CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah Tok Ti, Dr Muszaphar Individu Paling Dikagumi Di Malaysia!

1-10-2020 07:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5589| Komen: 28|Original author: Oleh: Cari-azza

Description: Tahniah diucapkan kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di kedudukan teratas sebagai individu paling dikagumi ( ...




Tahniah diucapkan kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di kedudukan teratas sebagai individu paling dikagumi (Most Admired Person) di Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.


Foto : IG

Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World's Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.


Foto :YouGov.com


Berdasarkan carta, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita

Memetik Harian Metro, Siti berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.


"Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang menghargai saya sepanjang bergelar anak seni."


Foto : IG

Sementara itu, Muszafar di laman Instagramnya turut merakamkan rasa terharu di atas undian tersebut.


Foto : IG

Pencalonan terbanyak membariskan 20 lelaki dan 20 wanita yang dicalonkan di sekurang-kurangnya empat negara.

Dengan soalan yang diajukan menerusi dalam talian berbunyi "Siapa yang benar-benar anda kagumi?" menobatkan kedua-dua selebriti tanah air itu di tempat pertama.

Tahniah kepada kedua-duanya serta tahniah juga kepada Dr Amalina Bakri, Nicol David, Tun Siti Hasmah dan Vivy Yusof kerana menempatkan antara 20 yang dikagumi di Malaysia dalam kategori wanita.


Foto : Ig

Manakala, kategori lelaki pula jatuh kepada Lee Chong Wei, Tun Mahathir dan Najib Razak di sebalik personaliti luar negara.

Anda rasa ada yang lebih layak tersenarai? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 1-10-2020 07:09 AM
Aikk ?? Lopak x msuk senarai ka ??? Tinvy yg byak hatersss n followers x smpi 2juta compare lopak yg ada followers hampir sama dgan tokti, x msuk senarai??? {:smile
Quote matbad 1-10-2020 07:16 AM
Orix: Aikk ?? Lopak x msuk senarai ka ??? Tinvy yg byak hatersss n followers x smpi 2juta compare lopak yg ada followers hampir sama dgan tokti, x msuk sena ...

Kagum dalam diam dah la. Gelabah la fans lopak haha
Quote haruslah 1-10-2020 07:18 AM
4dr malaysia tu sape calonkn?
Quote stingerstorm 1-10-2020 07:31 AM
bam patah ,penghafal surah mulk, takda bayang pun dalam list?

tak adil....








kahkahkahkahkahkah
Quote Kurex 1-10-2020 07:51 AM
Tahniah....
Quote kirana_22 1-10-2020 07:56 AM
Mujur retis kpop muka btepung tak masuk sekali kalau tak iols meroyan di sini yachh
Quote MissQwerty 1-10-2020 07:56 AM
Oh..dah jawab dah survey yougov aritu...list nama pn tak ramai, tapi soalan pn x direct to the point tanya siapa yg anda kagum.. tapi jawapan iols org lain bkn tokti hahaha
Quote silampumeja 1-10-2020 08:05 AM
Hairul azreen ... Hanis zalikha yg dikagumi kekrul takde ke.....
Quote kdamat 1-10-2020 08:32 AM
stingerstorm replied at 1-10-2020 07:31 AM
bam patah ,penghafal surah mulk, takda bayang pun dalam list?

tak adil....

Aduh, kesah nya... Dengan surah mulk tak habis2... Kau yg rasa tak adil pulak... Bukan banyak bejihad ke? ... Tapi nak juga.... Sting yahooo
Quote pumpkingirl 1-10-2020 10:14 AM
Suka dr mus n dr halina..very humble..ayat2 diorg dlm ig pun inspiring n berbudi bahasa berbanding dr2 selebriti yg lain.
Quote husna_amal 1-10-2020 10:18 AM
Ada yang tersenarai tu tak sangka ada yang admire diorang.
Quote diggerr 1-10-2020 10:21 AM
Congratsss
Quote Redmyvi 1-10-2020 11:00 AM
Atlet sukan negara kita yg berjaya mcm LCW & Nicole David very humble jer..
Tak over sgt even kt socmed walau pn diorg ni very well known seluruh dunia..
Quote insyi81 1-10-2020 11:54 AM
dh sah2 tokti dpt sbb yg mengundi org malaysia je kan{:kill
Quote stingerstorm 1-10-2020 11:58 AM
kdamat replied at 1-10-2020 08:32 AM
Aduh, kesah nya... Dengan surah mulk tak habis2... Kau yg rasa tak adil pulak... Bukan banyak beji ...

Tapi aku tetap berlapang dada kerna aku pasti pengundi semua dari kalangan yg cetek agama bukan dari pengamal menghafaz ayat ayat kitab...kerana jika tidak...bam patah 100% top of the list...dgn misai charlie chaplinnya....boleh buat ramai berlendir....








kahkahkahkahkah

Quote princessmiang 1-10-2020 12:02 PM
Hajah stokin tak tersenarai ke....siap ada telegram doa bala tentera yang menakutkan pn x menang..siap tak tercalon
Quote ColbyRaikkonen 1-10-2020 12:16 PM
2019 punya......

gov.jpg

2018 punya...
gov2018.jpg

Quote kitaserupaaa 1-10-2020 01:18 PM
Tokti pun pernah tersenarai dlm 500 influential muslims thn 2016 sampai 2019
Quote stingerstorm 1-10-2020 01:28 PM
kitaserupaaa replied at 1-10-2020 01:18 PM
Tokti pun pernah tersenarai dlm 500 influential muslims thn 2016 sampai 2019


Indeed....the first pioneer yg memberi istilah MENCARAS satu dimensi penakrifan yg baru...

Berbaik dgn mak angkat , kendian sauk suami mak angkat..

in the most discreet and now you see, now you dont manner....

Nilai agama yg diangkat....seorang muslimah sejati

kahkahkkahkahkah



Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.065560 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top