CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketagih Air Kencing Manusia, Kambing Liar Agresif Terpaksa Dipindahkan Dari Taman Negara Olimpik

26-12-2018 12:12 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3493| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sekumpulan kambing liar yang hidup di Taman Negara Olimpik di Seattle, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dipindahkan selepas mengalami ketagihan air kencing manusia dan menjadi aggresif.
Sekumpulan kambing liar yang hidup di Taman Negara Olimpik di Seattle,  Amerika Syarikat (AS) terpaksa dipindahkan selepas mengalami ketagihan air kencing manusia dan menjadi aggresif. 


Menurut pihak  berkuasa, tabiat pelawat dan pengembara yang kencing merata-rata di sepanjang laluan taman itu menyebabkan kambing-kambing liar ketagih air kencing yang menjadi sumber garam dan mineral mereka, sambil merujuk kepada laporan penyelidik sains dari Popular Mechanics.

 
Kredit Foto: Motherboard (Vice)
Akibatnya pihak berkuasa taman terpaksa menangkap, menanda, mengikat dan memindahkan kambing-kambing itu menggunakan helikopter ke hutan simpan North Casades yang berdekatan.



Kredit Foto: Yahoo News
Selepas dipasang dengan kolar GPS, kambing-kambing tersebut diangkut berpasangan ke sembilan lokasi sekitar pergunungan Baker-Snoqualmie. 

Saintis berpendapat lokasi ini lebih sesuai untuk kambing liar itu kerana mereka boleh hidup bebas tanpa sebarang pelawat. Saintis berharap kambing-kambing liar itu akan mendapat keperluan mineral dari hutan tersebut dan bukannya dari air kencing manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perlakuan haiwan.


Kredit Foto: NPR
Sebelum ini, kawanan kambing-kambing liar dilaporkan menjadi agresif dan sering melakukan serangan terhadap kawasan perkhemahan apabila mereka terhidu garam atau mineral daripada air kencing pelawat ataupun peluh daripada pakaian. 

Kambing-kambing itu juga akan menggali lubang di mana terdapat sampah atau bahan buangan makanan yang mengandungi bau garam dan mengakibatkan kerosakan terhadap tanaman dan tumbuhan sekitar taman.


Kredit Foto: Casper-Star Tribune
Pihak berkuasa tidak dapat mengawal kadar populasi kembing-kambing liar ini kerana tidak ada bahan atau kaedah perancang pembiakan haiwan yang diluluskan perundangan setakat ini. -CARI
7

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alais 26-12-2018 12:22 PM

pokok pun subur
baja murah & berkesan
Quote Skuau 26-12-2018 12:26 PM
kenceng...lagi.
Quote sharlenetexas 26-12-2018 12:27 PM
Mabuk air kencing ke? Kesian.
Quote baghal_bortuqal 26-12-2018 12:40 PM
siyes shit tgk tajuk aku mcm kenot brain apa sebenarnya isi bebenang
Quote saripdolmat 26-12-2018 12:41 PM
Ingatkn mahacai je yg ketagih air kencing
Quote Atata 26-12-2018 01:01 PM
Comelnya dorg kena angkut pakai heli. Dah la demokk. Mata kena tutup. Haha comeii
Quote fff_cat 26-12-2018 01:03 PM
Comeyy nya kambing tu..  ada iras fox terrier
Quote kroit92 26-12-2018 01:37 PM
muscular betul kambeng ni.. kena tanduk mau terbang orang
Quote buapakperut 26-12-2018 02:04 PM
nasib kambin ni tak duduk malaysia.
Quote chinta89 26-12-2018 02:05 PM
wowwww kambeng nek heli!
Quote ninja9 26-12-2018 02:27 PM
dia orang tak makan kah kambing tu. kat nak kawal populasi
Quote matamata 26-12-2018 02:33 PM
Kambing ni, jenis RAM mmg ganas pun....koran check youtube "rambro"
Quote dani-rox 26-12-2018 02:35 PM
kamben ketagih golden shower
Quote zorrro_03 26-12-2018 04:44 PM
hantar je kambing2 tu ke putrajaya...
Quote dua_chzy 26-12-2018 04:46 PM
ninja9 replied at 26-12-2018 02:27 PM
dia orang tak makan kah kambing tu. kat nak kawal populasi

Babi hutan pon kokesen tak lalu, inikan kamben liar.
Quote dua_chzy 26-12-2018 04:46 PM
dani-rox replied at 26-12-2018 02:35 PM
kamben ketagih golden shower

Aduh the pun!

Lihat semua komen(16)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.185728 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top