CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Burung Kakaktua Diasingkan, Suka Sangat Mencarut!

30-9-2020 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5988| Komen: 52

Description: Lima ekor burung kakaktua terpaksa diasingkan selepas haiwan tersebut suka sangat mencarut!
Lima ekor burung kakaktua terpaksa diasingkan selepas haiwan tersebut suka sangat mencarut!

Haiwan yang hidup di  Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, London itu bukan sahaja suka mencarut sesama mereka, malahan juga kepada pengunjung taman berkenaan.


Mirror UK melaporkan, burungkakaktua baka Afrika itu diterima selepas dikeluarkan daripada kuarantin.

Kredit foto: Mirror UK
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols berkata, semasa tempoh pengasingan, burung tersebut menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.

"Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.


"Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli 'kelab lelaki tua' berkumpul.

"Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak."

Foto: Taman Hidupan Liar Lincolnshire
Sebelum itu burung tersebut pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan terus menerus menghamburkan carutan.

Disebakan oleh itu, populariti taman tersebut terus naik mencanak.

Nichols menambah, "Burung kakaktua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula.

"Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 30-9-2020 11:51 AM
Mesti ada yg mengajar...
Quote CARI-MRO 30-9-2020 11:54 AM
Lima ekor burung kakaktua terpaksa diasingkan selepas haiwan tersebut suka sangat mencarut!


Haiwan yang hidup di  Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, London itu bukan sahaja suka mencarut sesama mereka, malahan juga kepada pengunjung taman berkenaan.


Mirror UK melaporkan, burungkakaktua baka Afrika itu diterima selepas dikeluarkan daripada kuarantin.


Kredit foto: Mirror UK


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols berkata, semasa tempoh pengasingan, burung tersebut menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.


"Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.

"Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli 'kelab lelaki tua' berkumpul.

"Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak."


Foto: Taman Hidupan Liar Lincolnshire



Sebelum itu burung tersebut pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan terus menerus menghamburkan carutan.


Disebakan oleh itu, populariti taman tersebut terus naik mencanak.


Nichols menambah, "Burung kakaktua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula.

"Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik." -CARI
Quote mejaputih 30-9-2020 11:54 AM
ini lawak...hahaha....siap kena kuarantin...tu la sape yg mengajar tu, pecat je dia...ke pengunjung yg ajar?
Quote Kurex 30-9-2020 11:56 AM
Dari mana lagi burung2 ni belajar kalau bukan dari manusia
Quote kakikuDibibirmu 30-9-2020 11:59 AM
Fuck you!   
Quote nazzse 30-9-2020 12:02 PM
Kelakar   
Quote NekNgah 30-9-2020 12:04 PM
Siapalah yang mengajar mencarut tu???

Quote husna_amal 30-9-2020 12:14 PM
Kalau burung ni mencarut lagi cilikan je. Haha
Quote Belibis 30-9-2020 12:16 PM
Kat mesia jugak hebat.lagi kuat carut lagi popular
Quote kimsa-ra 30-9-2020 12:22 PM
burung itu menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.


Haha siap ajar sesama sendiri je
Quote sharlenetexas 30-9-2020 12:29 PM
Belajar dari siapa?
Quote sharlenetexas 30-9-2020 12:34 PM
Kalau versi Melayu tak habis2 meratib babi babi babi.

Kt kejiranan rumah meols ni ada adik beradik suka sangat menyumpah2. Baru sekolah rendah. Babi babi babi jadi perkataan harian. Macam menyeru2 pulak. Budak2 ni kalau terserempak dengan babi tunggal kat kampung sebelah baru ada akal kot. Nak jumpa sangat kan hari2 duk seru.
Quote Atata 30-9-2020 12:35 PM
Hahahahahahahhahaahahah
Quote Nahnukutu 30-9-2020 12:35 PM
Kalau kakaktua2 forum yang suka mencarut  kena kuarantin boleh jadi tak mencarut tak?



Quote Sambalberapi 30-9-2020 01:03 PM
Sian burung. Orang kena kuarantin sbb covid, dia plk sbb mencarut
Quote fff_cat 30-9-2020 01:36 PM
Mesti macam citer South Park tu... Budak2 past tengok citer ada carut2, terus pandai mencarut.. mula-mula sesama sendiri... Pastu carut sesama classmate
Quote umbut 30-9-2020 01:45 PM
Kesian burung... dah knp ajar burung mencarut.. kan dah mengikut.. burung juga yg kena
Quote haryatie 30-9-2020 02:00 PM
adoiiiiiiiii
yg menjaga nya suka mencarut apa
Quote ninja9 30-9-2020 02:03 PM
hahaha... pening penjaga nak ajar perkataan baik semula

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.323443 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top