CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Ada Gejala Anemia Ini? Cegah Dan Atasi Sekarang Dengan Ferrovit Dan Fenza!

5-7-2019 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4615| Komen: 3|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Pernahkah anda mengalami kuku rapuh, tangan dan kaki yang sejuk, sentiasa letih, lemah atau pucat; sakit dada, jantung berdegup kencang dan sesak nafas, atau sakit kepala dan berasa ingin pitam?
Pernahkah anda mengalami kuku rapuh, tangan dan kaki yang sejuk, sentiasa letih, lemah atau pucat; sakit dada, jantung berdegup kencang dan sesak nafas, atau sakit kepala dan berasa ingin pitam? 


Jika anda pernah mengalami satu daripada gejala ini, anda mungkin kekurangan zat besi. Namun, anda tidak keseorangan!



Mega Lifesciences memperkenalkan suplemen zat besi baharu Ferrovit dan nutrien untuk keperluan kehamilan, Fenza yang dirasmikan Pengurus Besar Malaysia & Singapura Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Balaji Rajagopal ketika berlangsungnya HARI MEGA We Care IRON FEAST. 



Perunding Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Puan Ernie Syafika Zamri berkata, wanita lebih cederung kekurangan zat besi berbanding lelaki kerana kehilangan darah setiap bulan semasa kitaran haid yang juga menjadi faktor penyumbang kepada anemia dalam kalangan wanita. 


"Jika mereka tidak mendapat zat besi secukupnya melalui diet atau dengan cara lain, mereka mungkin akan mengalami Anemia Kekurangan Zat Besi atau IDA iaitu sejenis anemia yang kebiasaanya berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi mencukupi untuk menghasilkan sel darah merah. 

"Namun, kebanyakan wanita tidak sedar mengenai gejala kekurangan zat besi atau kesannya terhadap kesihatan," katanya.



Tambahnya, pengambilan zat besi mencukupi dalam kalangan wanita hamil dan ibu menyusu juga penting untuk memberikan nutrien dari susu ibu kepada bayi.

Oleh itu, Ferrovit, suplemen zat besi 3 dalam 1 untuk pesakit anemia atau wanita hamil dengan gejala anemia, boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut dalam pek blister 50s. 



Setiap gel lembut yang berperisa vanila mengandungi zat besi seperti Ferrous Fumerate, Asid Folik dan Vitamin B12. Ferrous Fumarate yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menawarkan peratusan elemen zat besi yang tinggi. 

Manakala, Fenza yang boleh didapati dalam kapsul gel lembut dalam pek blister 30s mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral tambahan untuk ibu hamil (nutrien pra-natal) dan ibu menyusu (nutrien selepas bersalin).



Setiap kapsul gel lembut mengandungi Ferrous Fumarate, Beta-karotena, Vitamin E, D3, B1, B2, B3, B6, B12, Asid Folik, Vitamin C, Asid Pantotenik, Kalsium, Magnesium, Zink, Iodin, Kuprum, Biotin, Minyak Tuna dan DHA.

Ferrovit dan Fenza boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara termasuk Caring, Guardian dan farmasi komuniti yang berdekatan. Ferrovit dijual pada harga RM20 setiap pek 50 kapsul manakala Fenza dijual pada harga RM48 setiap pek 30 kapsul.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ferrovit and Fenza, sila layari:


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 5-7-2019 03:31 PM
Menyampah dngan benda mcam ni
Quote Farhaz 6-7-2019 06:56 AM
LadyCarefree: Menyampah dngan benda mcam ni


Knp u menyampah u?
Quote rosasen 7-7-2019 11:26 AM
is it good or is it bad?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.085434 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top