CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Ditahan Polis, Lelaki Menyamar Ahli Tabligh

1-4-2020 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2416| Komen: 18

Description: Seorang penganggur sanggup menipu dengan menyamar sebagai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling, gara-gara tidak mahu ditahan polis.Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 20 ...
Seorang penganggur sanggup menipu dengan menyamar sebagai jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling, gara-gara tidak mahu ditahan polis. 

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika berkeliaran di sebuah pangsapuri di Balakong pada kira-kira jam 2 pagi, 30 Mac lalu.

“Ketika rondaan dilakukan, lelaki berkenaan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana enggan pulang ke rumah selepas dinasihatkan anggota bertugas yang menyebabkan dia ditahan.

Foto: Astro Awani

“Ketika dalam tahanan, suspek memaklumkan dia adalah seorang daripada jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

“Daripada maklumat itu, kami terus membuat pengasingan terhadap suspek dan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum proses sanitasi dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.


Pun begitu, siasatan yang dilakukan terhadap ahli keluarga mendapati suspek bukanlah jemaah tabligh.

“Malah, ahli keluarga dan rakannya juga menafikan dia menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Hasil soal siasat dilakukan semula, suspek mengaku dia memberi keterangan palsu kepada pihak polis kerana tidak mahu ditahan,” katanya.- CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asma87 1-4-2020 12:51 PM
Puteri PH leh try idea jantan ni kot kantoi tengah shedap jogging..menyamar jadi tabligh ye puteri
Quote matchstick 1-4-2020 01:46 PM
Adeh.. Macam2. Rasa bijak la tu bagi alasan yg buat polis takut nk dekat
Quote tungkai 1-4-2020 01:54 PM
Bodoh...menyusahkan org.Sumbat lama sikit dlm jail  
Quote Artemesiaa 1-4-2020 01:56 PM
Macam2 cara nak menipu dan menyusahkan orang
Quote sekodoyon 1-4-2020 06:16 PM
asma87: Puteri PH leh try idea jantan ni kot kantoi tengah shedap jogging..menyamar jadi tabligh ye puteri
boleh ke... kikiki
Quote Kurex 1-4-2020 06:33 PM
Tembak je      
Quote R2D2 1-4-2020 06:39 PM
.raba.RBA boleh celuk idea ni
Quote munchkin 1-4-2020 06:55 PM
Ni lagi satu nak buat onar pada tabligh dah kenapa???
Quote Tinot7 1-4-2020 06:56 PM
asma87 replied at 1-4-2020 12:51 PM
Puteri PH leh try idea jantan ni kot kantoi tengah shedap jogging..menyamar jadi tabligh ye puteri:l ...

Hahahaha....
Quote Nahnukutu 1-4-2020 07:06 PM
“Daripada maklumat itu, kami terus membuat pengasingan terhadap suspek dan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum proses sanitasi dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,”


Sebut ja Tabligh, satu pejabat kena samak...

Quote rjnadiah 1-4-2020 09:50 PM
Pekat bodohnya
Quote Leonclay 1-4-2020 09:52 PM
Dia kasi polis kerja lbh..mcm2 la ko..yg g merayap pg2 buta tu buat pe..org suh duk rumah..ni ko nk g umah org pulak..nasib x kena hempuk
Quote LautBiru52 1-4-2020 09:59 PM
Selfish. Menyusahkan semua orang
Quote MissyMolly 1-4-2020 10:05 PM
agak-agak la ko nak tipu sapa tu dikkk...adoi
Quote LadyCarefree 1-4-2020 11:08 PM
Bangang. Charge je dia dngan apa2. Biar duduk lokap sebulan dua
Quote jazaa100 1-4-2020 11:22 PM
Pulakkk....

Bkn ke klu kata jemaah tabligh lg laju polis tahan
Quote mnm77 2-4-2020 12:08 AM
jazaa100 replied at 1-4-2020 11:22 PM
Pulakkk....

Bkn ke klu kata jemaah tabligh lg laju polis tahan


Dalam media akhbar macam tu la bunyinya macam Polis tu nak terkam kat Jemaah Tabligh... tapi hakikatnya kebanyakan polis di luar sana sangat bersantun. Lagi pun Polis mungkin takut dijangkiti juga kalau suspek positif Covid... mungkin dengan idea tu penyamaran dibuat, dengan harapan Polis takut nak tangkap. Tapi Polis pun ada SOP utk kenal mana yang betul, mana yang menyamar....

Ada juga Bangla atau Rohingya berjalan-jalan dituduh Jemaah Tabligh pi ziarah-menziarah.... sebab phobia la tu...
Quote biozipstar 2-4-2020 01:33 PM
tak pasal ada kes polis... opolah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.070165 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top