CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanita Serah Diri, Janji Bayar Balik Secara Ansuran RM200

6-7-2019 08:50 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 6715| Komen: 19|Original author: Oleh: top5complete

Description: Bulan lepas seorang wanita yang didakwa menipu wang ribuan ringgi milik pelakon veteren Lisdawati akhirnya menyerah diri selepas perbuatannya didedahkan melalui laman Instagram pelakon itu pada 21 Jun ...
Bulan lepas seorang wanita yang didakwa menipu wang ribuan ringgi milik pelakon veteren Lisdawati akhirnya menyerah diri selepas perbuatannya didedahkan melalui laman Instagram pelakon itu pada 21 Jun lalu.


Foto IG

Memetik laporan Harian Metro, Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 40, mendedahkan dirinya ditipu wanita dikenali sebagai Nurul Ashikin yang telah menghubunginya dan bersetuju untuk membayar semula hutangnya, namun dengan menggunakan orang tengah serta secara ansuran.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, wanita tersebut menghubungi saya tapi melalui orang ketiga.



"Dia sendiri tak ada, tapi kawan dia yang mesej memberitahu dia akan membayar wang pinjaman tersebut secara ansuran bermula RM200.

"Saya pun tak faham, mungkin dia ada masalah peribadi yang menyebabkan dia tidak dapat dihubungi," katanya.

Lisdawati mengakui dia kerugian hampir ribuan ringgit setelah menjadi mangsa tipu wanita berusia lingkungan 30-an itu. Menurutnya, mereka berkenalan sejak dua tahun lalu tapi tidak menyangka wanita tersebut sanggup menipunya.

Sebenarnya, Lisdawati sendiri memberikan wang tersebut setelah mereka bersetuju untuk memulakan projek bersama bermodalkan wang itu.

Lisdawati telah memuat naik foto wajah serta kad pengenalan wanita itu di IG setelah menyedari dirinya ditipu. Baik sungguh hati Lisdawati kerana tidak membuat laporan polis dan memberi peluang kepada penipu tersebut. Semoga mereka suami isteri dimurahkan rezeki di atas kebaikkan yang mereka lakukan. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 6-7-2019 09:18 AM
Pelakon veteren dah ke tahap lisda ni..
Quote Boomibulat 6-7-2019 09:23 AM
harkktuih replied at 6-7-2019 09:18 AM
Pelakon veteren dah ke tahap lisda ni..

Pelakon warga emas
Quote LadyCarefree 6-7-2019 09:51 AM
Filter kemain smpai laki pon jd cerah
Quote Mfzg89 6-7-2019 10:41 AM
LadyCarefree: Filter kemain smpai laki pon jd cerah

Padahal laki kulit jawo je..
Quote Sazida 6-7-2019 11:22 AM
LadyCarefree replied at 6-7-2019 09:51 AM
Filter kemain smpai laki pon jd cerah

irl, kulit poji flawless yachhh., bersih je muka. Selalu dtg opis i meeting dgn boss psl projek kt kementerian pertahanan. Maklumlahh abang org besar tentera darat. Haruslahh adik dpt tempias projek2 gomen.
Quote September14 6-7-2019 01:15 PM
Bila ckp veteren aku ingt lydiawati.. rupanya lisda muda lg kut dia
Quote nura19 6-7-2019 02:01 PM
Lis ni muda lg kn
Quote anilanil 6-7-2019 02:29 PM
Umo 31 ke atas  skrg kategori warga emas yachh..
Quote EvieWanKenobi 6-7-2019 04:27 PM
Lisdawati ni very soft-spoken..
suka tengok dia berlakon..
Quote akubujang 6-7-2019 04:40 PM
rm200 je sebulan? baiknya la hai...
Quote NoraAnne 6-7-2019 07:54 PM
Pelakon veteren...adoii..baru 40 kot...muda lagi la....
Quote kiah_mai_pulak 6-7-2019 09:41 PM
akubujang replied at 6-7-2019 04:40 PM
rm200 je sebulan? baiknya la hai...

Standard mcm ni awal2 je la bayar, dh masuk bulan ke 3-4 dh hilang ntah ke mana
Quote slavehunter 6-7-2019 11:21 PM
kiah_mai_pulak replied at 6-7-2019 09:41 PM
Standard mcm ni awal2 je la bayar, dh masuk bulan ke 3-4 dh hilang ntah ke mana

Ha a kan? Apa citer si watie sadali kebas harta Hanna elite tu? Dah habis bayar ker?
Quote matjerk 7-7-2019 12:25 AM
40 dah masuk kategori veteren ke?
Quote belacan_gurl 7-7-2019 04:46 AM
I suka lisdawati ni...dlm tv ckp lemah lembut..kat luar pun same..baru jumpa ritu... Bertudung dan berbaju lengan panjang tapi bukan jenis sendat padat..tanpa mekap tapi still nampak lawa...i susah nk puji org sbrnya hihihi
Quote ReginaGeorge 7-7-2019 03:04 PM
Sib baik.. {:hero{:hero{:hero
Quote sekel 7-7-2019 03:39 PM
lebih tertarik ayat PELAKON VETERAN

hapooooo lh wartawan bangang tulis mcm tu
Quote meow_tompok 8-7-2019 03:13 PM
sekel replied at 7-7-2019 03:39 PM
lebih tertarik ayat PELAKON VETERAN

hapooooo lh wartawan bangang tulis mcm tu

ni idea syed saddiq la, dia ckp 31 tahun keatas warga emas... lepas tu statement keluar ckp palsu... eh baru je nak hiphip horey enjoy keistimewaan warga emas
Quote cikatilia 8-7-2019 03:15 PM
putih bebeno le muka poji nawawi ni
difilter berlapis2

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.207940 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top