CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Roti Banyak-banyak, Lepas Tu Selamba Buang

1-4-2020 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14068| Komen: 124

Description: Sebelum ini, kecoh apabila roti dan telur menjadi bahan makanan utama yang diserbu pengguna.
Sebelum ini, kecoh apabila roti dan telur menjadi bahan makanan utama yang diserbu pengguna.

Akibat permintaan tinggi terhadap produk roti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, syarikat pengeluar roti terpaksa meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kian melonjak.


Bagaimanapun, amat menyedihkan apabila segelintir individu membeli roti dalam kuantiti banyak hingga menyebabkan pembaziran.

Perkara ini didedahkan seorang pengguna Twitter, Zambri Mohd Isa, semalam.

"Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan orang lain tak dapat merasa," tulisnya.



Kredit foto: Twitter


Bersama ciapannya itu, Zambri sertakan sekali gambar menunjukkan dua bungkus roti yang masih penuh isinya dibuang di tempat pembuangan sampah.

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet lain yang rata-ratanya kecewa dengan sikap tamak individu mementingkan diri ini.


Kredit foto: Twitter

"Tarikh luput roti seminggu je, beli banyak-banyak buat apa.

"Inilah perangan sesetengah masyarakat yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di media sosial. Orang beli, dia pun sibuk nak beli. Padahal bukan jenis makan roti," antara komen warga maya.



Kredit foto: Twitter

Sementara itu, segelintir warganet memberi cadangan apa boleh dilakukan bagi mengelakkan pembaziran. - CARI

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 1-4-2020 05:40 PM
Tu pasti beli roti lbh dr keperluan,so tak habis mkn lalu expired..
Membazirnya..
Hmmm
Quote Kurex 1-4-2020 05:41 PM
Ni la orang bodoh
Quote SisthurVirus 1-4-2020 05:42 PM
Bodoh Nye....roti2 tu sedap tu....ko beli banyak2 buat apa....

Kalau jenis spesis Tak makan roti jangan lah beli.
Quote misssakura 1-4-2020 05:42 PM
tamak dan bodoh
Quote nuno 1-4-2020 05:42 PM
Ini roti kluster panik buying
Quote anakmak 1-4-2020 05:45 PM
Lain kali masuk peti sejuk kalau beli banyak
Tamak habalol betul

Rumah I ni sekali beli 5 pek besar
Masuk 4 simpan peti
5 pek utk 1 minggu
Sbb pi kedai seminggu sekali jaa
Quote Mz1271 1-4-2020 05:52 PM
org tamak selalu rugi
Quote bakingsoda 1-4-2020 06:01 PM
simpan dlm freezer laaa nak tahan lama, aku amik roti dlm freezer beku2 terus toast jd balik mcm roti biasa. expired 14mac tapi 29mac baru habis
Quote belilies 1-4-2020 06:04 PM
Bongokkk.. haahaaahhaa iols salah baca ciapan jadik cipap.

Btt.... Roti tu bende berege kat umah iols. Tambah mozarella slices, ham n butter boleh jadik 1 meal utk iols. Dap.
Quote unclog 1-4-2020 06:05 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 06:01 PM
simpan dlm freezer laaa nak tahan lama, aku amik roti dlm freezer beku2 terus toast jd balik mcm rot ...

mengapa memilih utk menghampiri kemudaratan...?
Quote MissyMolly 1-4-2020 06:07 PM
ke tiada peti ais?bakar la buat rti kering...sedap kot...ke planta/marjerin pulak tkde?
Quote Chairman 1-4-2020 06:07 PM
tamak dan bodoh
Quote bakingsoda 1-4-2020 06:09 PM
unclog replied at 1-4-2020 06:05 PM
mengapa memilih utk menghampiri kemudaratan...?

kemudaratan apenye roti tu tak rosak pon, sbb roti canadian purple wheat tu aku sorang je makan, dicatu pulak tu. sbb tu lambat abes
Quote unclog 1-4-2020 06:09 PM
ellez replied at 1-4-2020 05:40 PM
Tu pasti beli roti lbh dr keperluan,so tak habis mkn lalu expired..
Membazirnya..
Hmmm

sometimes it's not what you need but just to fulfil your inner self being of the feel good factor .akhirnya melewati pembaziran.
Quote KIM.K 1-4-2020 06:10 PM
Jomlah kita belajar buat roti gais
Mat saleh time kuarantin ni duk giat buat roti itu ini. Roti dah kembali popiuler
Quote unclog 1-4-2020 06:11 PM
Kurex replied at 1-4-2020 05:41 PM
Ni la orang bodoh

bukan bodoh...tapi better be safe than sorry especially during lockdown.

tagline panic buyer
Quote ellez 1-4-2020 06:13 PM
unclog replied at 1-4-2020 06:09 PM
sometimes it's not what you need but just to fulfil your inner self being of the feel good factor  ...

Mungkin terlebih beli semasa panic buying ritu
Quote MissyMolly 1-4-2020 06:13 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 06:01 PM
simpan dlm freezer laaa nak tahan lama, aku amik roti dlm freezer beku2 terus toast jd balik mcm rot ...

makkkk..lamanya you simpan..elok je sihat bporem mkn roti expired
Quote ellez 1-4-2020 06:15 PM
KIM.K replied at 1-4-2020 06:10 PM
Jomlah kita belajar buat roti gais
Mat saleh time kuarantin ni duk giat buat roti itu ini. Roti dah ...

Roti loaf tu pernahlah akak buat dulu..
Saja nk mencuba..
Tapi xde bread maker,pakai uli tgn je..
Hihi

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.197434 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top