CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Geng Pecah Rumah Selebriti Hollywood Akhirnya Tumpas

26-12-2018 12:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3134| Komen: 5|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Polis Los Angeles telah menahan 4 orang yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pecah rumah selebriti Hollywood antaranya Rihanna, Christina Milan, Nicki Minaj, Derek Fisher, Emily Rossum, Chr .. ...
Polis Los Angeles telah menahan 4 orang yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri pecah rumah selebriti Hollywood antaranya rumah milik Rihanna, Christina Milan, Nicki Minaj, Derek Fisher, Emily Rossum, Chris Brown, Blac Chyna, pemain baseball Yasiel Puig dan Robert Wood. Turut dijumpai ialah senarai alamat 'bakal mangsa' lain termasuk ahli sukan Le Bron James dan pelakon Viola Davis.


Kredit Foto: CBS Los Angeles
Menurut polis, suspek-suspek dipercayai sebahagian daripada sindiket besar yang menyasarkan pelakon, penyanyi, atlet dan penerbit Hollywood. Polis turut mempamerkan beberapa barangan rampasan termasuk beg tangan, jam tangan dan barang kemas dengan harapan mangsa pecah masuk boleh mengenal pasti barangan masing-masing. Wang tunai sebanyak ASD50,000 turut dijumpai.


Kredit Foto: The Mercury News

Kredit Foto: The Mercury News
Menurut siasatan awal, sindiket ini bertanggungjawab dalam lebih dua dozen insiden pecah rumah melibatkan kehilangan bernilai jutaan dollar. Beberapa tangkapan lain akan dibuat sedikit masa lagi kata Lillian Carranza, pegawai dari Commercial Crimes Division, LAPD.

Kredit Foto: Winsdor Star
Menurut polis lagi, mangsa pecah rumah dipilih berdasarkan intipan sindiket itu di media sosial selebriti terutamanya mereka yang memuat naik status jadual perjalanan, konsert ataupun ketiadaan di rumah. Sebagai contohnya rumah Robert Wood dipecah masuk selepas beliau memuatnaik status tiada di rumah untuk satu pertandingan di luar negara. Begitu juga dengan rumah Rihanna dan Milian yang disasarkan selepas memuatnaik gambar-gambar percutian mereka.

Kredit Foto: NBC News
Selepas menentukan sasaran, sindiket itu akan masuk ke perumahan selebriti dengan kereta dan pakaian mewah untuk melakukan intipan awal sebelum memecah masuk melalui jendela atau pintu dengan pakaian biasa dan peralatan serta senjata.

Jumaat lepas polis menahan sebuah kereta yang menghala ke Selatan Los Angeles dan menjumpai senjata serta peralatan memecah masuk disembunyikan di bahagian bonet.  Penumpang  kereta itu Tyress Williams, 19 , Jshawne Daniels, 19, dan Damaji Hall, 18, kemudiannya ditangkap. Ibu Damaji Hall, Ashle Hall, 34 tahun, kemudiannya ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki bersubahat.


Kredit Foto: Bossip.com
Kes pecah masuk di rumah selebriti semakin menjadi-jadi sejak dua tahun lepas. Mangsa terdahulu termasuklah pemain NBA, Nick Young dan penyanyi Alanis Morissette. Polis mengeluarkan nasihat supaya selebriti dan orang awam tidak meuar-uarkan jadual perjalanan mereka di media social untuk mengelakkan menjadi sasaran. -CARI
7

Bagus
9

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 26-12-2018 02:00 PM
aduhai..
akhirnya d tangkap jugak.. bkn setakat celebriti..
kite marhawen pun hehati lah..
upload kat ig etc, org pandang jeh
Quote RatuDunia94 26-12-2018 03:39 PM
Lawak plak tgok gambar mugshot tu.. mcm2 reaksi.
Quote ikanmasin 26-12-2018 05:47 PM
mak 34thn..anak 18thn..mak bersubahat pl tu..sng jer jadikan anak
sumber kewangan dgn cara mcm tu.last2 dua2 kantoi
Quote borrow 26-12-2018 06:27 PM
Sindiket besar ? brp ramai semuanya. Ekceli nasib baik jugaklah deyols rompak time retis tada kat umah kan. At least retis selamat tak kena pukul bunuh etc
Quote obses_budak 27-12-2018 01:06 AM
Terer nya pencuri..umah oliwod retis bkn slalu sikuriti jaga ke...kagum gn dorg{:hooray

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070751 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top