CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bekas Tunang Saman Semula Sofia Vergara Mahu Embrio Dikandung Ibu Tumpang

26-12-2018 12:07 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5067| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pelakon terkenal dalam siri Modern Family, Sofia Vergara, 46, sekali lagi bakal berdepan saman daripada bekas tunangnya, Nick Loeb, 43 walaupun Sofia telah lama bahagia dengan suami barunya, pelakon s ...

Pelakon terkenal dalam siri Modern Family, Sofia Vergara, 46, sekali lagi bakal berdepan saman daripada bekas tunangnya, Nick Loeb, 43 walaupun Sofia telah lama bahagia dengan suami barunya, pelakon sasa Joe Manganiello, 41.


Kredit Foto: New York Post

Saman itu berhubung dua embrio tabung uji yang disenyawakan daripada benih Sofia dan Nick pada tahun 2013 bertujuan untuk dilahirkan oleh ibu tumpang tetapi perancangan mereka menjadi ibu bapa tergendala berikutan putusnya pertunangan mereka. Sofia, yang kemudiannya berkahwin dengan Joe Manganiello mahukan embrio itu kekal disimpan tetapi Nick yang juga sudah berkahwin dengan wanita lain mahukan embrio itu dikandung dan seterusnya dilahirkan oleh ibu tumpang.


Kredit Foto: Crux Now

Pada mulanya saman itu difailkan di California pada tahun 2014 dan hakim telah memihak kepada Sofia. Nick kemudiannya cuba menfailkan saman itu di Louisiana pada tahun 2015 , di mana undang-undang janin lebih ketat tetapi ditolak kerana kedua-dua mereka buka pemastautin di negeri itu.  Awal tahun 2018, Nick telah menyewa sebuah kediaman di negeri ini seterusnya pada bulan Ogos lepas telah memulakan saman baru terhadap Sofia.


Kredit Foto: TMZ

Sumber dari pihak Sofia menuduh motif di sebalik saman tersebut bukanlah kerana niat Nick untuk menjadi bapa tetapi kerana Nick ingin membalas dendam terhadap Sofia yang memutuskan pertunangan mereka. Sumber itu berkata, Nick masih lagi belum memaafkan Sofia dan berharap  masalah undang-undang ini akan mengkucar-kacirkan hidup dan perkahwinan Sofia dengan Joe. Sebelumnya, Nick berkata beliau mahukan perancangan embrio itu diteruskan kerana beliau ingin menjadi ayah tunggal tetapi Nick kini sudah berkahwin baru malahan sudah punya darah daging sendiri yang lahir normal, jadi sumber itu mengatakan sekarang Nick sebenarnya ada niat lain di sebalik saman tersebut.


Kredit Foto: Hello Magazine

Untuk mengukuhkan peluangnya, Nick telah mengfailkan saman tersebut di Louisiana, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menegah semua jenis pemusnahan embrio yang dianggap manusia lengkap. Untuk layak dibicarakan di Louisiana, Nick telah menyewa sebuah rumah sebagai alamat tetapnya dan mendaftarkan sebuah tabung kewangan dinamakan Emma & Isabella sempena nama embrio yang ingin dipeliharanya, sedangkan Nick sendiri masih bermastautin di California


Kredit Foto: The Knot News

Ketika dihubungi oleh TMZ, peguam Nick, Jasha McQueen mengesahkan Nick menyewa sebuah rumah di Louisiana walaupun berdaftar sebagai pengundi di Los Angeles. Peguam itu juga tidak mahu menjawab berapa lama Nick akan menyewa di sana. 'Lesen memandu Nick didaftarkan di Louisiana jadi pihak hakim pasti akan mempertimbangkan saman ini' jawab McQueen lagi.


Adakah kebahagian pasangan ideal Sofia Vergara dan Joe Manganiello bakal tergugat apabila saman ini memulakan perbicaraan? Hanya masa yang akan menentukan. -CARI

9

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makbedah 26-12-2018 01:17 PM
Sophia ni time muda lagi hot. Now hot juga utk her age n suka gila dia n laki dia.
Quote miemiecha 26-12-2018 02:32 PM
tuhann.. anak sejuk beku pun dah d gaduhkan.. sian
Quote Orix 26-12-2018 03:34 PM
Iols suka sgat accent si sophia ni..... plg lawak kalau Ellen ajuk accent dia hahahaha
Quote armin 26-12-2018 04:29 PM
Dah kahwin baru pun tak move on lg? So bitter ex laki nya
Quote chinta89 27-12-2018 12:05 PM
dendam sgt ni.. ke x move on lagi sebenarnya?
Quote Sang_Pencinta 27-12-2018 03:48 PM
Nak balas dendam saja ni
Quote exclusive_vvip 28-12-2018 11:53 PM
klu I jadi bini Nick ni, i mintak cerai and then bawak lari anak...kecik hati hokkay kalu somi sendiri masih tergila2 @ xleh move on dari bekas tunang..dah kenapa kau, bini dah beranak pun sibukkk nak anak dgn bekas tunang lagi...btw,joe tu bertiang2 hensem dr Nick..sbb tu dia sakit hati kot..
Quote sinalegna 29-12-2018 10:38 AM
miemiecha replied at 26-12-2018 02:32 PM
tuhann.. anak sejuk beku pun dah d gaduhkan.. sian

Tah.. buang je dlm parit kot abis cite. Bior padan muka dedua
Quote miemiecha 4-1-2019 08:39 AM
sinalegna replied at 29-12-2018 10:38 AM
Tah.. buang je dlm parit kot abis cite. Bior padan muka dedua

entohnya..
mcmlah skrg ni lam kantung telo tu xdop dah hak lain..
pastu klau sumbat lam rahim pun, sok lahir mula lah pihak sana claim sini, yg sini claim sana..
ujg2 rosak bdk ter..

ade kepentingan lain sokmo org puteh nih

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061148 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top