CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Tunggu Komen Positif, Foto Haneesya Hanee Bertudung Dapat Pujian

15-11-2020 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13376| Komen: 71

Description: Haneesya Hanee mengakui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram menerima komen positif netizen.
Haneesya Hanee mengakui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram menerima komen positif netizen.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata, sudah lama dia menantikan ruangan komen itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata positif.



Kredit foto: IG

"Saya sangat gembira baca komen-komen yang positif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu.

"Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang saya boleh cakap, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab.

"Dah lama saya ada niat untuk berhijab cuma belum masanya lagi... Insya-Allah suatu hari nanti," katanya kepada mStar.



Menerusi laporan mStar pada 16 Jun lalu, Haneesya Hanee memberitahu dia ingin kembali dengan semangat baharu dan mula memaafkan dirinya sendiri.

Malah, dia mengakui kehidupannya kini lebih baik dan berasa lebih tenang selepas berdepan ujian hebat awal tahun lalu.

"Alhamdulillah... dah lama tak ada kerja, tak shooting sebab PKPB tetapi sekarang dah mula pelahan-lahan bekerja dan saya pun dah ada bisnes sendiri.

"Walaupun bisnes produk rambut saya bergerak perlahan disebabkan pandemik Covid-19, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk saya," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 15-11-2020 01:35 PM
Dik ko muda lg.. Ko ada full package as model.. buat la modeling tu puas2 dulu
Quote LostStar 15-11-2020 01:48 PM
Dia ni pakai tudung cantik mcm anak patung... tak pakai tudung pon cantikkk jua...
Quote bakingsoda 15-11-2020 01:55 PM
mcm ummi nazeera sikit bila pakai tudung
Quote Tinot7 15-11-2020 01:56 PM
Dia amik gambar kena tutup mulut.
Buat modeling ni duit masyuk ka?
Quote makadek 15-11-2020 02:05 PM
Nak suci dosa ko pakai tudung je dek
Tp kalau nk dpt maqam terpuji ..pakai purdah
Aman hidup ko kt socmed tau...
Quote krustykrab 15-11-2020 02:06 PM
Aku ckp terus terang je la ye...x lawo pakai tudung...
Sementara ko laku lg jd model ni, x yah la bertudung, takut sok ni terbang mcm yg lelain tu, ko jgk yg kna hentam..
Quote MeghanK 15-11-2020 02:35 PM
koser la ummah suci ni asal up gamba pakai tudung ke pakai niqop ke terus dapat pujian seolah dosa2 silam terhapus dengan jaya nya
Quote rosevelvet 15-11-2020 02:49 PM
Aku lupa kewujudan dia
Quote Normabaru 15-11-2020 03:08 PM
Sayed ni puak syed seripah jgk ke. Or ni jenis acah nk group itu even xtgolong. Sama mcm kes putri dgn puteri.. Verangan much
Quote Normabaru 15-11-2020 03:09 PM
Sayed ni puak syed seripah jgk ke. Or ni jenis acah nk group itu even xtgolong. Sama mcm kes putri dgn puteri.. Verangan much
Quote Rhyno 15-11-2020 03:53 PM
bertudung utk photoshoot kah?
Quote RumiMenari 15-11-2020 03:59 PM
Tak syantikkkkkkkkkkk... hmmmm.. berdosenya aku
Quote LadyCarefree 15-11-2020 04:11 PM
Tinot7 replied at 15-11-2020 12:56 PM
Dia amik gambar kena tutup mulut.
Buat modeling ni duit masyuk ka?

Depends. I know masa pahrose tengah letop 8jam photoshoot dia charge 3k. Tp tu lah job ni bukan dtg xputus. Pastu kdg dh buat shoot tudung jenama A, brand tudung lain xnak. Kalau shoot for magazine article, xdok bayaran. Dpt exposure je. Produk shoot baru ada payment. So diorang kena lah buat paid review lak. Kalau buat produk review pulak depends on company/brand. And kena buat apa ie post gambar ke video ke, video sendiri buat ke, berapa kali and so on. Kalau produk timbang kilo yg bersepah2 usually taklah mahal mana diorang bayar. Kdg ciput giler. Baru iols stalk ig dia sat tadi ada orng komen dah hantar baju 2 bulan tp xpromote dn xjawab msg. Kalau dpt product saja satu hal tp biasa dah janji dulu baru hantar barang. Kalau orang tu bayar dia, memang tak patut sangat lah.
Quote LadyCarefree 15-11-2020 04:13 PM
MeghanK replied at 15-11-2020 01:35 PM
koser la ummah suci ni asal up gamba pakai tudung ke pakai niqop ke terus dapat pujian seolah dosa2  ...

Teringat yg playboy model ke haper tu. Cina masuk Islam. Suci terus. Pastu disanjung smpai tetiber terus jadi heroine drama. Mana dia skrng?
Quote LadyCarefree 15-11-2020 04:14 PM
rosevelvet replied at 15-11-2020 01:49 PM
Aku lupa kewujudan dia

Dah Corona mendunia, memang Hennessy tenggelam lah.
Quote rain2169 15-11-2020 04:15 PM
to me.... dia ni cantik.
pakai tudung ke... tak pakai tudung ke...
tetap cantik....
Quote Kurex 15-11-2020 04:33 PM
Hujung2 merempan kena kutuk hitam.. paling bodohhhhhhhh designer Malaysia gelarkan dira supermodel.. cibai!
Quote MeghanK 15-11-2020 04:42 PM
LadyCarefree replied at 15-11-2020 04:13 PM
Teringat yg playboy model ke haper tu. Cina masuk Islam. Suci terus. Pastu disanjung smpai tetiber ...

oo sapa tah tak ingat nama..jadi heroin drama ke sakan betul ummah melayu menyanjung
Quote gideoncross 15-11-2020 04:51 PM
LadyCarefree replied at 15-11-2020 04:13 PM
Teringat yg playboy model ke haper tu. Cina masuk Islam. Suci terus. Pastu disanjung smpai tetiber ...

Raisyah Rania Yeap kn? Iol pun dh lama x dngar psl dia ni, last tngok update kat FB psl dia suka mlukis.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070868 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top