Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Instagramnya memaklumkan dia kini menjalani proses kuarantin di rumah sambil menunggu hasil ujian saringan Covid-19. Kata Ahli Parlimen Muar berseloroh, dia kini 'geng gelang pink' yang menghabiskan masa lapang dengan membaca. "Bangsa yang membaca, bangsa berjaya," tulisnya. Difahamkan, Syed Saddiq menjalani dua ujian saringan dan keputusan ujian pertama pada 26 September adalah negatif. Dia kini menunggu keputusan ujian kedua yang dijalaninya kelmarin. "Tolong doakan semua baik baik sahaja," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057491 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.