CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Melecur Disimbah Rakan Dengan Air Panas Ketika Tidur

31-7-2019 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3743| Komen: 14

Description: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat disimbah air panas dalam 'Cabaran Air Panas' yang kembali tular.
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat disimbah air panas dalam 'Cabaran Air Panas' yang kembali tular.



Menurut laporan Kentucky Herald Leader, dalam kejadian 2.30 pagi Selasa itu, Billy Oliver dikatakan sedang tidur di rumah rakannya di Manchester, Kentucky apabila dia disimbah dengan air panas.

Berikutan kejadian, mangsa mengalami cedera di leher, belakang tubuh dan bahagian atas lengan.



Dalam sebuah entri di Facebook ibunya, Patricia Oliver mendakwa Billy yang sedang tidur terkejut apabila disimbah rakannya dengan air panas.

"Dia (rakan Billy) hanya mentertawakannya yang kesakitan dan bergelut menanggalkan bajunya," tulisnya yang memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya cabaran itu.


Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Cincinnati untuk mendapatkan rawatan.

Cabaran berbahaya 'Hot Water Challenge' yang melibatkan aksi meminum atau menyimbah air panas ke tubuh sendiri mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa.


Kredit foto: Mirror

Sementara itu, ibu kepada rakan Billy ditahan polis susulan gagal mendapatkan bantuan kecemasan untuk mangsa.

Wanita berusia 42 tahun itu dilaporkan menyerah diri di balai pada tengah hari Jumaat.

Ibu bapa diberi peringatan supaya sentiasa berwaspada terhadap kegilaan cabaran seumpama itu yang boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 31-7-2019 12:13 PM
ummah sanjungan forum
Quote hatikudus 31-7-2019 12:20 PM
Bodoh2 punya challenge, makan maggi pedas campur durian la...siram air panas la....
Quote natrahn 31-7-2019 12:32 PM
lepas ice bucket challenge depa buat hot water challenge pulak..gila challenge bodoh  dorang nih..
Quote Artemesiaa 31-7-2019 12:34 PM
Sebab tu penting parents awasi tindak tanduk anak mereka jadi macam kes ni terus boleh jadi kes penderaan
Quote sfrnna 31-7-2019 01:28 PM
Aduh... Nasib la x kena muka dik oi...
Quote shernazz 31-7-2019 01:39 PM
Semua nak masuk challange..choi lahhh
Quote grouper 31-7-2019 02:11 PM
Semua benda2 bodoh akan jatuh kategori buat challenge kt socmed
Quote awanysss 31-7-2019 03:20 PM
igtkan meleis je mengarut. kokesen pun sama

buat la challenge yg elok2 sikit contoh PhD challenge..
Quote eyansss 31-7-2019 05:35 PM
orang yang taksub dengan challenge ni bagi aku diorang ada mental disabilities atau disorder...  mengarut2 je challenge diorang ni...
Quote QueenIsolde 31-7-2019 05:45 PM
Xpe xkena kecam berpages2 la tered ni #asalbukanmelayu kekdahnya
Quote Foxey 31-7-2019 09:44 PM
Sapa la yang mulakan challenge bongok2 camni? Harus ditangkap dan sumbat dalam penjara
Quote moonbymoon 2-8-2019 04:27 PM
Tengok pun ngeri...
Quote piep 2-8-2019 05:18 PM
challenge apa ni.. karang Budak ni p buat kat kawan dia balik
Quote glump 2-8-2019 06:35 PM
Kids getting creative for something stupid

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.239633 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top