CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Kagum Artis Veteran Tak Segan Berniaga Jual Sambal, Tak Minta Bantuan..

1-4-2020 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6259| Komen: 24

Description: Jika ramai yang mengecam artis pada masa ini dek kerana permintaan mereka agar mendapat bantuan khas daripada kerajaan susulan wabak Covid 19, namun berbeza dengan kisah yang satu ini.Netizen bagaikan ...
Jika ramai yang mengecam artis pada masa ini dek kerana permintaan mereka agar mendapat bantuan khas daripada kerajaan susulan wabak Covid 19, namun berbeza dengan kisah yang satu ini.


Netizen bagaikan terkesan dan turut memuji dengan tindakan seorang artis veteren yang kini menjalani kehidupan sederhana dengan membuat perniagaan kecil-kecilan sahaja.

Kredit foto: Twitter

Seorang pengguna Twitter berkongsi foto pelakon veteran Roslan Saleh atau dikenali dengan panggilan Pak Lan menjual produk makanan iaitu sambal lada bilis dan daging dendeng. 


Menurut netizen ini, sepatutnya artis lain mencontohi pelakon veteren ini yang berusaha untuk meneruskan kehidupan seharian. 

Katanya lagi, dia berasa kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Pak Lan yang tidak pula berasa malu untuk berniaga dan hidup secara sederhana. 

“Tak apalah nak pakai (kereta) Honda ke Ford Ranger ke janji ada usaha cari pelan sokongan sendiri. Bukan duduk senyap dengki (golongan) B40 dapat bantuan,” katanya. 

Dalam pada itu, memetik laporan ProjekMM, Paklan berkata dia kini menjalankan perniagaan makanan itu secara pos sejak PKP dikuatkuasakan. 

“Buat peminat dan pelanggan setia Pak Lan...dengan keadaan sekarang ni jaga dan kawal pergerakan kita supaya terhindar daripada virus jahat yang menular di negara kita.

“Jaga kesihatan, banyak berdoa dan redha,”  katanya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 1-4-2020 04:28 PM
Alhamdulillah kalau dah berubah sekarang.
Ermmm
Quote ellejo 1-4-2020 04:42 PM
Lado ni menatang apa?
Quote bakingsoda 1-4-2020 04:47 PM
ellejo replied at 1-4-2020 04:42 PM
Lado ni menatang apa?

lado = lada kan?
Quote Artemesiaa 1-4-2020 04:48 PM
Ok ler tu ad juga usahanya tak hanya berharap pada bantuan semata
Quote imransulaiman 1-4-2020 04:48 PM
ellejo: Lado ni menatang apa?

Lada kot.. Cili
Quote MissyMolly 1-4-2020 05:44 PM
semoga laris pak lan
Quote Kuasaberganda 1-4-2020 07:45 PM
kat mana dia meniaga tu
Quote ellejo 1-4-2020 08:05 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 08:47 AM
lado = lada kan?

Cakap nismilan ke tu
Quote ellejo 1-4-2020 08:05 PM
imransulaiman replied at 1-4-2020 08:48 AM
Lada kot.. Cili

Ye kot. Sambal cili
Quote Tinot7 1-4-2020 08:45 PM
Mkn dgn roti, sedap ni.. tak sabo nak tunggu pkp habes.. cepat la kes menurun..
Quote Mejami 1-4-2020 08:53 PM
ellez: Alhamdulillah kalau dah berubah sekarang.Ermmm

dulu paklan teruk ke? mengundang sgt statement uols ni..semua org buat silap..sebab tu ada syurga neraka  {:spec
Quote ninjago 1-4-2020 09:05 PM
sweet!!! semoga dimurahkan rezeki pak lan.. dia meniaga area mana tak kasitau pun.. senang org nak beli.
Quote pitera 1-4-2020 09:51 PM
Dia ni mmg rajin. Merata-rata dia jual, macam2 dia pernah niaga area masjid tanah. Pernah jual gorneg pisang juga. Npk la dia usaha cari makan niaga macam2. Ni iklan dia kat group fb:

CB6463CF-45E3-472C-9B89-D4499D01EA73.png
Quote LautBiru52 1-4-2020 10:07 PM
Sambal lado dia sedap. Aku dah pernah rasa
Quote Leonclay 1-4-2020 10:10 PM
Dl pak lan jual grg pisang..skrg berniaga lain pulak..business minded jugak pak lan ni..xde pn merintih harap ihsan org
Quote missus_meow 1-4-2020 10:10 PM
patot dicontohi
Quote Belanga_Tefal 1-4-2020 11:00 PM
Tengok Anju dok post caqi pak lan ni.. nak tolong borong... hat ni baguih dia nak tolong... hat menesia2 nk bantuan khusus tu belanga xleh terima! Hempuk ngn belanga ni baru hampa tau!
Quote djzara81 1-4-2020 11:07 PM
Seriously x tau pak lan ni ade food biz. Pas tgk ig anju br aku tau
Quote binipopeye 1-4-2020 11:08 PM
semoga retis2 sangkak negara mencontohi kredibilit paklan....
toksah meratap bantuan khusus !!!

usaha dulu kalo xjln baru minta bantuan... ini lifestyle xmo downgrade.. si retis emelda (bini adlin ramlee) dah sengkek pun nk makan daging... dengki org makan ikan masin dpt bantuan... ciss !!



Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.322361 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top