CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Anak-anak Amanah Allah, Kau Boleh Jadi Orang Bandar Tapi Mentaliti Kampung"

17-10-2018 05:16 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6676| Komen: 35|Original author: Oleh: Ain

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Setiap orang ada masalah dan masing-masing dengan penyelesaiannya tersendiri. Siapa kita untuk menjatuhkan hukum jika tangan 'lokek' menghulur bantuan.




Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan lantang menegur seorang wanita kerana menaiki motosikal berempat dipercayai anak-anaknya, pulang dari sekolah.


Anak-anak tu amanah Allah



Pendapatnya itu bagaimanapun menerima kecaman ramai yang menyifatkannya sebagai seorang yang sombong dan 'hancur jiwanya'.


Jangan menghina jika tidak mampu untuk membantu



Dipercayai, entri yang mendakwa wanita terbabit 'membawa mentaliti kampung masuk ke bandar' telah dipadam ekoran menerima banyak kritikan negatif dan kecaman daripada orang ramai.



Berang dengan tujahan kecaman terhadapnya, individu berkenaan bersuara bagi mempertahankan pendiriannya berhubung isu itu.


"Tolong fahamkan isi yang disampaikan"



Pun begitu, orang ramai tetap mengecam tindakannya kerana ia seolah-olah menghina orang susah.


"Mudahnya dia cop orang mentaliti kekampungan"


Kredit foto: Twitter

Tidak dinafikan, tindakan wanita terbabit sememangnya membahayakan keselamatan diri sendiri dan anak-anak. Namun, janganlah kita menghinanya kerana mungkin itu batas kemampuannya memberi yang terbaik untuk anak-anak. 

Jika tidak mampu menghulur bantuan, lebih baik tutup mulut. - CARI
10

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 17-10-2018 05:35 PM
Betullah apa dia cakap tu.
Quote Artemesiaa 17-10-2018 05:40 PM
Betul ler tu bawak anak naik motor sebegitu amat membahayakan, hanya ayat yang beliau gunakan buat sesetengah pihak jadi sentap
Quote meklalala 17-10-2018 05:58 PM
Betul apa yang dia cakap cuma cara penyampaian yang salah...kalau kita baca nampak dia macam sombong dan kasar...itu lah bahaya penulisan, silap sikit akan disalah erti..

cara yang betul berhenti sembang dengan kakak tu haaa..hihi

Teringat masa kecik dedulu walaupun ayah takde kereta tapi tak pernah bawak anak anak naik motor macam tu...kalau sekali dapat naik motor seronok tu ya Allah takleh nak cakap..
Quote armin 17-10-2018 06:11 PM
Kenapa semua anak dia tak pakai helmet? Miskin tp mampu beli helmet yg not bad jgk tu siap ada visor. Memang kalau tergolek anak2 dia cedera teruk dulu
Quote febreze 17-10-2018 08:27 PM
kak dibah noor taknak komen ke ekekeke
Quote matchstick 17-10-2018 08:54 PM
Skrg hidup susah terpaksa naik motor bawak anak ramai mcm tu. Kalu eksiden kena langgar or jatuh motor ke apa bertambah susah. Semoga murah rezeki akak tu utk beli kereta wpun sekadar kancil
Quote faraway1 17-10-2018 09:15 PM
eleh yang maki apa perempuan tu tulis,
juga akan maki mak budak budak tu kalau accident ke apa...
Quote missDollie 17-10-2018 10:05 PM
Aku nampak bag tabita..mak dia mampu pakai tabita sepatutnya mampu beli helmet..
Quote duricinta 17-10-2018 10:24 PM
Kita x tau kesusahan org lain.. Mgkn itu je pilihan yg dia ada. Jgn pndi nk kecam je
Quote RatuDunia94 17-10-2018 10:33 PM
Sbb tu beranak ikut kemampuan bukan ikut desakan org sekeliling..
Quote pearl.silver 17-10-2018 10:33 PM
I tak biasa naik motor..gi mana2 semua dgn kereta
Bila dah kawen, selalu naik motor ngn tok laki..
Kadang plan gi beli satu barang je tp keluar pasaraya berplastik2 x muat raga..
Insaf gila rasa dulu tgk org je pegang barang kiri kanan tangan naik motor
Quote Bellasarah 17-10-2018 11:07 PM
Yg peliknya kenapa tak offer nk tolong tumpangkan anak2 kakak tu .. memang bahaya ..tp ko tgk saja n kecam.. lain org lain masalahnya
Quote whitePoison 18-10-2018 01:02 AM
Betul dah apa dia cakap tu. Cuma cara penyampaian tu tak kena..Ayat kurang manis.
Quote faraway1 18-10-2018 01:35 AM
Bellasarah replied at 17-10-2018 10:07 AM
Yg peliknya kenapa tak offer nk tolong tumpangkan anak2 kakak tu .. memang bahaya ..tp ko tgk saja n ...

kalau ada orang offer pun, mau ke kasi anak camtu aje dengan orang tak dikenali..

Quote manehnya 18-10-2018 08:52 AM
mmm senang nya ngata orang TERANGAN lg... mentang dok dalam kereta...

mmg pun bahaya cara camtu, tapi perlu ke publickan dan viralkan pic mcm tu... hang sapa?

n cakap mentaliti kampung? apa ingat orang kampung mentaliti camna tu?

tu bukan tahap mentaliti la bodoh , tu nama x mampoo la ngok.. lain orang lain situasinya..

hg bukan dalam kasut dia, jd hg jangan suka suki mementalitikan orang...
Quote ms_furby 18-10-2018 08:59 AM
Apa yang dia cakap betul sebenarnya. Cuma cara penyampaian dia kasar.  
Quote bawangkecik 18-10-2018 09:38 AM
ada lagi tweet dia tulis agak kurang ajar. kerja mengangkang buat anak apa tah iols baca.memang patut sheols kena kecam
Quote cik_sssara 18-10-2018 09:50 AM
Mungkin dekat je kot sekolah-rumah. Takpun emergency case, takde kereta.

I lagi angin dengan species bapak bawak motor (superbike) tapi anak takde helmet, lepastu laju, cilok sana sini, langgar traffic light.  
Quote palmolive 18-10-2018 10:32 AM
ko ada kereta bagi la tumpang..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.194637 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top