CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Pukul Pelajar Tak Solat, Ulang Kaji Berdepan Empat Pertuduhan

5-11-2018 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7129| Komen: 74

Description: Guru Sejarah mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Guru Sejarah mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Memetik Harian Metro, pertuduhan terhadap Ahmad Fakhrurazi Suhaimi, 33, dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang pada Isnin.



Kredit foto: NSTP

Dalam pertuduhan pertama, Ahmad Fakhrurazi didakwa merotan dada dan menyepak pinggang pelajar terbabit di bilik bacaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, Marang, 10 malam pada 11 September lalu.

Pada tarikh sama, Ahmad Fakhrurazi didakwa merotan bahu dan menyepak pinggang mangsa di sekolah sama pada jam 10.05 malam.


Tertuduh juga didakwa merotan dan menyepak punggung serta merotan kepala dan menyepak peha mangsa pada 9.30 malam dan 9.35 malam di sekolah dan tarikh sama.

Ahmad Fakhrurazi yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan, tertuduh yang bertugas sebagai warden di sekolah berkenaan memukul pelajarnya itu selepas dia didapati tidak menunaikan solat dan mengulangkaji pelajaran.

Mahkamah menetapkan 19 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam. - CARI
10

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 5-11-2018 03:04 PM
Pinggang, kepala, bahu, dada juga yang dipukul.
Libas kat tapak tangan atau kat punggung je tak boleh ke?

Selayaknya la dipenjara aje..
Quote fushimi 5-11-2018 03:08 PM
aku nak padamkan je muka cikgu neh

Quote meklalala 5-11-2018 03:10 PM
patutnya rotan kat tapak tangan je cikgu..selebihnya biarlah makpak dia yang pukul..cikgu dah lepas dah tanggunjawab bila dah tegur tu..ishhh
Quote aakakmonaBN 5-11-2018 03:13 PM
bebudak sekarang memang lembik, tendang tempurung pun komplen sakit kaki.

manja tak bertempat, camner la nak hadap dunia.

Quote shernazz 5-11-2018 03:24 PM
Kalau schoolmate iols report polis dolu...sure kena cam.acik ni..
Schoolmate iols kena belasah cm cite ganster tu ha...hahahaha
Quote FailFish 5-11-2018 03:31 PM
shernazz replied at 5-11-2018 03:24 PM
Kalau schoolmate iols report polis dolu...sure kena cam.acik ni..
Schoolmate iols kena belasah cm c ...

biasa la zaman dulu mana ada nak report2 ni
sekarang ni manja banyak sgt tongkat bak kata atok
tapi anak daddy tak apa dapat tongkat
back to the topic mcm mana pun memang over cikgu ni


Quote shernazz 5-11-2018 03:34 PM
FailFish replied at 5-11-2018 03:31 PM
biasa la zaman dulu mana ada nak report2 ni
sekarang ni manja banyak sgt tongkat bak kata atok
t ...

Tu lah..kalau lah kawan iols repott
Sebab teruk sgt pukulnya..huhu
Quote saviour_09 5-11-2018 03:42 PM
kenapa naik kaki cikgu oi?
mendapat laaaa
Quote stania83 5-11-2018 04:05 PM
nak cover je tu konon sbb pukul sbb tak solat..padahal pukul out of nafsu jahh
Quote RatuDunia94 5-11-2018 04:13 PM
Iols dulu pernah kena pulas kat tetek sampai berparut.. gara2 x dapat jawab soalan.. pastu pernah nak kena campak dr tingkat 2. Cikgu puaka tu siap dh angkat iols tinggal lepaskan ke bawah je..
Iols x rasa benda tu mendidik malah buat iols trauma n takut nk ke sekolah...
Quote sranua 5-11-2018 04:15 PM
Last masa form five..kena libas ngn rotan 3x..sakitnya ya Allah..tp sakit tu tak mengatasi rasa malu bila  awek siswi ada menonton hukuman kami tu. Tq Guru Besar rotan saya.
Quote aakakmonaBN 5-11-2018 04:17 PM
bodoh, suh solat pun malas. org solat berjemaah, kau ponteng nyorok belakang kantin.

padan muka kau kena bedal.





Quote Potpouri 5-11-2018 04:37 PM
Edited by Potpouri at 5-11-2018 04:38 PM

Dah jd trend..bila nak belasah ke pukul anak murid or anak mesti nak kaitkan dengan agama - tak nak solat la, tak posa la. Akui la diri sendiri memang jenis baran nak mati. Ntah2 bini n anak kat rumah diterajang2

Alasan ja tu sbb tau soft spot org islam malaya ni, kalau dengar pukul sebab tak solat ni..terus depa rasa, memang patut la kena pukul sepak terajang..

Bodoh betul sepak kt pinggang. Kalau kena slip disc, lumpuh budak tu ko nak jaga and tanggung smpai budak tu mampus ke. Antara cikgu bangang walau belajar tinggi
Quote ninja9 5-11-2018 04:41 PM

Buang shjlah keperluan disiplin disekolah. pelaksanaan disiplin disekolah mengelirukan ramai guru sehingga kejadian spt ini berlaku. kalau berlaku spt ini, kkm akan lepas tangan begitu shj. biarlah ibubapa bertanggungjwb sepenuhnya pasal disiplin anak2 mereka. guru2 hanya report apa kesalahan anak2 mereka spt ponteng, buli, bergaduh biar ibubapa sendiri masing2 setel atau pun serah terus kepada pihak polis.
Quote missDollie 5-11-2018 04:46 PM
Meluat sangat kot tengok budak tu sampai kepala, dada pun kena libas..
Quote munchkin 5-11-2018 04:47 PM
Spouse aku dulu sekolah asrama takde kena sepak terajang budak2. Dia kata budaya ajar kasar ni cikgu ugama belajarpakistan bawak budaya kasar dan biadap ni.

Cikgu2 dari mesir mmg ajar penuh lembut kasih sayang. So tak yah nak dirotan dipukul terajang mcm cikgu bingai ni.

Pelajar hormat sampai dah tua pun masih sayang dan hormat cikgu.
Quote famri7 5-11-2018 05:23 PM
Keindahan ajaran nan suchi.
Quote Decaffeinated 5-11-2018 05:47 PM
Potpouri replied at 5-11-2018 04:37 PM
Dah jd trend..bila nak belasah ke pukul anak murid or anak mesti nak kaitkan dengan agama - tak nak  ...

Manusia hanya perlu menghukum atas dosa sesama manusia.

Masalah nya ada yg perasan Allah lantik dia jadi kaki pukul Allah yg katanya maha pengasih dan maha penyayang. Nampak x lobai punya konfius..
Quote Decaffeinated 5-11-2018 05:49 PM
ninja9 replied at 5-11-2018 04:41 PM
Buang shjlah keperluan disiplin disekolah. pelaksanaan disiplin disekolah mengelirukan ramai guru  ...

Namun ada juga kes murid yg dibawa balik dari asrama oleh ibu bapa sendiri tapi tetap kena rotan....

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.077709 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top