nak sgt buat, tak yah tunjuk kat ig..
Quote Carcosa 14-11-2020 10:48 PM
Ewwww. Muka mcm ni pun dpt gelaran pelakon.
Choi sechoi choinya industri seni Malaysia
Quote Qatrunnadaain 15-11-2020 12:21 AM
Patin tak rasa paper ker penat mengedit filter bagi pipi merah hidung merah bagai tup tup ex tok laki kahwin dulu... hikssss
Quote sok_suci 15-11-2020 12:33 AM
Dua2 dah kertu tapi x malu eh posing2 vdeo gtu dlm kete..gelinye
Quote rogayahtop 15-11-2020 06:18 AM
kertu kawin kertu xper dik non. elok la kawin.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.142238 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top