CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tarik Satu Bulu Roma Pun Kita Tahu" - Achey

3-3-2020 10:15 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 10921| Komen: 41|Original author: Oleh: Re.C

Description: Dalam sebuah sesi temu bual bersama Achey dan Fad selepas Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey di Masjid Wilayah Persekutuan, pelawak itu mengulas mengenai masalah antar ...

 

Kredit foto: F8Buzz


Dalam sebuah sesi temu bual bersama Achey dan Fad selepas Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Allahyarham Abam Bocey di Masjid Wilayah Persekutuan, pelawak itu mengulas mengenai masalah antara keluarga Ali Puteh dan Hidayah, isteri arwah.


Menurut F8Buzz, Achey terkilan kerana cerita kebaikan Abam tertutup akibat kontroversi tersebut. Dia merasakan ruangan media bukanlah ruangan menyelesaikan masalah. Sebaiknya, selesaikan masalah dalam selimut diam-diam dan rujuklah pada majlis agama ataupun ke ruangan undang-undang.


Achey turut tidak kisah menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah kedua-dua pihak tersebut. Namun, dia masih merasakan dirinya dan Fad cumalah orang luar dalam permasalahan mereka.



Pada awalnya, Achey terkejut bukan kerana luahan tersebut, tetapi kerana tempat yang salah. Dia dan Fad amat rapat dengan arwah. Baginya, permasalahan antara keluarga ini sudah diketahuinya dengan mengatakan pada media, "Bulu roma, satu tarik pun kita tahu."


Cuma bezanya, serapat mana Fad dan Achey dengan Abam, haruslah dijaga aib dan kisah arwah sebaik mungkin.


Achey juga menegaskan bahawa walaupun mereka pernah berjanji untuk membantu keluarga arwah Abam, mereka hanya boleh membantu setakat yang termampu. Hak mereka untuk membantu tidaklah sehingga membantu masalah dalam selimut.



Fad dan Achey turut berusaha untuk terus menjaga Hamzah, anak arwah dengan mengunjungi setiap minggu secara bergilir-gilir antara mereka. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • LostStar


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 3-3-2020 10:17 AM
Haihh dah laaahh.. Bosan
Quote ajinomotonosuga 3-3-2020 10:29 AM
Toksah nyibuk laa labu

Rapat camna pun ko oghe luo

Bukan darah daging..bio depa setel

Klo depa minta tolong..baru tolong termampu terbaik

Kita ni btui baik cuma bila orang lain cite baik kita..pihak kita DIAM LEBIH BAIK

Quote asmara_me 3-3-2020 10:41 AM
bosan, aku bosan, dengan bla bla bla bla, bla bla bla bla

cukup lah kaitkan dengan arwah, wartawan pun xpayah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa oii
Quote Ladybird910 3-3-2020 10:45 AM
See..betul la dorg xbantu dayah.btw lps iv dgn DTL dayah ade bt apa2 iv lg x? Rse cm xde..

Moga Allah beri kekuatan utk dayah n fam
Quote Orix 3-3-2020 10:48 AM
kerna duit.......................
Quote Kurex 3-3-2020 10:49 AM
jaga hamzah dah la.. kesian si comel tu
Quote msdummy.2018 3-3-2020 11:12 AM
aku salahkan wartawan dlm kes nie!!!....
Quote slyfynx 3-3-2020 11:16 AM
Udah2 la.
X abis2 korang ni.
X tenang orang kt sana
Quote meow_tompok 3-3-2020 11:21 AM
apa kata amik je hidayah jadik bini no 2 korang. bole jaga balu & anak arwah sahabat baik. daripada dtg berkunjung bergilir-gilir mcm tu.

Quote husna_amal 3-3-2020 11:37 AM
takpe bantu takat termampu je. bende baik tetap sokong korang berdua ni.
Quote manehnya 3-3-2020 11:38 AM
hurmmnk kena wat pa
Quote yipun_78 3-3-2020 11:42 AM
Dulu masa ko Naik sbb arwah Salim bachik..org tu meninggal ko ckp benda yg Sama gak..end up X tolong family arwah gak...sembanggg
Quote adm7 3-3-2020 11:42 AM
Tak abis lg ke
Quote lil_honey 3-3-2020 11:44 AM
aaaahhhh...aku sunyi!!!

- fazura, manisnya cinta di cappadocia.
Quote bondeh 3-3-2020 11:50 AM
harap lepasni buat persembahan takde lah dengar bingit si Achey nih...
Quote acikbrown 3-3-2020 11:59 AM
bondeh replied at 3-3-2020 11:50 AM
harap lepasni buat persembahan takde lah dengar bingit si Achey nih...

betul
macam nak pecah gegendang telinga
ingat penonton semua pekak ke apa!!
Quote intanazlynna 3-3-2020 12:02 PM
Al Fatihah Abam
Quote haryatie 3-3-2020 12:09 PM
Edited by haryatie at 3-3-2020 12:10 PM

betul la tu dia ckp
dia org org luar x kan hal dlm kain pun nak dia org selesaikan
nak bantu pun atau cmpur pun hal yg patut2 je la
negara ada undang2, pejabat agama ada..rujuk je la kat situ
cuma buat smua ni perlukan masa
maybe buat faraid utk bahagian mak arwah
kalau mak arwah org senang/kaya raya maybe x nak kut bahagian dia
tp kalau org susah apa salah nya bg jugak
dia ibu yg melahirkan, kalau xde ibu yg melahirkan dn mendidik ank yg baik
macam mana nak dpt suami yg baik..x kan turun dr langit kut/ank buluh betung
Quote beta_carotene 3-3-2020 12:56 PM
meow_tompok: apa kata amik je hidayah jadik bini no 2 korang. bole jaga balu & anak arwah sahabat baik. daripada dtg berkunjung bergilir-gilir mcm tu.


Kan.. Gigih nk bermummy daddy bagai..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069376 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top