CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sedih!" Dayang Nurfaizah Sudah Bosan Sering Disoal Perihal Jodoh

28-2-2020 10:45 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 18980| Komen: 125|Original author: intan

Description: Sering dilemparkan mengenai persoalan jodoh dan perkahwinan, Dayang Nurfaizah mengakui berasa sedih kerana sering ditanya mengenai soalan tersebut.Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang D ...
Sering dilemparkan mengenai persoalan jodoh dan perkahwinan, Dayang Nurfaizah mengakui berasa sedih kerana sering ditanya mengenai soalan tersebut.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty berkata, kerjaya seninya juga membuatkan dia sedikit takut untuk mendirikan rumah tangga.

Kredit foto: Carian Google

Kesibukannya sebagai penyanyi juga telah membuatkan dia tidak terlalu memikirkan perkara mengenai pasangan hidup.

Ketika ditemui mStar online, Dayang juga mengakui sudah bosan, tapi memahami peminat dan orang ramai akan sentiasa bertanyakan kepadanya mengenai pasangan hidup.


"Bosan..tapi saya faham orang akan selalu tanya sebab saya seorang wanita dan umur pun semakin 'muda',"

"Tapi bila orang bertanyakan mengenai hal itu, ia sedikit sebanya buat saya sedih. Selama ini saya tak terfikir, sebab saya terlalu sibuk dengan kerja," ujarnya lagi.

Dayang ditemui pada majlis sidang media konsert amal Alunan Irama yang akan diadakan pada 11 April Depan bersama Datuk Jamal Abdillah di Istana Budaya, baru-baru ini.


Ketakutan beliau untuk mendirikan rumah tangga juga menjadi faktor atas sebab kerja dan situasi yang agak sukar. 

"Saya agak takut sebab saya bukan kerja di pejabat, kerja saya di mata peminat-peminat,"

"Harap-harap satu hari nanti jumpa jodoh, doa - doakanlah ya," katanya lagi.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Doakan yang baik-baik untuk Dayang ya! - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-2-2020 10:52 AM
Bukan dia ni bercinta dgn Hael?
Quote Sambalberapi 28-2-2020 11:11 AM
Sian Dayang ni. Bosan menunggu si hael tu masuk minang ke?? Kalau tengok tahap suwitnya diorg ni dah tahap mati kena kencing manis dah, x de potong2 kaki dah. Tapi.. sampai kesudah..
Quote Sally6162 28-2-2020 11:12 AM
Ajak jew lah adik tu tawin... sesuai sgtttt
Quote shark_eow7 28-2-2020 11:13 AM
kalau tunguu si hael tak lamar, kau jelah lamar dia. settle masalah..
Quote siq 28-2-2020 11:15 AM
takmo sedih2 dayang, watlek watpis je... kalau nak fikirkan mulut n soalan orang memang sampai bila takkan habis... kang dah kawin kang diorang sibuk tanya hal dalam kain pulak (tengok macik ella rasa tu, umur dah 50+ pun orang sibuk kisah dia mengandung lg), kalau dah mengandung kang orang sibuk tanya perkembangan anak & banding dgn anak orang lain pulak (yg tu lagi comel lagi cerdik etc); so kalau nak kisahkan cakap orang memang susah nak bahagia woo dayang oi! watlek watpis watpekak udah ye? kalau ada jodoh kawin ye, kalau takde tu teruskan berbakti utk mak ayah ye
Quote Kurex 28-2-2020 11:26 AM
Edited by Kurex at 28-2-2020 11:31 AM

lain kali jangan bercinta dengan pondan, dengan gayah botemmm atau seumpamanya..

jangan jadi macam bekas kawan aku, sanggup berhabis untuk gayah tu, tapi kawen tak jugak.. bodohhhh
Quote iminidin 28-2-2020 11:38 AM
dayang ni... umur dia baru 39 thn, thn ni...
sebuk je la org tanya dia bila nak kawen..

nnt dah sampai jodoh.. ada lah tu
Quote ais_kosong 28-2-2020 11:44 AM
kadang orang tak fikir perasaan orang lain.
sibuk suruh orang kahwin walau tahu umur tu dah hujung2 (hujung 30 an ke atas)
ingat lelaki nak ambil perempuan kertu ke.
Yang dah kahwin ni pun rajin dok lawak. Kahwin lambat nanti orang ingat cucu la.
Susah nak beranak la.

Walhal kebanyakan yang dah nikah ni, suami ajak bersama masing2 buat2 keras (tidur). Bukan
batang suami depa yang keras) Alasan penat la apa la. hujung2 meroyan laki makan luar
Quote puteribaya 28-2-2020 11:57 AM
ais_kosong replied at 28-2-2020 11:44 AM
kadang orang tak fikir perasaan orang lain.
sibuk suruh orang kahwin walau tahu umur tu dah hujung2 ...

kebanyakan isteri gini,,dia pun kije, balik kije nak siap umah,anak2..laki tenguk TV je..malam bini masak makan malam, basuh pinggan..laki,,tenguk TV je...bini streka baju,basuh kain,siap tmpat tidur..laki tenguk Tv je,dah bini baring kat katil..barula laki angkat buntut naik katil minta lagi..sebab dah keras..so nak salahkah isteri keras kan badan ke?,,padahal badan dia seharian dah kejang buat macam2..suami cuma depan TV..kalu ikut sunnah,,tugas isteri cuma layan suami dan jaga anak2 je..lain2 kije umah dan segala makneka..laki buat,,ni tidak,masyarakat melayu terutamanya..sume tu tugas isteri..pas tu hangin bila x dapat..
Quote lasagna 28-2-2020 12:01 PM
kesian. yg bertya tu pun cukup2 lah tya..
ada jodoh ada lah tu nti.
Quote ais_kosong 28-2-2020 12:02 PM
puteribaya replied at 28-2-2020 11:57 AM
kebanyakan isteri gini,,dia pun kije, balik kije nak siap umah,anak2..laki tenguk TV je..malam bin ...

tak nafikan isteri penat buat kerja bagai. tapi kalau jenis xsibuk hal orang aku respect.
ni aku tujukan  kepada perempuan yang sibuk orang lain xkahwin
tapi diri sendiri pun tak da herlok mana pun jadi isteri orang. Buka aib sendiri pastu ada hati nak gesa


orang nikah. Pertikai orang nak ada anak lanjut usia. rezeki orang tak sama kan.
Quote aiva 28-2-2020 12:03 PM
alamak ni laa masalah orang perempuan kan
tunggu lelaki laa propose
duit ada tunggu apa lagi si hael tu amenderlerrrr
Quote umbut 28-2-2020 12:03 PM
Sibuk sangat ke
Quote puteribaya 28-2-2020 12:11 PM
ais_kosong replied at 28-2-2020 12:02 PM
tak nafikan isteri penat buat kerja bagai. tapi kalau jenis xsibuk hal orang aku respect.
ni aku  ...

kan..membawang tahap dewata..tapi lelaki pun ada specis bawang gak..lagi besar bawang dia..bawang Holland celup tepung dia bawak
Quote PocongTerbang 28-2-2020 12:31 PM
Bagi hint kat hael ke? Alahh yg sibuk2 tanya ni,biar je lah dayang tu. Kalau dah belum sampai jodoh dia,nak buat mcm mana. Kepochi betul
Quote meow_tompok 28-2-2020 12:33 PM
Kurex replied at 28-2-2020 11:26 AM
lain kali jangan bercinta dengan pondan, dengan gayah botemmm atau seumpamanya..

jangan jadi maca ...

kpd para gay di luar sana, mohon jgn berhabis belanja dgn kurex, korang bakal stok geli2 je, kawen nya tidak
Quote Kurex 28-2-2020 12:34 PM
meow_tompok replied at 28-2-2020 12:33 PM
kpd para gay di luar sana, mohon jgn berhabis belanja dgn kurex, korang bakal stok geli2 je, kawen ...

woiiiiiiiii
Quote meow_tompok 28-2-2020 12:36 PM
Edited by meow_tompok at 28-2-2020 12:37 PM
ais_kosong replied at 28-2-2020 11:44 AM
kadang orang tak fikir perasaan orang lain.
sibuk suruh orang kahwin walau tahu umur tu dah hujung2 ...

tapi ramai je perempuan kertu bole tapau laki muda, dalam & luar negara benda ni berlaku
cth: nek aida









Quote Izumieza 28-2-2020 12:40 PM
Aku rasa dlm usia dia sekarang.. dia dah tak fikir sangat pasal jodoh. I mean jodoh bukan keutamaan.. eh.. tapu betul ke dia dgn si hael tu?

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064483 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top