CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada Isu Pun Sebenarnya" - Ogy 'Bagi Surat Saman' Pada Ajak Sebab Biadab

17-10-2018 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 22195| Komen: 129|Original author: Oleh: Ain

"Tiada niat untuk menyinggung hati mana-mana pihak kerana sepanjang penglibatan sebagai seorang artis, saya amat menghormati orang-orang yang sepentas dengan saya."


Gara-gara mencelah ketika pelakon senior Fauziah Ahmad Daud menyampaikan anugerah pada malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31) baru-baru ini, pelawak dan pengacara Ajak Shiro disifatkan berkelakuan biadab.


Kredit foto: IG Ajak

Bagaimanapun, Ajak menafikan ada menerima surat saman daripada artis serba boleh itu. Wah, marah betul tu kalau sampai kena saman!

Memetik Media Hiburan, Ajak berkata, dia hanya menjalankan tugasnya dan hal itu tidak sepatutnya diperbesarkan.


"Bagi saya isu ini tiada apa pun sebenarnya. Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja sebagai pengacara.

"Selepas malam tersebut, saya tidak menerima sebarang berita daripada beliau. Jadi, saya anggap tiada apa pon yang perlu diperbesarkan. Saya tahu Kak Ogy sayang saya," katanya kepada MH.


Kredit foto: IG Ogy Ahmad Daud


Adakah Ajak akan lebih berhati-hati ketika mengacara selepas ini?

"Sejujurnya, saya tidak akan berhati-hati kerana saya selesa dengan cara saya ketika ini. Cuma pada masa sama, rakan artis lain pun perlu menjadi lebih profesional," ujarnya.

Setiap orang memiliki pendapat dan penerimaan berbeza. Mungkin ada yang melihat tindakan Ajak sebagai suatu yang normal bagi seorang pengacara dan pelawak, namun mungkin ada yang tidak selesa melihat artis senior diperlakukan sedemikian. - CARI


14

Bagus
23

Marah
34

Terkejut
15

Sedih
28

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 17-10-2018 11:14 AM
Mencelah apa sampai kena saman .. maaflah x layan ABP
Quote siape_aku 17-10-2018 11:14 AM
ogy ni mmg kaki sentap...kalo die melaser takpe.... asal jadi pengacra kat acara award2 ni...ade je la kes die nak menyaman sane sini...so boring!!!!
Quote ninjago 17-10-2018 11:18 AM
ajak laser apa kat dia??
Quote siape_aku 17-10-2018 11:20 AM
ajak sound "itulah..sape suruh tak datang rehearsal" sebab ogy terus nak announce pemenang without bgtua hadiah dulu..
Quote lolita737 17-10-2018 11:21 AM

time nak umum utk BPP tu sepatutnya ada keluar visual hadiah utk pemenang, so kena umum hadiah dulu.
tp si ogy ni terus nk umum pemenang..berlari la ajak stop kan dia..
lepastu ajak ckplah suruh datang rehearsal xmau..tu je..

no big issue pun..ogy asyik nk sentap je..susah arr..
baik gi majlis formal je klu xnk kena laser.
Quote cik_kembong 17-10-2018 11:22 AM
Dulu sentap ngan Johan...ni ngan ajak pulak….

Org yang kuat malaser org ni selalunya hati tisu...dia boleh kenakan org tapi bila org kenakan dia mesti sentap tahan 7 petala langit
Quote Incanto 17-10-2018 11:23 AM
damian_lee replied at 17-10-2018 11:14 AM
Mencelah apa sampai kena saman .. maaflah x layan ABP

Ogy n Erma jadi penyampai pemenang anugerah bintang paling popular ...kira the highlight of malam anugerah

Tapi Ogy sibuk nau berceloteh pasal kejayaan masa silam dia dulu
Sepatutnya dia  announce VT hadiah yg pemenang akan dapat
Tu yg Ajak terpaksa mencelah , melompat depan Ogy dgn Erma sebab Ogy ni dah terus nak buka envelop announce pemenang

No big deal pun sebenarnya...apadehal Ogy nak saman

Quote annabellaruz2 17-10-2018 11:24 AM
rasanya takde pun sampai Ogy anta surat saman...

anggap jer la tu usik mengusik penambah seri ABBPH sbb masa segment dia dgn erma tu melalut sangat sampai jd boring!

Klu dulu2 masa melodi, best gak la tgk kak ogy ni..
tp bila semakin tua makin over plak...terus jatuh MENYAMPAH.
Quote LostStar 17-10-2018 11:25 AM
ala ogy ni... xdpt jd pengacara event tu.. nk hati koyak plak... huh
Quote MsKathryn 17-10-2018 11:26 AM
Acik ogy ni pn kaki sentap
Ingat lg dia x nak org panggil acik, panggil akak je...
Quote brown_pupil 17-10-2018 11:28 AM
Boleh tak aku cakap memang patut pun Ajak mencelah.. tau la korang diva, tapi bila atas stage cakap melalut. Bosan orang nak tunggu bila ko nak announce sapa menang award..
Quote wookiehoney 17-10-2018 11:28 AM
kalau biasa laser orang  hati jangan nk tisu sangat acik ogy.
plus biasa2 aje ajak tu. kira sopan lagi tu,
mau nabil ke, johan, lg biaaaadap dia boleh pegi kekeke
Quote akakvouge 17-10-2018 11:29 AM
ahkak ogy ni midlife crisis kot... manjang sentap... hehehehe
Quote kaseh80 17-10-2018 11:30 AM
Pompuan ni dah tak relevan lain kali jgn jemput la ke majlis majlis anugerah
Quote wadiunong 17-10-2018 11:32 AM
apasal iols rasa acik2 forum & netizen yg sentap bukan Acik Ogy yang sentap?  

iols masa tengok ari tu biasa je Ogy melawak cakap tunggu surat lawyer tu. iols pon biasa gurau2 dengan opismate cakap see u in court kalo berdebat sesuatu issue.

mungkin cara Ogy melawak tu style diva/kekwat, so orang lain anggap benda tu serius. actually takde benda pon.
Quote EvieWanKenobi 17-10-2018 11:33 AM
nyampah betul sikit2 nak sentap..
Quote CupuCupu 17-10-2018 11:35 AM
Aku team ajak..bingit gila dia ms tu..dh la suara memetir...sebingit erma pun xmampu nk mencelah waktu dia merapu tu..mmg jns xhormat org.jns potong org bckp ni biadap.
Quote PEPPERMAN 17-10-2018 11:37 AM
selain Vida, OAD ni memang wajar diketepikan. Sebab tidak membawa apa2 kemajuan atau kegemilangan pun pada sebarang acara yang mereka hadiri.
Quote inspektoremos21 17-10-2018 11:41 AM
Yang iols tak faham, apehal ABP suka sangat memanggil kak ogy ni setiap tahun?? Dah la tak habis2 nak cerita kisah kejayaan dia di masa lampau tu. Kau tak bercerita pun org dah tau la

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top