CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tolak Trump, Taylor Swift Umum Sokongan Politik Buat Pertama Kali

17-10-2018 12:03 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3496| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Penyanyi terkenal Taylor Swift buat pertama kalinya menyatakan sokongan kepada parti politik sempena pilihan raya pertengahan penggal Senat Amerika Syarikat (AS) pada November ini, lapor beberapa media AS. Taylor menyatakan sokongan kepada Parti Demokrat.



Kredit foto: OK Magazine

"Pada masa lalu, saya memilih untuk berkecuali dari segi politik, tetapi beberapa isu dan kejadian dalam dua tahun lepas menyebabkan saya berubah fikiran,' kata Taylor dalam kenyataannya di Instagram, Ahad lepas. 

Taylor juga menyeru semua peminatnya untuk mengundi pada pilihan raya pertengahan penggal Senat akan datang pada 6 November ini.


Kredit foto: Instagram


Pada pilihan raya 2016, Taylor tidak menyatakan sebarang sokongan pada mana-mana calon politik dan merahsiakan undiannya. Jadi, peminat sering membuat spekulasi sama ada beliau mengundi Donald Trump atau Hillary Clinton. 

Sebaliknya, ramai rakan artis seangkatan Taylor menyatakan sokongan dan berkempen bersama Hillary Clinton termasuklah Katy Perry.

Selepas Clinton kalah, ramai netizen menyuarakan bagaimana sokongan Taylor boleh membawa perubahan. Ini kerana Taylor mempunyai ramai peminat muda, kulit putih dan peminat muzik Country, golongan peminat yang sangat diperlukan undinya oleh calon Demokrat.


Kredit foto: Instagram

Peminat juga hairan bagaimana Taylor yang sering menyelitkan mesej feminisme dalam lagunya tidak pernah memberi komen mengenai rekod buruk Trump terhadap wanita. Ada yang bertanya 'Adakah Taylor pengundi Trump?'. Bagaimanapun, rakan Taylor, Todrick Hall menafikan spekulasi ini.


Kredit foto: Raw Story

Taylor berkata, beliau menyokong Demokrat kerana parti itu melindungi hak asasi semua rakyat di AS. 'Saya percaya hak golongan LGBTQ, saya menentang diskriminasi seks, saya menentang rasisme termasuk keganasan terhadap orang kulit hitam, jadi saya tidak akan menyokong parti Republikan yang bertentangan dengan prinsip saya' tambahnya.


Kredit foto: Star Shooter

Tanpa menyebut nama Trump, Taylor berkata dia tidak akan mengundi Marsha Blackburn, calon Senat Republikan pilihan Trump di negeri kelahirannya, Tennessee. 

'Rekod Marsha buruk, beliau tidak percaya kesamarataan gaji wanita dan lelaki, beliau tidak menyokong Akta Keganasan terhadap wanita, malah beliau menyokong diskriminasi terhadap LGBTQ, ini semua bertentangan dengan prinsip saya.

'Sebaliknya, saya akan menyokong calon Demokrat Phil Berdesen untuk Senat dan Jim Cooper untuk Kongress'.

'Mereka berdua tidak sempurna, tetapi banyak persamaan dangan prinsip saya, jadi saya menyeru semua peminat saya supaya mendaftar sebelum 9 Oktober supaya anda layak mengundi, jangan sia-siakan peluang anda, Happy Voting' kata Taylor.

Persoalannya, adakah Taylor bakal mendapat kecaman negatif peminatnya dari Parti Republikan selepas ini? - CARI
11

Bagus
19

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 17-10-2018 12:52 PM
Go Taylor!

Reputation Tour dah selesai baru dia umum anti trump

Kalau tak tiket konsert mesti terjejas sedikit oleh penyokong Trump
Quote aijinmisaki 17-10-2018 01:13 PM
Go go taylor!
Quote azwanaliori 17-10-2018 03:05 PM
So dia tolak trump sbb sokong lgbtq?
Quote nisako 17-10-2018 03:08 PM
wah……………..
Quote Orix 17-10-2018 03:52 PM
You go gurlll
Quote borrow 17-10-2018 06:22 PM
Sheols tgh top. Sokong terbuka mcm ni tak efek kerjaya kew?

Neway Kanye "she's a snake" team pacit Trump

Quote Sang_Pencinta 17-10-2018 07:28 PM
borrow: Sheols tgh top. Sokong terbuka mcm ni tak efek kerjaya kew?Neway Kanye "she's a snake" team pacit Trump


Sesuailah Taylor anti Trump sebab musuh lama dia Kanye tu bukan main lagi geng dgn Trump skrg siap dijemput ke White House lagi
Quote Orix 17-10-2018 08:20 PM
borrow replied at 17-10-2018 06:22 PM
Sheols tgh top. Sokong terbuka mcm ni tak efek kerjaya kew?

Neway Kanye "she's a snake" team paci ...

Kanye tu mental semacam jah... anyway bukan ke trump tak suka Black people ni
Quote Orix 17-10-2018 08:24 PM
Anyway wlupn rmai kutuk Trump, masih ramai je Americans yg sokong dia.....especially yg berfikiran konservatif....

Post psal pendirian taylor utk undi siapa tu x dpt byak likes pun. Ramai lg yg like gmbar dia n shawn mendes
Quote borrow 17-10-2018 10:21 PM
Sang_Pencinta replied at 17-10-2018 07:28 PM
Sesuailah Taylor anti Trump sebab musuh lama dia Kanye tu bukan main lagi geng dgn Trump skrg si ...

Kanye n Trump tu mcm sekepala. Helok la jd geng
Quote borrow 17-10-2018 10:26 PM
Orix replied at 17-10-2018 08:20 PM
Kanye tu mental semacam jah... anyway bukan ke trump tak suka Black people ni

Ai ada terbaca katanya Kanye bipolar. Bab Trump tu ai tatau.



Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049906 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top