CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampar Budak Disangka Curi Komik, Pengawal Keselamatan Dipecat

28-3-2019 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9663| Komen: 71|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sejak beberapa hari lepas, tular insiden seorang kanak-kanak yang ditampar oleh pengawal keselamatan stor jualan buku popular, MPH Bookstore Malaysia cawangan NU Sentral di Kuala Lumpur. Menurut pe ...
Tular di media sosial seorang kanak-kanak ditampar oleh pengawal keselamatan di stor MPH Bookstore Malaysia cawangan NU Sentral.

Perkongsian yang dimuat naik bapanya, Lim Yaw di Facebook menyatakan anaknya diheret masuk ke dalam bilk kawalan sebelum ditampar ketika disoal siasat.


Kredit foto: FB
Pengawal keselamatan mengesyakinya mencuri komik yang dijual di situ.

Bagaimanapun salah seorang pekerja di situ menyedari yang satu pelekat pada bahagian komik berkenaan menandakan ianya sudah pun dijual.

Kredit foto: FB
Sedar tentang perkara tersebut, kanak-kanak itu kemudiannya dilepaskan.

Susulan kejadian itu, MPH Bookstore telah mengeluarkan satu kenyataan bagi memberi penjelasan.

Kredit foto: FB
”Hasil siasatan kami mendapati memang jelas telah berlaku perlanggaran terhadap SOP yang diamalkan dan bertentangan dengan latihan yang telah diberikan kepada staf kami.

”Pihak kami juga tidak menyokong insiden berkenaan dan oleh itu, staf yang terlibat sudah pun ditamatkan perkhidmatan pada 27 Mac.

”Kami juga ingin memaklumkan bahawa ibu-bapa kepada kanak-kanak berkenaan sudah pun dihubungi bagi menyampaikan permohonan maaf. 

”Ketika ini, kami memberikan kerjasama yang baik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut."

Kredit foto: FB
Pihaknya juga memohon maaf kepada semua pelanngan yang selama ini memberi sokongan. -CARI
5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 28-3-2019 09:15 AM
Wahhhh... yg pukul sapa.. pengawal.. cek lah dulu.. ingat budak tu mencuri macam kau...
Quote onexox97 28-3-2019 09:16 AM
Dapat gantirugi buku stroli tak SBG gantirugi
Quote myakayina 28-3-2019 09:17 AM
lain kali make sure betul2 la..betul ke customer tu curi..ni main tuduh jer..minta tunjuk resit or tengok kat buku yg dibeli tu ada sticker sold ke tidak..
Quote kenarikelabu 28-3-2019 09:20 AM
Sbb dia beli pastu takde bungkus dlm plastik, kau main tuduh je budak tu curik eh??
Quote TalibanRock 28-3-2019 09:22 AM
da la tampar budak tu...pastu da bukti budak tu xbersalah,boleh plak suruh budak tu jgn bagitau makpak....ala bingai
Quote tossee 28-3-2019 09:24 AM
saman je...untung2 dpt 2-3 puluh ribu
Quote umbut 28-3-2019 09:25 AM
Pengawal biasa bangla. Bangsa apa ni..
Quote supernaturalee 28-3-2019 09:27 AM
”Kami mendapat pengajaran yang sangat berharga dengan insiden yang terjadi dan kami berikrar untuk menawarkan persekitaran yang lebih mesra kepada pelanggan-pelanggan kami.”
sejuk hati baca

umobile...pls take note





Quote asudau 28-3-2019 09:31 AM
suka suka je nak tampar anak orang...menyampah ngan pak gad macam ni..masuk kedai terus pandang macam orang nak mencuri kat kedai dia...pastu staff yang asik ikut2 belakang kita time nak beli barang..boleh bagi privacy sikit
Quote razzmat 28-3-2019 09:32 AM
tampar balik gurd tu
Quote nobito 28-3-2019 09:34 AM
Melayu ke guard dia tu?
Quote tikusmontok 28-3-2019 09:37 AM
sekuriti bangla/Nepal ka ni. patut ayah budak tu tangankan balik.
Quote lasagnaklcc 28-3-2019 09:38 AM
Bagi la voucher buku rm1000 ke... sian bdk tu trauma.
Quote mzzenma 28-3-2019 09:39 AM
kalau anak mzz yang kena mcm ni.. memang aku smackdown rockbottom hurancanranna lan si pak guard bodoh tu
Quote noor2 28-3-2019 09:41 AM
Kalau akak mak budak tu...akak pastikan gad tu masuk penjara. ...sebab menampar dan kesan pada budak:-
- pukulan yg boleh membawa kecederaan.
-trauma
-malu
Quote sinalegna 28-3-2019 10:08 AM
Saman je MPH tu biar melingkup terus
Quote prettyuglybabe 28-3-2019 10:26 AM
minta maaf je? bagi la gantirugi..
Quote fifie_olin 28-3-2019 10:32 AM
siyal betulla
aku pantang betul benda2 mcm
x siasat trus ditampar
sbg tanda maaf...bagi la free komik byk2 kat bdk tu
baru adil
Quote kenarikelabu 28-3-2019 10:35 AM
Saman pun cun gak.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.546032 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top