CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lama Fikir Nak 'up' (Kongsikan) Atau Tak", Dira Bimbang Kena Kecam Selepas Dapat Datuk

14-11-2020 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6569| Komen: 39

Description: Kuala Lumpur: Selepas dua minggu menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, barulah pelakon, Dira Abu Zahar, 36, berkongsi mengenainya di Instagram kerana bimbang ...



Kuala Lumpur: Selepas dua minggu menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, barulah pelakon, Dira Abu Zahar, 36, berkongsi mengenainya di Instagram kerana bimbang dikecam netizen.

Dira menerima anugerah itu di Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 1 November lalu.

"Lama fikir nak 'up' (kongsikan) atau tak sebab takut kena kecam dengan netizen. Tapi, apabila difikirkan balik, kita buat saja kerana itu semua gerak daripada Allah SWT juga," tulisnya.

Menurutnya, anugerah itu datang bersama tanggungjawab besar.

"Penghargaan ini datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Insya-Allah, saya buat sehabis dan sedaya mungkin. Saya masih manusia biasa yang masih ada kurang dan lemahnya," tulisnya.

Dalam hantaran di Instagram itu, Dira turut berkongsi fotonya bersama suami selepas menerima anugerah itu.

Selain Dira, seramai 298 penerima lain turut menerima anugerah dan pingat di majlis istiadat itu.

Dira kini aktif dalam dunia politik bersama Umno sejak 2015.



Sumber : hmetro.com.m


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 14-11-2020 02:40 PM
kenapa hendak percaya dakyah2 ringan sperti pathia latipp. tak perlu. dia bukan tahu apa pun


ayat legen dia  

Quote wnwa05 14-11-2020 03:16 PM
kalau datuk dapat elaun ke
Quote Kurex 14-11-2020 03:30 PM
Orang dah tak heran dah dato ni. Dah murah dah tittle ni. Silap hari bulan, kalau baling batu, mesti kena kepala dato
Quote makneng 14-11-2020 03:35 PM
Ala up je la.. Tok belon yg gambor depan pagor yestana pun x malu2 nak up heolls dpt title dato.. Wpun....
Quote dudaberhias 14-11-2020 03:43 PM
makneng replied at 14-11-2020 03:35 PM
Ala up je la.. Tok belon yg gambor depan pagor yestana pun x malu2 nak up heolls dpt title dato.. Wp ...

Tak terbayang iols dayang main sangkut pingat tu dekat pagar je atau lempar dari dalam pagar nak bagi dekat beliau pingat ittew. sebabtu bergambar luar pagar jah.
Quote awenda507 14-11-2020 03:44 PM
Kalau yakin mmg layak takde nak rase risau kena kecam kot dira.
Quote Tinot7 14-11-2020 04:22 PM
wnwa05: kalau datuk dapat elaun ke

Setahu iols kena bayar utk dpt title2 ni.. sape penah dpt??? Mohon pencerahan...
Quote makneng 14-11-2020 07:45 PM
Edited by makneng at 14-11-2020 08:30 PM
dudaberhias replied at 14-11-2020 03:43 PM
Tak terbayang iols dayang main sangkut pingat tu dekat pagar je atau lempar dari dalam pagar nak b ...


Dayang2 lempor ikut tingkap dapur yestana jah uolls sbb tak koser sgt nak melayan kerenah si belon berangan..
Quote Nenasketum 14-11-2020 08:15 PM
Arwah pak hang bff ngan Ali Rustam kan? Suma orang Melaka tau, cincaluk sungguh
Quote jayn2u 14-11-2020 09:36 PM
kenapa aku rasa macam buang masa masa baca cerita dia ni? hihihi... biasalah Dira..anugerah quota politik tu
Quote Rara77 15-11-2020 12:31 AM
Bangga ke dato melaka
Quote boojaat 15-11-2020 12:50 AM
Dh nape fikir akan kena kecam kalau legit pemberian title tu ye??
Quote de_ikea 15-11-2020 12:54 AM
Tinot7 replied at 14-11-2020 04:22 PM
Setahu iols kena bayar utk dpt title2 ni.. sape penah dpt??? Mohon pencerahan...

Kalo yg dapat, tak perlu pun.

Tapi kalo yg beli, mungkinlah banyak jumlah bayaran tu
Quote JijahJakalia 15-11-2020 04:56 AM
Kenapa laa murah sangat nak dapat gelaran datuk dari melaka nie. Ingatkan dah tukar TYT, ada laa perubahan. Hmmm.
Quote lotionmilo 15-11-2020 05:03 AM
makneng replied at 14-11-2020 03:35 PM
Ala up je la.. Tok belon yg gambor depan pagor yestana pun x malu2 nak up heolls dpt title dato.. Wp ...

Sapa tok belon?
Quote Tinot7 15-11-2020 06:30 AM
de_ikea replied at 15-11-2020 12:54 AM
Kalo yg dapat, tak perlu pun.

Tapi kalo yg beli, mungkinlah banyak jumlah bayaran tu

Somehow iols tak rasa gelaran2 ni depa bg free...
Quote makneng 15-11-2020 10:29 AM
lotionmilo replied at 15-11-2020 05:03 AM
Sapa tok belon?

Uolls tak kenal tok belon...bukan kaleng2 okeh...konvo phd heolls koboi2 je ala2 majlis anugerah budak2 tabika zamn 90-an ada belon2 lps tu scam org buat rmh.. Sampai la rmh pun x ada yg ada lalang je
Quote lotionmilo 15-11-2020 11:10 AM
makneng replied at 15-11-2020 10:29 AM
Uolls tak kenal tok belon...bukan kaleng2 okeh...konvo phd heolls koboi2 je ala2 majlis anugerah b ...

Demmm.owh heolss.rumah sebelah panggil mickey mos
Quote makneng 15-11-2020 11:11 AM
lotionmilo replied at 15-11-2020 11:10 AM
Demmm.owh heolss.rumah sebelah panggil mickey mos

Bukannnnnnnnnnnnnnnnnnn... Hahaha.. Org lain. Mikimos org lain tok belon org lain.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.208904 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top