CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Kena Panah Sesat, Semua Sekolah Di Kuantan Diarah Henti Aktiviti Memanah

5-7-2019 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7820| Komen: 38

Description: Emapt sekeluarga terkejut apabila mendapati kereta mereka 'dipanah' selepas mendengar bunyi dentuman kuat.
Empat sekeluarga terkejut apabila mendapati kereta mereka terkena anak panah tersasar selepas mendengar bunyi dentuman kuat.


Gambar Hiasan


Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Tan Theam Lye, 62, sedang memandu di Jalan Beserah, Kuantan menghala ke Lorong Bukit Ubi pada Rabu lalu bersama isterinya, Wong Sow Lan, 54, serta adik dan bapanya.

Katanya, isterinya mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat ketika menunggu di lampu isyarat. Apabila diperiksa, mereka mendapati anak panah sepanjang kira-kira 50 sentimeter melekat pada pintu penumpang sebelah kiri.


Foto: Harian Metro


Mereka bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan kerana anak panah tidak menembusi pintu kereta berkenaan.

Dipercayai, anak panah itu tersasar dari sekolah berhampiran dan menurut Wong, ketika kejadian sedang berlangsung latihan acara sukan memanah dalam kawasan sekolah terbabit.

Berikutan kejadian anak panah tersasar itu, semua sekolah di Kuantan diarah menghentikan aktiviti sukan memanah serta-merta bagi tujuan keselamatan.

Namun, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata, aktiviti sukan itu boleh dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam memandangkan ia memiliki kemudahan lapang sasar memanah khas untuk pelajar menjalani latihan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cha-cha 5-7-2019 01:21 PM
Nasib tak jadi Final Destination versi Kuantan.
Quote RumiMenari 5-7-2019 01:25 PM
Plot twist : target tersasar

Quote msdummy.2018 5-7-2019 01:37 PM
adoiiiii mati lah nakkkkk
Quote Atata 5-7-2019 01:43 PM
Gilaaa punya kerja ni
Quote j_adore 5-7-2019 01:47 PM
Kena cari kawasan lapang yang luas & takde risiko boleh kena orang awam
Quote cHimo 5-7-2019 01:50 PM
Nasib kena kereta.. kalau kena orang?
Quote CiliPadiSedap 5-7-2019 02:12 PM
Sis vokuru dulu masuk acara memanah tapi xdpt point sebab anak panah semua kena pintu kereta dodolgemok
Quote saviour_09 5-7-2019 02:15 PM
aiyooo
nasib baik talak kena sama uncle & aunty
Quote singajantan 5-7-2019 02:35 PM
yg ni mmg cikgu kena jawap

tapi yg pasir gudang idea bongok sape minta cikgu monitor kualiti udara (bahan toksik)
Quote sitilu 5-7-2019 02:41 PM
buta buta cikgu kena paw rm300
hebat sgt ke budak sekolah tarik panah sampai boleh pi gitu jauh tembus besi kereta???





Quote crazybeach 5-7-2019 02:52 PM
nape nampak menyedihkan sangat jah target board tak cukup bajet tuh. follow specifications ke tak nih
Quote baghal_bortuqal 5-7-2019 03:00 PM
CiliPadiSedap replied at 5-7-2019 02:12 PM
Sis vokuru dulu masuk acara memanah tapi xdpt point sebab anak panah semua kena pintu kereta dodolge ...

bukan kene bas mayang sari?







Quote Foxey 5-7-2019 03:08 PM
Sukan macam ni kena la main kat kawasan yang luas, lapang, selamat. Dah nama pun panah. Budak2 yang baru belajar memanah, mana kita tau sesat ke mana panahnya tu. Bukan apa2 hal pun, safety first ka?
Quote sitilu 5-7-2019 03:11 PM
lubang camtu pun claim rm300

repair pun tak sampai rm150



Quote Artemesiaa 5-7-2019 03:13 PM
Membahayakan orang awam kalau dah macam tu.  Aktiviti sebegini bukan saja kena ada kawasan lapang tapi juga kena pastikan ia tak terarah ke arah kediaman, bangunan atau jalanraya.
Quote kroit92 5-7-2019 03:30 PM
sitilu replied at 5-7-2019 02:41 PM
buta buta cikgu kena paw rm300
hebat sgt ke budak sekolah tarik panah sampai boleh pi gitu jauh tem ...

kan. aku tengah suspicious jugak ni
aku main archery jugak, sampai universiti dulu main

tanak cakap banyak, aku nak tengok dulu ke mana cerita ni jadi
Quote nisako 5-7-2019 03:32 PM
wow nasib x kena org................
Quote sitilu 5-7-2019 03:33 PM
kroit92 replied at 5-7-2019 03:30 PM
kan. aku tengah suspicious jugak ni
aku main archery jugak, sampai universiti dulu main

citer dah habis
cikgu dah bayar apek tu rm300

harap2 budak yg panah tu boleh jadi juara dunia sebab dapat panah segitu jauh tembus besi kereta




Quote jalfa 5-7-2019 03:34 PM
300 ko pau...hahaha...
Ntah ntah along guna teknik memanah bahuballi  nak kutip utang

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052233 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top