CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Makin Panas! Zarina Anjoulie 'Isytiharkan' Perang Pada Segelintir Artis

1-4-2020 11:04 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 17602| Komen: 47|Original author: Straya



Kredit foto: Kuala Lumpur Viral

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap Zarina Anjoulie atas kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah namun tetap mengharapkan bantuan kerajaan. 

Terbaru, Zarina kini menjadi topik umpatan dalam kalangan artis menerusi aplikasi TelegramBerikutan itu, Zarina telah memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior, yang mendedahkan sikap dan pandangan mereka yang sebenarnya terhadap netizen.


Kredit foto: Instagram anjoulielavocah1

Kredit foto: Instagram anjoulielavocah1

Susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya, Zarina memuatnaik video terbaru yang mengulas mengenai perkara ini. Zarina mengatakan yang dia bukanlah punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan kepada kerajaan untuk artis.

"Aku nak beritahu yang aku bercakap secara umum. Itu fakta! Aku pun orang industri dan tahu apa yang aku cakap. Aku tak sebut mana-mana nama pun. Korang kata aku punca netizen marah sampai korang kena kecam. Mereka memang dah kecam korang pun sebelum tu", kata Zarina dalam videonya.


Kredit video: YouTube MP CHANNEL


Zarina mendedahkan dia ada menyimpan bukti perbualan di aplikasi Telegram dan mendakwa ada rakan-rakan artis yang menggelarnya dengan nama yang kurang elok.

"Dalam group itu korang aibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku," katanya."Dengan screeshot yang aku dapat, aku boleh saman malu korang tau. Jadi guna otak sekarang! Semua hina netizen kata IQ rendah, lembu. Ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini. Korang memang jenis manusia tak bersyukur," kata Zarina lagi.

Zarina menyifatkan langkah untuk melumpuhkan akaun laman sosialnya adalah satu perbuatan yang melampau dan busuk hati.

"Ini tempat aku tolong orang kongsi review Instagram percuma. Aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain. Ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui Instagram, busuk hati sampai nak tutup Instagram aku," kata Zarina lagi.

Tidak lama kemudian, pelakon Sharifah Sakinah turut 'menyertai' isu panas ini dengan memuatkan video 'live' kepada pengikut Instagramnya. Di dalam videonya, Sharifah Sakinah mempertikaikan keikhlasan Zarina Anjoulie dalam memperjuangkan nasib netizen. Sharifah Sakinah mendakwa bila netizen memberi perhatian kepada Zarina dan menjadikannya sebagai 'hero masyarakat', pengikut media sosial Zarina akan bertambah dan memudahkan usahanya untuk membuat ulasan produk berbayar. Ikuti video Sharifah Sakinah sepenuhnya melalui video di bawah.


Zarina kemudian memuatnaik status dalam Instagramnya yang mengatakan Sharifah Sakinah bersikap 'double standard' kerana apa yang dikatakan oleh Zarina di dalam videonya sebelum ini hampir sama dengan video pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim. Datuk Rizalman di dalam videonya baru-baru ini, menegur seorang usahawan wanita terkenal yang suka menayang kemewahan tetapi mempertikaikan bantuan yang diterima oleh golongan bawahan. Bagaimanapun, status itu kemudian dipadam oleh Zarina. 

Wah bertambah hangat 'perang' di antara Zarina Anjoulie dengan segelintir artis. Bila agaknya akan berakhir dan apa kesudahannya nanti? - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-4-2020 11:27 AM
#TeamAnju. Hidup Anju. cariforum bersama Anju. moderator bersama anju.
Quote Madel 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA
Quote toxicated 1-4-2020 11:30 AM
CiliPadiSedap replied at 1-4-2020 11:27 AM
#TeamAnju. Hidup Anju. cariforum bersama Anju. moderator bersama anju.

Porumer kertu bersama anju juga haha
Quote CiliPadiSedap 1-4-2020 11:38 AM
Edited by CiliPadiSedap at 1-4-2020 11:39 AM
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA

kalau netizen boikot kalau kena gam dengan stesyen tv lagi teruk  fikir artis je loss income, banyak lg industri damage loss income tapi xde request privilages mengarut. rakyat marah sebab minta bantuan mengarut xmasuk AKAL.

makcik kiah goreng pisang pun tahu bersyukur.
Quote ajinomotonosuga 1-4-2020 11:43 AM
Kesiaaan..napalah jadi gini..sampai report..semua kan masih orang islam

Tuhan kata klo berbantah kembali ler pada quran

Bukan beso isu..ase nya ada artis mohon special case..kecikkkkkk je..np di beso kan

Unless mcm kata bang Kalid..ramai kita penuhhhh dendam kesumat..hasad dengki...kan

Klo gitu susah ler nk ikhlas!!!

Udah laa tuu..tsunami pun stop..banjir zaman nabi pun stop..kemarau pun ada akhir..jap lai covid berakhir tapi dendammmm manusia Allah je tahu sampai bila

Purely ego masturbating..ntah apa dapat melain dosa mengata..pahala tadak doaa bertimbun bebila bleh mati hatta sekarang..pikior ler

Toksah di layan minah anjoli tuu..bio orang gila dgn kegilaan dia..letih karang stop ler

Setidak nya saya dah berpesan pada hangpa...ws
Quote bakingsoda 1-4-2020 12:05 PM
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA

bawah acik ogy dgn bawah abejo tu sape
Quote Bergosip 1-4-2020 12:05 PM
Satu benda yang aku tak faham.

Black keluarkan statement tentang bantuan untuk anak seni. Yang sokong kenyatan black ialah tomok, shuib, hairul azreen. Ok, dorang ni memang artis yang tunjuk kemewahan dari segi kereta, travel, rumah, duit. Kecuali Tomok.

Lepastu Anju buat video kecam artis2 yang TUNJUK kekayaan dekat laman media social tapi harapkan bantuan.

Masalahnya, yang terasa dengan statement Anju tu adalah golongan artis yang jarang keluar TV dan dalam IG dorang TAK TUNJUK kekayaan pon. Setakat gambar selfie je penuh dalam IG. Kenapa set2 artis dekat telegram yang terasa padahal IG dorang hambar ok. Setakat gambar selfie macam tu je. Tak tunjuk kemewahan pon. Pulak tu, banyak warga twitter dan facebook yang tak kenal Emelda, Amyza, Azrul. Kena google dulu baru tau dorang siapa. Emelda tu banyak orang komen sebagai "Adik ipar AC". Tak ada pon yang mention hasil seni dia. Azrul tu lagi lah . Ramai yang tak tau kewujudan dia. Artis2 dalam telegram tu tak tunjuk kemewahan pon dalam IG, tapi kenapa dorang yang lebih2 eh.  Anju mention golongan2 A tapi golongan2 B yang terasa. Objektif tak tercapai lah ni
Quote Ladybird910 1-4-2020 12:10 PM
Br 2minggu dok umah dah smpi ke polis station..klu 2bulan agak2 smpi ke mana la retis2 tersangkak ni?hahaa
Quote dino 1-4-2020 12:28 PM
ajinomotonosuga replied at 1-4-2020 11:43 AM
Kesiaaan..napalah jadi gini..sampai report..semua kan masih orang islam

Tuhan kata klo berbantah  ...

fikir gini bang,
klau anju tak komen psl ni... marhaein tak tahu perangai sebenar artis, maybe no je cara nak bg sedar jgn puja artis

artis anggap kite ni lembu je tak sama taraf.
benda jd besar bile seniman low class tu tuntut menda khusus utk depa, taknak masuk grup marhaein. tu yg org trigger

tak sedar kaya sbb ade fan yg dok support. hujung2 org kritik siap buat grup telegram membawang netizen



Quote dino 1-4-2020 12:31 PM
Bergosip replied at 1-4-2020 12:05 PM
Satu benda yang aku tak faham.

Black keluarkan statement tentang bantuan untuk anak seni. Yang so ...

btul.. yg tomok n black dah angkat bendera putih.. depa tahu effect klau layan org kecam die

to artis lain plak terasa lebih2... siap nak sebar gambo bogel anju bagai haha
kata classy kan...
Quote Bergosip 1-4-2020 12:42 PM
dino replied at 1-4-2020 12:31 PM
btul.. yg tomok n black dah angkat bendera putih.. depa tahu effect klau layan org kecam die

to ...

Masalahnya, macam tak ada valid motif pon untuk dorang serang Anju. Anju bagi statement untuk artis2 yang tunjuk kekayaan dekat laman media social tapi harapkan bantuan dari kerajaan. Artis dalam telegram tu asyik up gambar selfie je dekat IG, tak tunjuk kemewahan pon. Netizen kalau tengok IG dorang pon, netizen faham yang dorang tak kaya. Ni tak makan cili yang terasa pedas. Lain konsep haha


Kalau nak serang sangat. Serang lah Naim Daniel atau Hans Isaac. Sebab Naim Daniel dan Hans Isaac bagi statement dekat IG live yang dorang rasa artis tak perlukan bantuan khusus. Kalau rasa terbeban dan dalam golongan B40, M40 just apply macam biasa. Tak perlu bantuan khusus. Lagipon, Naim Daniel dan Hans Isaac bagi statement umum untuk semuaaaa artis tak kiralah kaya atau miskin. Lagi valid motif untuk dorang serang Hans Isaac dan Naim Daniel.
Quote diss69 1-4-2020 01:44 PM
Amyza dh spin dia ckp celaka tu bukan tuju kt netizen...
Quote Madel 1-4-2020 01:44 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 04:05 AM
bawah acik ogy dgn bawah abejo tu sape

Entah
Iols bukan kenal pun retis2 sangkak ni uols
Quote Boomibulat 1-4-2020 01:45 PM
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA

Masa ni rambut Soeb dgn Black lebat lagi..ke photoshop?
Quote Madel 1-4-2020 01:48 PM
Boomibulat replied at 1-4-2020 05:45 AM
Masa ni rambut Soeb dgn Black lebat lagi..ke photoshop?

Netizen pakai pic lama retis
Acik Ogy pun nampak muda.
Quote aderaderker 1-4-2020 01:50 PM
diss69 replied at 1-4-2020 01:44 PM
Amyza dh spin dia ckp celaka tu bukan tuju kt netizen...


Amiza putar, Halim....

IMG_20200401_134723.jpg
Quote Boomibulat 1-4-2020 01:52 PM
CiliPadiSedap replied at 1-4-2020 11:27 AM
#TeamAnju. Hidup Anju. cariforum bersama Anju. moderator bersama anju.

Majulah sukan bersama Anju.
Anju PM9.
Quote diss69 1-4-2020 01:57 PM
aderaderker replied at 1-4-2020 01:50 PM
Amiza putar, Halim....

Tu laa dh terpampang dia tulis, bole pulak dia,.... kita putar halim...
Quote azie5zoe 1-4-2020 01:57 PM
bakingsoda replied at 1-4-2020 12:05 PM
bawah acik ogy dgn bawah abejo tu sape

yang bawah ogy tu si aleeya zailan yang kawan vivi yusuf dan yang bawah abejo tu mac rahayu...artis dah lama sangat ni..ingat dah tak ujud lg dah...kot2 ada pulak dalam group tu..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.139060 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top