CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melampau, Remaja Pesan Go-Food 185 Kali

28-3-2019 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3756| Komen: 19

Siapa sangka tiba-tiba bukan puluhan malahan ratusan perkhidmatan makanan online, Grab dan GOJEK tiba di rumah pada waktu malam. 

Itu yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Desa Cemani, Jawa Tengah bila didatangi penghantar makanan itu di rumahnya pada malam Isnin lalu. 


Ia sekaligus mengejutkan keluarga remaja berkenaan. 

Foto tribunnews

"Saya baru tahu kesemua mereka datang ke rumah kami kerana pesanan Go-Food yang dilakukan oleh anak saya," ujar bapa remaja itu. 

Difahamkan lagi, remaja itu telah memesan makanan secara online sebanyak 185 kali. 

Situasi menjadi tegang dan panas apabila penghantar makanan meminta remaja itu bertanggungjawab dan membayar kesemua makanan Go-Food yang telah dipesan. 


Remaja itu dikatakan telah melakukan perbuatan itu selama hampur tiga minggu. 

Susulan itu, telefon bimbitnya telah dirampas pihak berkuasa dan kes itu dilaporkan sudah selesai. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 28-3-2019 12:08 PM
Jadi apa kesudahan kepada penjual Go-Food tu? kena bayar jugak ke?

Tergantung berita ni
Quote kenarikelabu 28-3-2019 01:18 PM
Sang_Pencinta replied at 28-3-2019 12:08 PM
Jadi apa kesudahan kepada penjual Go-Food tu? kena bayar jugak ke?

Tergantung berita ni

Mak bapak dia la yg bayarkan kot...

Quote sukacactus 28-3-2019 03:21 PM
Hahahaha...pening woi dapat ank nakal camni
Quote lasagnaklcc 28-3-2019 03:37 PM
Dah takde benda sgt nak buat ke dek???
Quote akakdendeng 28-3-2019 03:45 PM
seronok lah tu main order jek
Quote pai.kacang 28-3-2019 03:51 PM
maksudnya.. 3 minggu tu keje dia mengoder je laa eh?
Quote lee_sakura 28-3-2019 04:06 PM
aduhai adik oiii...sian kat mak pak ko
Quote mieymiey 28-3-2019 04:09 PM
Mak ayah baru tau. Jadi sebelum ni budak ni bayar sendiri? Tetiba jah hat yang ni dia takmo bayar?
Quote batmana 28-3-2019 04:27 PM
cite ni mengkonfusekn org dari cerita yg nk diceritakan..
Quote archilless 28-3-2019 04:28 PM
Mana ada budak ni bayar.. Org gojek tu la yg tanggung masa dia tipu order tu.. Kalau x silap dia bukan bagi alamat rumah dia
Quote baghal_bortuqal 28-3-2019 05:00 PM
bagi je si anak tu kat budak2 gojek tu jadi hamba abdi depa.
Quote ikanmasin 28-3-2019 06:12 PM
jahatnya dan menyusahkan org pl..padan muka dah kene tangkap kan..
Quote exclusive_vvip 29-3-2019 09:40 AM
archilless replied at 28-3-2019 04:28 PM
Mana ada budak ni bayar.. Org gojek tu la yg tanggung masa dia tipu order tu.. Kalau x silap dia buk ...

Btol....selama 3 minggu ni dia buat pesanan tapi bg alamat org lain termasuk jiran2...guna  hp bapak dia...yg katanya org2 Go Food dtg beramai2 ke rumah dia tu, sbb dah siasat2 n nak confront la tu..bukan nyer diorg dtg beramai2 sbb nak antar foods...wartawan yg tulis berita ni tahpape la bg laporan...buat org confuse
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:51 AM
bdk ni patut kena lifetime ban ni dari guna go food
Quote bezita60 3-4-2019 07:22 AM
Budak ni elok dihukum kerja dgn go food selama 3 minggu tanpa gaji.
Quote eyansss 3-4-2019 07:51 AM
exclusive_vvip replied at 29-3-2019 09:40 AM
Btol....selama 3 minggu ni dia buat pesanan tapi bg alamat org lain termasuk jiran2...guna  hp bap ...

baru la aku clear dengan cite ni...  hehehehe...
Quote dewi_rina 3-4-2019 07:57 AM
Suruh budak tu jadi gojek
Yg si gojek2 tu order makanan banyak2 kali
Pastikan budak tu je hantar
Begitulah sampai mampos
Quote makton 3-4-2019 08:27 AM
laki aku cite.. kawan dia mengamuk bila dapat call dr seller yg jual hp.. anak dia memandai2 order hp online harga rm2k, then seller tu tunggu dpn skola & call bapak budak ni (kwn laki aku tu) utk minta bayaran. then boleh cancel order.. so kira selamat la kawan laki aku tu.

cerita tu mcm tahyul sikit. tp sbb laki aku yg cite, so aku layankan je.
dlm hati aku "kau percaya la cite kawan ko tu bang.. dia sembang je tuuu"
Quote yoppoy 3-4-2019 09:12 AM
Bahaha ni versi millenial. Zaman 90an dulu masa iols darjah 2 kot, pernah call number 600 ke berapa ntah dulu yang boleh dengar satu lagu. Kira YouTube versi phone land line berbayo la. Dapat bill terus mak iols tempik sangkalala. Mana taknya, dekat 30 hengget kot rasanya. Terpisat-pisat iols terpaksa ngaku, akibat minat sangat lagu akak pojiah latip masa tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.174788 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top