CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Kenapa Main Sembur-sembur Air Pada Muka Anak Untuk TikTok?

1-10-2020 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5064| Komen: 20

Description: Pelbagai 'cabaran disahut' demi meraih populariti di media sosial yang adakalanya memudaratkan hingga membawa maut.
Pelbagai 'cabaran disahut' demi meraih populariti di media sosial yang adakalanya memudaratkan hingga membawa maut.

Terbaru, wanita dikecam keras selepas merakam dirinya menyembur air pada wajah anak perempuannya dan mentertawakan kanak-kanak itu.



Kredit foto: Daily Star/TikTok

Daily Star melaporkan, Courtney Hauman memuat naik video berkenaan ke akaun TikToknya @mommyandkolbie, kelmarin dan meraih lebih 165,000 tontonan.

Courtney dilihat berulang kali menyembur air mengikut rentak lagu latar Pew Pew Pew dari Auntie Hammy sambil mentertawakan kanak-kanak itu.

Dari riak wajah kanak-kanak itu, kelihatan dia tidak selesa diperlakuan demikian dan hampir menangis.

Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan warga maya di ruang komen.


Kredit foto: Daily Star/TikTok


"Apa yang melucukan? Saya tidak suka apabila muka saya disembur air. Dia (kanak-kanak) pun tak faham kenapa kamu melakukannya.

"Adakah kamu rasa bagus menyembur air ke wajah anak kamu dan menggunakannya sebagai hiburan kamu di TikTok? Menyedihkan," antara komen warganet. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 1-10-2020 11:04 AM
Mak vongok.. lapaq likes... mcm jenis sembam muka kwn kt kek tu.. {:freak
Quote Redmyvi 1-10-2020 11:08 AM
Semakin byk app kt socmed ni semakin byk la org tnjuk bodoh..
Quote sarah82 1-10-2020 11:13 AM
Bagi aku cabaran yg bahaya yg boleh buat anak kena dera adalah cabaran ni,  shut up mom

[youtube]Ii58mK-VgKw[/youtube]

Quote kucingitam 1-10-2020 11:18 AM
tik tok buat manusia jadi bodoh..
Quote husna_amal 1-10-2020 11:25 AM
Salah satu sebab kenapa donald trump benci tiktok.
Quote Atata 1-10-2020 11:26 AM
Peduli lah anak dia.. tertunggang terbalik
Quote Artemesiaa 1-10-2020 11:29 AM
Dimana2 negara pun ramai je species macam ni buat tampa fikirkan akibat asalkan dapat like dan perhatian umum
Quote ayorsuam 1-10-2020 11:34 AM
Sebelum challenge ni ada challenge "tertumpah" air botol atas kepala anak...kesian tengok anak2 muka konfius/betrayed macam...kenapa org yang patut sayang/protect aku buat macam ni...and yet anak2 yg dah terkejut & start nangis ni still reach out to their moms/dads (prankers) for comfort...kesian..
Quote grouper 1-10-2020 11:45 AM
Sblm ada tiktok pun mmg dah lama ada budaya menyakat anak bagi nangis
Quote prettyuglybabe 1-10-2020 12:06 PM
kokesen ke.. hmmm..
kalau mak pak melayu meriah la sikit komen
Quote TomyamPuteh 1-10-2020 01:01 PM
X bodo, x kokesen arrrr
Quote NekNgah 1-10-2020 01:17 PM
Sanggup jadi bodoh untuk beberapa likes.  Orang macam ni dikecam pun tak ada perasaan..
Quote mamajawie 1-10-2020 02:28 PM
bodoh kalu air msuk telinga budak kn bahaya..mak yg bangang
Quote arm_band 1-10-2020 02:46 PM
sakat anak pun kena share kat tiktok ke? kesian kau takde life
Quote keds 1-10-2020 03:27 PM
Yang Aku pelik ada juga yang nak ikut challenge haprak macam n8 ....
Quote palmolive 1-10-2020 03:30 PM
kalo tik tok panjang umur, ada celen anak dia sepak muka mak camni pulak
Quote padris 1-10-2020 03:37 PM
Awal2 tahun ni,  kalu silap tik tok challenge lempar cheese ke muka baby..  Bodoh punya parents :shakehead3[youtube]xF-kLfdcf9g[/youtube]
Quote barfi 1-10-2020 07:02 PM
Warga tiktok jarang cerdik pun
Quote barfi 1-10-2020 07:04 PM
padris replied at 1-10-2020 03:37 PM
Awal2 tahun ni,  kalu silap tik tok challenge lempar cheese ke muka baby..  Bodoh punya parents :sha ...

Eee geram nya tengok..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059509 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top