CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Betty Banafe Pesan Jangan Mudah Jatuh Cinta Bila Lelaki Post Status Islamik

11-9-2020 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15582| Komen: 48

Description: "Jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya."
"Jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya."

Demikian pesanan Betty Banafe,41, supaya wanita tidak memilih lelaki yang hanya berpura-pura menarik perhatian mereka dengan posting ilmiah dan gambar di laman sosialnya.


“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh disunting dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi,” katanya di Instagram seperti dipetik Gempak.


Kredit foto: Gempak

Tidak hanya untuk wanita, Betty juga menitip pesanan buat kaum Adam supaya tidak mempermainkan hati dan perasaan kaum Hawa dengan memberi harapan palsu.

“Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.

“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas,” ujarnya.

Betty berkahwin dengan Bruce Dargus 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.  - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-9-2020 01:30 PM
Yes sis agree..
Pompuan pun sama jugak lah sebenarnye..
Quote BicaraHatiku 11-9-2020 01:39 PM
Sekali skala xper...kalau hari2 ustaz/ustazah wannabe. Biaser la tu sis..masyarakat kita kan mudah terkesima dgn ayat2 berbentuk tazkirah gitu. Selalu je iols dapat dr auntie I dlm whatsapp.
Quote kechikchomel 11-9-2020 02:21 PM
Comel anak dia. Rambut kinteng. Macam bdk iklan cadbury tu
{:childlike
Quote barfi 11-9-2020 02:31 PM
lattehazelnut replied at 11-9-2020 01:30 PM
Yes sis agree..
Pompuan pun sama jugak lah sebenarnye..

Ya perempuan pun selalu post gambar cantik + lemah lembut. Org lelaki pun terpesona.

Sekali bila kawin pemalas, pengotor + kuat menjawab. Lantas suami terkejut sebab berbeza sgt karakter..
Quote TomyamPuteh 11-9-2020 02:43 PM
Aku suka ank pompuan dia. Comel yg amat sgt
Quote ais_kosong 11-9-2020 02:48 PM
sama ja semua jantina pun.
Quote Skydiva 11-9-2020 02:57 PM
Sama je 22 gender pun. Paling x suke ust ustzh wannabe ni. Kadang post status kemain baik, tp bgn subuh pn liat. Teringt kwn i cerita ex-bf die bkn main kejut subuh la, ajak qiam, terawih la, ujung tu kantoi dh byk kali sleep dgn ppuan lain. Pandai nak kawin dgn ppuan baik je.. diri sndr tu pn kena la jaga jugak.
Quote makadek 11-9-2020 03:22 PM
Ha ah aku badboy taste
Quote Atata 11-9-2020 03:25 PM
Betolll sgt.. lagi 1 kalau berteman jgn cpt sgt nak ajak kawin.. kenal2 dulu lah kurang2 setahun dia.. lepas setahun baru terserlah karekter sebenar..
Quote sidewinder 11-9-2020 03:27 PM
kawin dgn penunggang agama menjamin tempat seorg wanita itu di syurga
Quote cikgojesss 11-9-2020 03:36 PM
cari la lelaki beriiman seperti ali hangus.. heols follow ig 28 orang je.. 27 orang daripadanya adalah ustaz2 berserban batik gambar dp pun semua berketayap.. beriman kan heols?
Quote Gomea 11-9-2020 04:09 PM
0405bc139a7be97f906ab862f63ef189.jpg
Quote macaiPH 11-9-2020 04:30 PM
memang betul pun

zaman2 aku dulu

yang jenis2 solat tak tinggal ni la yang hampeh

kawan aku pompuan 2 orang

kes nak cari yang boleh membimbing hingga ke syurga

sudahnya dibimbing kau mahkamah syariah uruskan perceraian

kesian member baik aku dulu

nak kat kawan pompuan sorang tu

puas aku kenenkan

tak jalan

sbb muka tak ensem keje tak dapat lgi lepas tu sama je brutal cam aku

mamat ni pun overkonfiden sangat

muka tak ensem duit tak dak tak yah la nak yg lawo2
Quote JibboTheCat 11-9-2020 04:54 PM
betul sangat2 betul. iols pun ada kenal org mcm ni. kt fb pos islamik kalah ostad. tapi hakikatnya fuhhhhh bapak syaiton
Quote Suchi 11-9-2020 05:15 PM
nasib baik zaman iols bertemu jodoh setagram bagai ni belum ada.
Sms je ada time tu,tak perlu nak rasa insecure bf like post pompuan lain ke apa.
Kenal pun depan2 takdelah kenal ngn socmed bila jumpa muka lain bebenor ke apa hahah.

Iols memang turn off je ngan sesapa yg manjang nak post islamik quote hadis semedang.
Pastu suka tulis caption ig panjang lebor macam
Karangan.
Ko ingat fb ke nak buh cite panjang2?
IG tu konsep dia biar gambar berbicara, nak buh caption pun sebaris dua sudahla.
Quote Cicisweets 11-9-2020 07:22 PM
Ye ye je wartawan umo shelos 41 walhal dah 45
Quote cicicumel 11-9-2020 08:35 PM
Sentap suami MF baca tawww
Quote cicicumel 11-9-2020 08:37 PM
Sentap jua duda LCB baca taww
Quote Aunty_Acid 11-9-2020 08:48 PM
Edited by Aunty_Acid at 11-9-2020 12:49 PM
JibboTheCat replied at 11-9-2020 08:54 AM
betul sangat2 betul. iols pun ada kenal org mcm ni. kt fb pos islamik kalah ostad. tapi hakikatnya f ...


Betul tu uolls, hr tu aku ada ternmpk org yg aku kenal kluar paper psl kes rasuah, sebelum tu dia ada skandal dgn bini org, dh kena tumbuk dgn laki ppuan tu masih x insof, ppuan tu pun gatai, laki dah tumbuk skandal dia pun masih lg skandal, aku rs mcm nk bgtau je kat laki dia psl kecurangan bini dia tu hahaha
jantan tu hari2 post psl agama kat fb mmmm


Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.146734 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top